Wednesday, March 31, 2010

JOM JUMPA! ICT & Multimedia Terengganu 2010 di TTC

Ok, ceritanya cukup ringkas dan tak begitu dramatik. Ceritanya begini. Aku selalu ternampak iklan bendalah ni kat tepi-tepi jalan. Apakah itu? Tertulis ICT & Multimedia Terengganu 2010.

Penerangan skemanya ialah seperti berikut;

ICT & MULTIMEDIA TERENGGANU 2010 adalah merupakan satu acara yang julung kalinya dianjurkan oleh syarikat Image Promote Sdn.Bhd. di Kuala Terengganu, acara yang merupakan satu pusat bagi jualan dan pemasaran produk berkaitan dengan IT dan Multimedia yang terbesar di negeri Terengganu.
Memandangkan negeri Terengganu mempunyai pasaran yang luas bagi penggunaan IT dan Multimedia, tambahan pula kerajaan memperuntukkan sejumlah RM40 juta bagi memajukan sektor ini, maka berkesempatan dengan ini kami mengambil keputusan untuk memperluaskan lagi jalinan dan rangkaian IT dan Multimedia dengan mengadakan acara seperti ini bagi memberi manfaat kepada pengusaha dan usahawan.
Selain dari pameran dan jualan, diadakan juga kelas atau klinik IT & Multimedia bagi memberi input dan fahaman kepada pengusaha dan pengguna, serta banyak acara sampingan lain bagi pengunjung dan bagi menarik lebih ramai pengunjung datang ke acara ini.
Mengambil kesempatan dari ebeng (event) yang julung-julung kali diadakan di negeri tercinta ini, apa kata kalau kita (peminat IT secara keseluruhan terutamanya peminat linux, ubuntu, lubuntu, kubuntu, fedora, medora, etc etc) berkumpul beramai-ramai bersuai kenai, bertaaruf dan merapatkan tali silaturahim sambil pekena teh tarik barang segelap dua??

Yelah, katanya negeri ni ramai otai-otai (tahap power rangers) tapi....mereka-mereka dan kita jarang diperkenalkan antara satu sama lain. Lalu berlakulah pembaziran ilmu yang sepatutnya boleh diturunkan kepada newbie-newbie berhingus seperti aku.

Jadi amacam? Best tak rancangan masterplan aku? Err...bila erk nak buat? Aku rasa ramai yang free hari jumaat belah-belah petang. Bincang kat komen nanti aku update berdasarkan keputusan korang!!

UPDATE:
Hari : Jumaat 2 April
Waktu : 3.30 Petang
Lokasi : TTC (Depan)
Agenda : Tawaf booth dan kemudian lepak2 kat mydin (mungkin?) minum air sambil sembang2..

12 comments:

  1. i'm in. sila bagi tau kul berape ?

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaa ^_^
    tapi aku tak de transport ke sana miahaha

    tak leh la aku g.. aku ada exam

    ReplyDelete
  3. nampak cam best je...mesti ramai otai kat sana nnt

    ReplyDelete
  4. boleh jgk ni..aku pn pakai ubuntu jgk..

    ReplyDelete
  5. Lepas jumaat dengan baju melayu berkain pelikat aci tak kalau nak join . muhahahhaa.. lama skit bleh melepak

    ReplyDelete
  6. Disebabkan teman tinggal begitu jauh dari tempat tersebut maka teman dengan ini mengesahkan tidak akan bertanding, eh, pergi ke acara tersebut ^_^

    ReplyDelete
  7. Mesti meriahkan kalau dah ramai-ramai kumpul...
    jauh dari tempat aku la..huhu

    ReplyDelete
  8. tarikh dia 1 april - 4 april. start pukul berape abis pukul berape? ambe esok baru free.Hari ahad sere tadok mende doh klu gi pun.ke ngane pendapat awok2 kalu ambe gi sane esok?

    ReplyDelete
  9. saye nk join sorng bole dok..
    p saye dop pandai mnew agi ni.. baru nk blajor...

    ReplyDelete
  10. bole dok nok join skali saye tringin sngt nk blajor multimedia ni...
    p xauw nk wak gane... ape2 bole col saye x? 011-16736577

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...