Thursday, July 31, 2008

Dilema penulis blog dalam bahasa melayu

Dan saya rasakan ia bukan sahaja dilema penulis blog malah melibatkan keseluruhan bidang penulisan dalam apa jua juzuk penghuraian -- soal bahasa.

Saya bukan pejuang bangsa, saya juga bukan tokoh pejuang bahasa. Namun, apabila saya menulis dalam bahasa melayu terutamanya berkenaan ubuntu dan komputer, diri saya dilanda dilema -- istilah melayu atau inggeris? Saya yakin ramai pembaca blog saya ialah blogger dan anda lagilah amat memahami maksud saya.

Apabila saya menulis buku pratikal, dilema ini sekali lagi menyerang. Saya tidak mahu hasil tulisan saya dipanggil tulisan "rojak" atau menggunakan terlalu banyak tulisan italic untuk menunjukkan istilah tersebut bukan istilah melayu. Namun apa pilihan yang saya ada? Mereka istilah sendiri dalam bahasa melayu (?) atau membuat pengesahan lansung dengan DBP yang tidak begitu berfungsi itu?

Dalam parlimen malaysia, apabila ditanya mengapakah subjek sains dan matematik ini harus dilaksanakan pengajarannya dalam bahasa inggeris, lalu bangkitlah seorang ahli parlimen menjawab;
"Kita tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru yang keluar saban hari di dunia barat. Jangan bandingkan kita dengan Jepun. Jepun siapa dan kita siapa?"
Jawapan ini menarik! Adakah benar kita tak mampu mengejar kemajuan teknologi dibarat dalam bahasa pengantar melayu? Saya ingin bertanya, kemanakah perginya mahasiswa jurusan bahasa di universiti tempatan? Mengapa dibiarkan mereka menjadi penulis novel cinta yang kebanyakkannya mengkhayalkan remaja melayu?? Apa khabar Dewan Bahasa dan Pustaka?

Jepun, sebagaimana yang kita maklum menggunakan bahasa pengantar bahasa jepun dari tadika hingga ke kursus ijazah di universiti. Anda ingin belajar dijepun? Belajar bahasa jepun terlebih dahulu! Ada 3 jenis tulisan jepun iaitu hiragana , katakana dan kanji. Tulisan katakana berfungsi untuk mengeja kesemua istilah asing dalam sebutan yang sama (atau hampir sama). Lalu kesemua istilah dari barat berkenaan apa jua bidang akan ditulis dengan katakana kedalam text buku-buku dijepun. Kerana itu mereka dapat mengejar kemajuan ini.

Bagaimana dengan malaysia yang tertulis dalam perlembagaan dalam perkara 152 bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan? Apa kata, jika kita tidak mampu mengikut rentak barat dalam penggunaan istilah untuk teknologi, kita tukarkan sahaja perkara 152 tersebut menjadikan bahasa inggeris bahasa pengantar. Mungkin kita boleh maju seperti singapura atau lebih maju kerana pemimpin kita amat cemerlang dalam bab merangka dasar.

Pembaca sekalian, antara perkara yang paling penting dalam sesuatu kewujudan ialah identiti. Tidak ada kad pengenalan anda digelar pendatang tanpa izin. Komputer yang tidak ada ip address tidak boleh connect kepada mana-mana jaringan internet. Apajadi kalau sesebuah negara yang identitinya boleh ditentukan oleh perkembangan di negara lain? Mungkin negara sebegitu boleh digelar negara yang mempunyai identiti yang dinamik (macam DHCP). Keburukkan DHCP ialah tidak boleh dijadikan pelayan web kerana IPnya yang selalu berubah-ubah. Tak tahulah pula saya negara yang mempunyai identiti yang dinamik.

Kesannya saya dan anda rasakan hari ini. Baru-baru ini saya ke sebuah kedai buku di bandar X (agak jauh dari KL) dan mencari buku berkaitan dengan komputer. Tersudut disuatu ruang yang tidak dipandang, beratus-ratus buku berkenaan komputer yang sudah buruk, warna yang pudar dan dalam keadaan yang mengambarkan betapa tidak lakunya buku tersebut. Kerana apa? Kerana ia ditulis dalam bahasa inggeris. Lalu, bilakah bangsa ini akan maju jika kita bergantung kepada bahasa asing?

Saya tidak berniat menjadi pejuang bahasa. Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya tetapi saya yakin yang kita sudah sampai ke suatu tahap yang menuntut kita berfikir secara orang yang mempunyai identiti. Yang pasti buat waktu ini dan seterusnya, saya dalam dilema.

21 comments:

  1. begitu indah dan menusuk hati dan fikiran bila baca artikel ini...satu jer sebab pada pandangan saya..orang kita terlalu merendah diri dan kedekut ilmu.....

    ReplyDelete
  2. @kita : merendah diri dan kedekut ilmu....1 lg, selesa dgn apa yg ada.huhu...

    ReplyDelete
  3. jangankan kate orang lain, aku sendiri pun kalau nak bercakap berselit-selit bahase omputih..

    contoh, tiap kali call client (omputih dah ni), "akak, saya punya payment bila boleh dapat?" ataupun "sapa curik keyboard aku hah!" takpun, "alamak! prepaid abis laa......"

    gini lah bro..asalkan orang yang nak membaca tu paham, kira tugas ko dah selesai..bab2 bahasa ni dah tak boleh nak diubah peelnya..

    mungkin akan menjadi satu tradmark nanti bila orang2 malaysia lebih dikenali sebagai RAKYAT BERBAHASA ROJAK terbaik didunia, atau dalam bahasa omputihnya 'The World Greatest RowJuck Languange by Citizen'..

    ReplyDelete
  4. lebih baik rojak. sebab lebih mudah orang nak guna. orang sekarang guna komputer yg default languagenya english. bukan semua os boleh tuka2 bahasa. bayangkan kalau orang baca artikel atau buku guide yang semuanya dalam bahasa melayu tentang windows xp. pastu bila ajar pasal pasal copy, artikel tu tulis "salin". right click tuka copy. tak ke pening orang nak ikut? biarkan rojak, asalkan orang faham. aku yang SPM dengan result BM A1 pun pening bila utusan tulis pasal pengondam (hackers). tu belum yang tulis laman sesawang. tak payah direct translation, orang sekarang malas nak berfikir.

    ReplyDelete
  5. sememangnya perkara ini menjadi dilema bagi mereka yang terutamanya terlibat dengan pengajaran, apatah lagi hendak menulis buku. usaha saudara zul untuk menulis buku tentang linux dalam bahasa melayu sangat bagus dan perlu diberi penghargaan. pandangan saya, sebagai permulaan, biarlah bahsa itu bercampur (guna italic) daripada tidak ada hasil langsung, semoga dapat diperbaiki pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  6. @melayubuntu:

    firstly, tanx for dropping by at my blog. hurm.. ntah la bro, mmg susah sket nak convert BI to BM dlm konteks computer terms ni. sbb, byk yg bercanggah dgn pemahaman dlm bahasa laen tu sendiri. aduh. harap2 semua ni ada jawapan nya.

    ReplyDelete
  7. thanks atas pndangan dan nasihat korang...aku amik kira pndangan korang utk siapkan projek aku tuh...macih byk2 =D

    ReplyDelete
  8. bahasa juga masih bercelaru diperingkat sekolah..

    ReplyDelete
  9. Kurangkan penggunaan bahasa SMS dalam penulisan. Kalau boleh, gunakan format menulis tesis yang baik.

    ReplyDelete
  10. sungguh menarik artikel ini~tq atas infomasi sdr..

    itulah ramai graduan yang belajar tentang bahasa mereka tapi sayang mrk bukan nak memperjuangkan bahasa~kalau benar DPB sendiri ada kuasa untuk mengambil tindakan..contoh kita boleh tgk jerk..kat label2 brangan jualan dari org malaysia seperti ais kirim,perasaan udang dan byk lagi..

    org kita lebih sibuk memperjuangkan tentang politik dan bahasa bunga2an..

    benar apa yang sdr kata..dlm membahasakan melayu bidang pengkomputeran amat lah kurang..

    pada saya sukar juga untuk menterjemahkan secara halus bahasa asing ni..kekadang tidak menepati maksud sebenar~selagi orang boleh terima lebih baik pakai bahasa rojak jerk..agar bahasa asing tu dimelayukan balik moga bahasa melayu kita bertambah..seperti dlm bahasa indo sendiri mereka kebykkannya mencampur-aduk dengan b.inggeris berbanding dengan b.melayu..sekurang2nya bahasa international tersebut akan lebih byk digunakan..lagi pun b.melayu ni tak boleh nak pergi ke mana diperingkat antarabangsa sbb kita mempunyai rumpun yang terlalu kecil..

    benar apa yg dikatakan juga..kita tak setanding dengan jepun..mereka pakar bidang teknologi tersendiri..so bahasa mereka juga menjadi trademark dan terpelihara.

    ReplyDelete
  11. hah .. terasa sikit, sebab aku berblog dalam bahasa inggeri :)

    ReplyDelete
  12. ummm...lagi2 isu bahsa...
    ckp jew lah walapun rojak..
    yang penting maklumat yg nk disampaikan owang faham udahlah...
    jangan pening pale k..!!!
    ^_^

    ReplyDelete
  13. ilmu senang diamal kalau dalam bahasa ibunda sendiri....

    ReplyDelete
  14. Di jepun, walau subjek diajar didalam bahasa Kepun, tetapi istilah masih didalam bahasa asal... seperti dalam pelajaran Agama Islam kita jugak dimana istilah terus didalam bahasa Arab seperti 'wuduk' bukan 'air sembahyang'

    Bagi saya, kalau istilah masih didalam bahasa asal dan subjek itu terus diajar didalam bahasa melayu, maka PPSMI akan bungkus... PPSMI diteruskan adalah atas dasar boleh buat duit supply komputer/software dan training... sapa yang dapat kontrak ni??? hehehe

    ReplyDelete
  15. Joy Stick.. ada jadi 'kayu bedil' dan.. 'kayu ria' ..

    ReplyDelete
  16. kita bukan pejuang bangsa
    cuma memartabatkan bahasa sendiri

    K juga salah seorang penulis blog komputer berbahasa Melayu. dan bukan senang untuk terus hidup dalam suasana sekarang. tetapi perjuangan perlu diteruskan :)

    TMUkmkd
    Blogger
    AMBNaC : adamasalahbarunakcari.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. aku suka artikel ini

    ReplyDelete
  18. nak buat macam mana dah nasib

    ReplyDelete
  19. artikel ni best le

    ReplyDelete
  20. Mantap...maju terus open source

    http://www.akhmad06.student.ipb.ac.id

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...