Imej diatas ialah "brand" terbaru ubuntu bermula dari ubuntu 10.04, Lucid Lynx.
Semua pembaca maklum, pasukan ubuntu telah membuat sesuatu yang sangat drastik dengan mengubah brand ubuntu sekaligus menukar imej yang telah 5 tahun dipertahankan. Banyak sekali isu yang boleh dikupas namun persoalannya, dengan pertukaran drastik ini apakah kesan yang telah terjadi? Mampukah ubuntu mengekalkan impak yang sama atau adakah dengan brand baru berserta imej baru ini akan menambahkan pecutan sambutan pengguna terhadap ubuntu.
Pasukan ubuntu menegaskan, brand baru ini membawa impak "light" dengan 4 kekungci nilai yang membayangkan projek ubuntu iaitu, kepersisan, keboleharaban, kolaborasi dan kebebasan.
Light : Ringan dalam bentuk cahaya
Brand terbaru membawa impak-impak tertentu yang dirangka khusus untuk menajamkan impak supaya ia lebih mudah diterima. Ubuntu dibayangkan ringan dan pantas dan secantik cahaya yang hadir dalam kegelapan. Sesiapa sahaja boleh merasakan elemen ini dalam logo terbaru ubuntu yang tidak complicated, tajam, simple dan ciri-ciri sebegini akan memperteguhkan lagi jenama, membuatkan ia mudah diingati dan mesej yang dibawa oleh brand tersebut akan lebih tajam.
Theme Baru : Membawa inspirasi brand?
Namun, saya agak sangsi dengan tema baru iaitu Dark Variant & Light Variant yang baru diperkenalkan dalam Ubuntu 10.04 Lucid Lynx. Ini kerana ia tidak melambangkan "light" yang kita fahami sebelumnya iaitu ianya simple dan tidak complicated. Tema Variant ini memperkenalkan sesuatu yang sama sekali berbeza dengan style windows dan apple dan ini membuatkan pengguna agak kekok untuk menggunakannya. Dan kemudiannya munculnya isu "Ubuntu is Not a Democracy" selepas ramai yang tidak selesa dengan pembaharuan tersebut.
Apapun, kami sebagai pengguna menyambut baik rebranding yang kemas dan cantik dari pasukan ubuntu namun harapan kami ialah supaya kesemua aspek dalam ubuntu adalah menghala ke suatu arah yang sama. Mungkin pasukan ubuntu terbentuk dari banyak pertimbangan, idea dan tenaga, namun akhirnya yang akan menggunakan ubuntu ialah pengguna yang sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi mereka.
Untuk design baru dan versi baru yang bakal muncul, kami mengharapkan yang terbaik untuk distro yang kami sayangi!
Tuesday, March 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
ubuntu is Not a Democracy!
ReplyDeleteakhirnya, setelah bertahun2, melayubuntu terupdate jua.. hehe
ReplyDeleteBile boleh order cd 10.04?anybody know?
ReplyDelete@Dr Solo
ReplyDeletetggu 29 April br launch.
Nanti keluar la 2..sabar2..hehe
ReplyDeletesy tak berapa pasti kenapa ubuntu mengubah kedudukan butang di panel atas window. tapi, pada pendapat sy, ini mungkin salah satu cara penjenamaan semula ubuntu yg mana antara aspek utama dalam penjenamaan adalah "distinctiveness".
ReplyDeletepenjenamaan merupakan satu proses yang memakan masa. kesan tindakan ubuntu ini akan dilihat dalam masa 5 - 10 tahun. dalam jangkamasa yang pendek, ramai orang akan "terasa" dengan perubahan ini.
apapun, dari perspektif branding... memang susah nak melakukan design secara demokrasi...
sudah menggunakan ubuntu 10.04..sangat suka...
ReplyDelete