Sunday, January 20, 2008

KTorrent dan Transmission


Jika anda biasa dengan utorrent, maka anda akan biasa dengan ktorrent.Sememangnya pun ktorrent ini dipanggil utorrent bagi linux dan paparan antara muka dan features nya pun saling tak tumpah mirip utorrent.

Apa yang saya suka mendownload didalam ubuntu(linux) ialah, walaupun download speed mencapai takap 1Mb/s,namun prestasi sistem tidak jatuh.Fenomena sebaliknya berlaku dalam windows.Apabila download speed mencapai tahap membanggakan, performance PC akan jatuh dan PC akan menjadi lembab secara tiba-tiba.

Apabila saya beralih dari windows kepada Mac OS X, seperti ubuntu juga, walaupun selaju mana torrent mendownload sesuatu file,performance system tidak jatuh dan kita masih boleh melakukan kerja lain semasa mendownload dengan kelajuan tinggi.

Ok,apa kaitan cerita ini dengan ktorrent?Sebenarnya tak ade kaitan pun.Cuma nak memperkenalkan kepada pengguna yang baru mengenali dunia ubuntu akan beberapa perisian yang mirip perisian dalam windows.Untuk menginstall ktorrent hanya perlu gunakan add/remove applications!

Transmission juga adalah perisian mendownload file torrent.Namun interface nya agak berbeza dengan ktorrent.Dalam mac osx, saya menggunakan transmission dan apabila dilawati laman webnya, rupanya transmission juga mempunyai versi untuk linux.

Apabila dibandingkan keduanya, saya mungkin lebih menyukai transmission kerana ia ringan, dan mudah digunakan.

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

8 comments:

  1. ktorrent...
    laju x speed download dia?? aku mmg x de masalah dgn performance pc even aku turn on utorrent, deluge, hfs dalam satu2 masa... tp masalah speed download je... huhu...


    /ps/ aku pakai windows xp sp3

    ReplyDelete
  2. dengKinye tak dapat menorrent bab pakai dialup je .. :)

    bro,
    bende best tuk firefox yg leh digabungkan ngn tema Safari ...

    ReplyDelete
  3. aku tak boleh menorent..siot je dpt torent laju 1mb ...haha...aku dulu pernah cuba torent,cuma 10kbps je...sebab tu aku suke ddl...wahaha

    ReplyDelete
  4. Malam tadi aku download movie n software sampai malam nie.. sume skali 2.2GB.. dasat tol. nak off lah laptop pasnie.. meletup kang.. hehe

    ReplyDelete
  5. Ahahahahha, orang dok seronok guna torrent... Aku sampai sekarang tak reti guna... Ahahahahha

    ReplyDelete
  6. nazri : speed download aku xpasti laju ke x.kalau ktorrent tu maybe sama je kot ngan utorrent..transmission plak femes dalam mac osx...

    maklan : yeker?aku dh tulis sket pasal tu ari 2..nk kne tulis lg nih..hehe

    gie : haha...download anime terbaru mmg laju...

    Aizat : 2.2GB??Ok la tu bro..aku rasa aku lagi banyak..Pernah download anime sampai rosak external HD aku...ape xnya,40GB satu package anime...adehh..

    Azhar : torrent utk orang muda remaja cam kami jer...hoho..:P

    ReplyDelete
  7. korang pakai torent, nampaknya aku kene pakai semula nih..dulu give up pakai torrent sebab speed lembab sehh

    ReplyDelete
  8. speed bergantung pada connection dan bilangan org seed sesuatu file 2 la...stiap file berbeza rasanya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...