Tuesday, March 30, 2010

Yoono : Dunia sosial online dalam satu aplikasi!

Kini, dunia sosial online semakin diminati, menjadi sebahagian dari kecenderungan dan mengisi sebahagian besar daripada masa ummat manusia moden. Tak ada akaun facebook @ twitter?? Sekolah lama (old school) betul!

Terkesan dengan fenomena tersebut, Ubuntu 10.04 memperkenalkan integrasi lengkap dunia sosial online ke dalam sistem dekstop serba-baru antara gwibber dan empathy. Kini, pemain baru cuba memberikan saingan dan pilihan. Yoono, bersedia untuk dicuba bukan sahaja dalam ubuntu malah dalam Mac OSX dan juga windows.

Bezanya, yoono tidak diintegrasikan dalam sistem desktop sebagaimana gwibber. Namun yoono sangat berbaloi untuk dicuba sekiranya anda inginkan kelainan. Selain itu, jika anda pengguna tegar firefox, yoono mempunyai plugin khas yang akan menambahkan fungsi browser anda kepada sesuatu yang sangat mesra dunia sosial online.

Webupd8 telah memuatnaik video yoono dalam ubuntu;



Yoono menyokong 10 akaun dunia sosial seperti facebook, twitter, myspace, Lingkedln, FriendFeed, Flickr, Aim, Live Messenger, Yahoo Messenger, dan Google Talk. Apa yang menarik disini ialah ianya menyokong dunia Instant Messenger (IM) dan ini adalah antara kelainan yang perlu diberi perhatian.

Sekiranya anda pengguna ubuntu dan ingin mencuba yoono, sila download file .deb berikut : Yoono.deb.

Semoga bermanfaat.

3 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...