Saturday, January 05, 2008

Bersedia untuk Hackintosh, MacOnPC?


Lifehacker telah menulis secara agak terperinci dan complicated tentang cara-cara membina sebuah Hackintosh yang hanya akan memakan belanja sebanyak $800USD(RM2622).

Ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan iMac (RM4799-starting) mahupun MacBook (RM3603-starting) dan jauh lebih terkedepan dari segi performance mengatasi MacMini (RM1967).

Mengapa mesti Mac Os X?

Sila lihat video ini sebelum meneruskan bacaan.

Antara kelebihan Mac Os X berbanding windows.
  • Paparan antara muka - walaupun menggunakan windows atau linux, namun ramai yang tergila-gilakan tema dan paparan mac osx yang kemas, bersih dan eyecandy yang memikat.
  • Virus,Spyware,Malware - Walaupun tidak bebas 100%, tetapi memang diakui mac osx bukan ladang ternak virus yang ideal seumpama windows.
  • Hardware Requirement - Vista merupakan sistem operasi yang "kelaparan" memory RAM, graphic card, processor yg laju etc namun tidak bagi leopard yang boleh diinstall dengan licinnya kedalam model Mac yang lama.
  • Features - Leopard datang dengan 300 pembaharuan berbanding Tiger.Manakala ramai yang terpinga-pinga membilang pembaharuan yang dibawa Vista berbanding XP.
  • Kepantasan dan kestabilan - Dalam laptop yang sama, saya pernah menggunakan vista untuk beberapa ketika dan kemudiannya saya buang vista untuk install Ubuntu dan kemudiannya Leopard.Secara jujur, leopard lebih pantas dan stabil berbanding vista!
  • Kemudahgunaan - Leopard datang dengan fungsi yang sangat mengagumkan iaitu Quick Look.Ia sangat memudahkan pengguna browse file tampa perlu membuka apa-apa perisian.Saya sangat terkesan dengan fungsi Preview.Ia boleh membuka kebanyakkan file dan boleh mengeditnya.
  • Harga DVD Installer - Leopard(RM422-Single) lagi murah dari vista(RM488-Home Basic)!
Mengapa mesti Hack?
  • Windows boleh diinstall ke dalam mana-mana komputer tetapi tidak bagi mac osx
  • Mac Mini, MacBook, iMac antara harware komputer yang paling mahal
Isu Legaliti?

Sila baca entry ini terlebih dahulu.Apple tidak akan membenarkan software mereka diinstall kedalam system yang lain dari keluaran mereka.Tetapi dalam ilmu logik, kita tidak pernah ditanya tujuan membeli seluar dalam oleh tuan kedai.Bermakna, jika kita beli seluar dalam tu untuk sapu hingus pun sapa peduli?Sama juga dalam kes ini.Kita beli DVD Mac OSX dan kita bebas melakukan apa sahaja dengannya(kecuali buat bisnes pirate).

Hackintosh atau MaconPC?

Samada anda ingin membina hackintosh atau ingin mencuba nasib menginstall mac osx dalam pc anda, ianya terpulang.Cuma, jika anda ingin mencuba nasib kalau-kalau ianya berjaya diinstall ke dalam PC(termasuk laptop lah) anda, panduan berikut mungkin membantu.
  • Check Hardware compatibility disini dan bandingkan dengan PC anda.
  • Jika masih blurr, buat kajian dan tanyakan soalan di forum insanelymac.
  • Jika pc anda baru dibeli, kebarangkalian untuk berjaya tinggi (dengan anggapan hardware nya juga adalah yang terbaru)
  • Jika pc anda menggunakan Intel, kebarangkalian untuk berjaya tinggi. (processor AMD pun boleh sebenarnya)
Kestabilan, kesesuaian harware, update?

Setakat ini, leopard stabil dalam laptop saya(no kernel panic so far).Ethernet dan sound berfungsi dengan baik.USB connection didetect dengan baik (mouse, bluetooth, external HD).Saya boleh UPDATE critical component tanpa perlu risaukan masalah kesesuai hardware dan isu kerosakkan sistem.

Namun begitu satu kelemahan yang sempat saya perasan iaitu untuk kes GMA950 graphic card yang mengalami sedikit masalah "glitching" pada perisian tertentu.Lainnya berfungsi dengan baik sekurang-kurangnya untuk masa ini.

Adakah anda sudah sedia?



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


5 comments:

  1. blh ajar step by step x cara menginstall hackintosh tu ke dalam notebook ko tu?

    aku baru angkat notebook hari ni tp isi dlm tu Freedos je... hehe so leh enperiment sket... nk boot windows pakai apple bootcamp kan?

    ReplyDelete
  2. erm...aku dh tulis camne tutorial install mac kedlm pc dlm entry ni:
    http://melayubuntu.blogspot.com/2007/12/eksklusif-download-tutorial-cara.html

    cuma yg tu untuk tiger dan aku belum berkesempatan utk tulis utk leopard..

    kalau ko nk tahu lebih lanjut, email la aku..

    zul.malc{@}gmail.com

    ReplyDelete
  3. hmmm...nak tnye lah...kenape iatkos 5i saye x leh masuk ke welcome screen leopard...lepas jerk blue screen pas itu loop..black screen, maknye nye selepas loading logo apple...x de resporn lansung...tlong saye saudara admin...ingin di hati merase leopard...!!!..tngah gian gile nih...

    ReplyDelete
  4. baru mencuba snow leopard dan berjaya update kepada 10.6.8 ke dalam compaq 421 notebook pc. wifi(rttl8191se) dan ati mobility radeon hd 4350 (graphic enabler=yes resolution 1355x768x32) belum dapat driver. harap boleh membantu. huhuhu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...