Jika anda adalah pelanggan artikel melayubuntu melalui email, sudah tentu anda perasan design ini.Dalam setiap email yang dihantar melalui perkhidmatan feedburner, diatas bersebelahan dengan tajuk blog, saya telah hias ruangan yang sepatutnya kosong itu menjadi seperti gambar yang mempunyai style seperti button dalam laman web Apple.com.
Caranya terlalu mudah.Download style bagi photoshop dalam laman web link dibawah
| Create Apple style buttons with Photoshop CS3 |
Buka Photoshop CS3 dan load style yang didownload tadi dengan step-step dibawah
Ada 2 kategori iaitu button dan text dan kedua-duanya harus dipadankan mengikut kesesuaian masing-masing.Selepas kita draw sesuatu objek (rectangle etc), apa yang perlu dilakukan kemudiannya hanyalah klik pada style yang kita load tadi.Senang bukan?
Saya telah mencari tutorial yang sama bagi gimp namun nampaknya masih samar kerana gimp tidak mempunyai fungsi style(atau kalau ada saya tak tahu kat mana).Gimp hanya mempunyai fungsi pattern yang penggunaannya agak terhad iaitu membentuk pattern kepada bentuk yang kita hasilkan.Selamat mencuba dan jangan lupa ikuti tutorial ini untuk install photoshop ke dalam ubuntu.
Sebenarnya saya agak teruja untuk membuat sedikit design apabila mendapati perkhidmatan feedburner yang digunakan selama ini sebenarnya membenarkan kita untuk customize sendiri layout email yang dihantar kepada subscriber.Bukan itu sahaja, malah kita boleh tukar ayat bagi comfirmation email daripada dalam bahasa inggeris(secara default) kepada ayat kita sendiri dan saya telah menukarnya kepada ayat berikut;
Amacam?Menarik tak?Semoga bermanfaat!
Penerangan gambar : Paparan layout email yang akan sampai kepada subscriber.
Ahahhaha, eh ada tips tak nak buat button Web 2.0?
ReplyDeleteUbuntu(TM)? TM is not really necessary and it gives some 'creepy' corporate image.
ReplyDelete