Ada 1 artikel yang berjaya memikat minat saya untuk mengulasnya. Tajuknya -- Why is it so hard for windows users to understand that linux is not windows. Pilihan jawapan yang ada mungkin;
A) Kerana pengguna windows sukakan hasil kerja bill gates dan team microsoft
B) Kerana pengguna windows tak mahu sia-siakan pengalaman mereka bersama windows
C) Kerana mereka bencikan cara sistem linux berfungsi
D) Lain-lain : Atas sebab peribadi dan kesihatan
Penerangan
Dalam artikel asal, penulis mempersoalkan beberapa aspek seperti installing software, partitioning, drivers, mounting ISO images, dan video and codecs. Persoalan yang penulis utarakan ialah, mengapa pengguna windows ingin linux berfungsi sepertimana windows berfungsi dalam aspek-aspek yang digariskan ini?
Saya mempunyai sedikit pengalaman berhadapan dengan situasi bilamana seorang pengguna windows yang baru mencuba ubuntu dan bertanya sesuatu yang seolah-olahnya ingin ubuntu berfungsi seperti windows. Ianya agak tidak adil jika anda berpisah dengan seorang kekasih bernama A kemudian menemui kekasih baru bernama B kemudian anda ingin B tadi bersikap seperti A dengan memperbaiki kesilapan A. B ada identiti baru yang harus dihormati dan diraikan dan bukannya mencari kesempurnaan yang hanya memenuhi kehendak peribadi.
Rata-rata yang membuat keputusan untuk beralih angin kepada ubuntu kerana sudah bosan dengan virus dalam windows, ataupun bosan kerana windows (vista) memerlukan system requirement yang terlampau tinggi dan tahap compatibility yang dipertikai. Ada juga yang menamakan isu keberkatan menggunakan sistem operasi cetak rompak sebagai sebab mengapa dia beralih ke ubuntu. Apapun sebab anda beralih angin, mengapa cara windows berfungsi itu masih diidam-idamkan untuk dijelmakan kedalam ubuntu?
Saturday, July 12, 2008
Linux bukan windows! Mengapa pengguna windows sukar memahami hakikat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
assalamualaikum
ReplyDeletebiasalah zul .. dari bangku skolah lagi dah kenal windows .. dari bangku universiti masih guna windows.. dan tetiba beralih arah ke linux..
aku dulu pun macam tu gak . tapi alhamdulillah.. atas nasihat dan tunjuk ajar dari linux guru, aku berjaya buang windows minded .. begini katanya..
" adi, tolong buang windows minded kalau kamu nak belajar linux.."
Adakah sebab terlalu banyak distro linux menyebabkan ramai pengguna windows tidak tahu mana linux yang hendak digunakan?
ReplyDeleteSaya sendiri pun masih menggunakan banyak sistem linux.
Pengalaman pakai windows yang click2 sahaja?
atau
Pengalaman pakai linux yang menaip?
Mana satu pilihan anda?hahaha
aku plak ramai rakan2 yg tanya knp nk ssh2 bt benda pelik2..pakai yg da siap kan senang..mgkin aku msh baru lagi dalam dunia linux ni..masing merangkak lagi,tapi ape yg aku rasa ialah windows is hardware hunger n linux pnh ngan ilmu bagi yg mengerti..
ReplyDeleteAssamualaikum untuk semua.
ReplyDeleteBagi pendapat saya mengapa benda ini berlaku:
1. Bangsa kita sememang suka benda yang senang dan tidak mahu memikirkan sesuatu benda itu jika dilihat agak sukar atau mungkin menggunakan sikit akal.
2. sehingga akibat kemalasan berfikir menyebabkankan bangsa kita lebih rela membeli o.s. (samada original atau cetak rompak) windows yang begitu berisiko pelbagai ancaman daripada mendapat benda percuma (linux) yang setanding dengan windows yang lebih selamat, ringan dan sebagainya.
3. bangsa kita juga sememangnya agak suka berlagak, berfikir sebagai hero dan berasa pandai. Sesustu yang murah atau sesuatu benda yang selalu digunakan oleh orang kurang berada dianggap benda low kelas, contohnya, apabila kerajaan mengumumkan akan mengeluarkan pc tablet di panggil 'makcik pc'. Dikomennya tentang nama pc. Beberapa contoh komen. "Apa kejadah ambik nama makcik? tak glamer, nama produck macam orang kampung la dan sebagainya." Bagi saya, (yang agak bodoh!) kita tak perlu komen pasal nama, kita tengok dulu, baru kita komen. Lihat saja indonesia, dua o.s. linux berasakan jiwa indonesia tealah dilancarkan. tapi namanya produk tu adalah berasaskan bangsa dia orang iaitu Dewalinux dan blakon.
4. Dan rakyat malaysia juga sebenarnya jahil tentang dunia ict. Kerana saya dapati rakyat malaysia dari kecik (student) hingga ke tua bangka menggunakan komputer khususnya internet adalah untuk benda2 yang tak faedah. main game, download film, transfer lagu kat handset, cari lagu, nengok gambar lucah, dengar radio etc. lihat! camna kita nak maju? kalau begini keadaannya.
jadi tak heran lain, satu hari nanti rakyat malaysia masih lagi menggunakan os windows yang paling setia di dunia ini. dan menjadi juara kepada penyumbang utama ekonomi untuk syarikat Microsoft (itupun jika rakyat malaysia membeli yang ori).
so kalau korang marah aper yang aku tulis, maaf.. ini sebenarnya hakikat bangsa kita!
Kata-kata Anonymous tu ada gak benarnya. Tapi pasal klik2 tu memang ada benar gak.
ReplyDeleteSorang pakar linux pernah kata, "utk pakar segalanya tentang kebebasan menggunakan OS, tapi bagi pengguna ianya tentang GUI".
@anny:malaysia da ad distro sendiri bernama embun..check balik artikel2 lepas dan aku da try,best dan sama je mcm ubuntu dan kalo install da siap ad compiz.cm kena unlock je..
ReplyDelete@melayubuntu:bro,anti buku yg bro tulis 2 kena tulis fundemental pasal windows != linux la..
http://linux.oneandoneis2.org/LNW.htm
en Zul. sy suke prumpaan yg enzul buat.haha menarik!
ReplyDeleteaha... menarik juga artikel ni... pendapat aku... tak salah minded Windows dipindahkan dalam linux. takkan setiap kali kene taip command je... its su#$ la... tak salah sekarang ni pun ubuntu nak jadi sikit-sikit macam windows, kurang2 pun buat la script... ./contoh.sh ke kan senang....
ReplyDeleteitu je pendapat aku... thanks..
Salam...
ReplyDeleteMemang betul kita dah ade os sendiri. Embun namanya. Tapi, apa kesudahan cerita tu? Diaorang buat penat2 tapi siapa yang menghargainya? Bangsa sendiri tak menghiraukanya, apatah lagi denga bangsa asing...... Maksud saya di sini adalah tiada promosi, tiada bengkel dan sebagainya. malah berita pasal embun pun tak dimasukkan ke dalam majalah PC berbahsa malaysia.
Lihat Blakon kat indonesia. Bukan sahaja diperkenalkan di IPTA, malah ia diinstall di sekolah2 pendalaman secara pencuma. kita sanggup buat seperti itu? (saya pasti ramai yang sanggup melakukan jika ada upahnya...)
@anny:ape ko ckp 2 mmg btl..tiada promosi psal embun 2,aku pn xtau knp pasal ak ad bkak thread dlm putera pn xd sape yg pnh try..last2 aku try sndiri & keputusannya sama je ngan ubuntu.support team diorang pn kurang berkesan.
ReplyDeleteramai antara kita masih belum mempunyai mentaliti untuk berubah kepada linux sepenuhnya..bg yg da berubah 2 bgus la dan diharap sebarkan ape yg dia dpt dlm linux ni iaitu KEBEBASAN!
tp skang ni aku ad dgr2 openoffice.org akan mula dipasang kt pc2 sektor kerajaan,tp keberkesanannya xtau la mcm mana..yg plg ssh skang ni ialah nak ubah mentaliti rakyat malaysia..suma nak sng je,xd yg nak usaha sikit.igt windows os plg bgus ke??time kena virus menjajau gak nk heal..last2 cari aku gak suh format walaupun aku da start menjauhkan diri dari arena pirate2 ni..xberkat..hehehe..phm2 la..
tak ramai org dalam dunia ni tau pasal linux, in fact tak ramai org pernah dgr pasal linux. orang yang pernah dgr pasal linux pun belum tentu faham ape itu OS dan menyangka linux itu hanyalah software. kalau orang cakap pasal computer, orang mesti kata windows. aku pernah baca satu artikel dalam suatu blog menerangkan pasal linux dan dalam komennya menafikan kewujudan OS yang percuma seperti linux dan menyangka hanya windows saja sesuai sebagai OS.
ReplyDeleteso, sebelum kita pengguna linux nak bising pasal orang taktau guna linux, baik kita promote ape itu linux. kalau semua orang tau ape itu linux, biarpun orang tau guna linux tu susah, itu sudah cukup untuk terangkan linux bukannya windows dan cara guna bukan seperti windows
tgk ni "40 reasons to lose Linux and vote Vista!" http://www.itwire.com/content/view/20545/1103/
ReplyDeletein fact, mmg betul dr kecik kita blaja komp pki win3.1, win95, win98 dan win win ..yg win Bill Gates (kaya raya). aku sndri dr kecik tak suka main komp, main game aku suka, tp bkn pc, main atari, lps tu praktikal di klg Motorola dlm thn 97 buat report pki apple mac, aku kenal linux masa blaja di u, then skrg trs betukar pki linux sbb satu sj, x yah rsu pasai virus .. n aku rasa linux perlu dibawa ke skool , start dr sekolah rendah lg daa ..
ReplyDeletesekian
in fact, mmg betul dr kecik kita blaja komp pki win3.1, win95, win98 dan win win ..yg win Bill Gates (kaya raya). aku sndri dr kecik tak suka main komp, main game aku suka, tp bkn pc, main atari, lps tu praktikal di klg Motorola dlm thn 97 buat report pki apple mac, aku kenal linux masa blaja di u, then skrg trs betukar pki linux sbb satu sj, x yah rsu pasai virus .. n aku rasa linux perlu dibawa ke skool , start dr sekolah rendah lg daa ..
ReplyDeletesekian
masalah utama skg... huhuuh gagal utk detect ext.hdd... yup.. mmg kalo boleh.. mau tinggalkan MS..tp tu laa.. smpai skg..x tau cm ner mau kasi detect ext hdd... poning poning....
ReplyDeletekalo la linux ada budget jutaan utk promotion&education, sy rase windows payah nk compete. ada golongan dah kene doktrin billgate..skrangkn linux nak ke mirip xp/vista dr segi appearence/theme. idop free, idop xp lisence, idop open source
ReplyDeleteMengenai windows ni pakai click click dan Linux distro pakai type type... well.. kita mesti ingat yang kebanyakan pengguna komputer kita adalah 'end user'.. bukan comp techie.. so.. sebab tu kita tengok sekarang ni linux dah 'kemirip windows'.. dan kita mesti ingat, windows tu pun ikut Mac dan next... Pada atidak apa kalau linus menuju kearah 'senang mengguna' kerana ianya akan menghasilkan lebih ramai pengguna linux terutama dari kalangan end user...
ReplyDeletemudah.. bagi K
ReplyDeletesiapa kenal Linux pada umur 5 tahun?
dan kita bandingkan
siapa kenal Windows pada umur 5 tahun?
tentu lebih ramai
so siapa lagi nak naikkan opensource kalau bukan komuniti sendiri.. K sendiri masih newbies dalam perkara ini :)
Salam.
ReplyDeleteer, boleh dpt ym sesaper x?nk blaja linux la..
windows xp nie kadang2 sakit hati lak...
sy ni x pandai pon psl system sume tue...
hehehhe
ialah tu bila ubuntu nanti dah kena bayar cam redhat baru nkorang tau berbaloi ke idak . interface linux buruk, icon tak cantik,driver support lemah..bagi akulah kalau guna linux setakat percaya yg linux tak kena virus itu pandangan yg salah cuma skrg ni org tak buat virus utk linux. utk berjaya linuc perlukan sokongan koporat yg kuat. nama-nama koman dan applikasi pun hodoh lebih ke zaman dewa-dewa cth seperti crom. kde desktop lagila hodoh nama applikasinya semuanya nak ada mula dgn K. skrg ni aku tgh uji ubuntu 9.10 . tidaklah mengkagumkan sgt . byk features yg dah lebih kearah Windows. seperti theme support, sistem update. senag kata ubuntu tidak eyecathing. end user apa nak kisah dgn x windows tu sume? org guna pc utk produktiviti bukan nak berlagak ttg sapa lg tau guna command line.cuma yg bagusnya driver hardware kat pc aku dia kenal tu pun sebab pc buruk. apa yg peliknya ubuntu ni kenapa tak masukkan sekali codec utk sound dan multimedia? menyusahkan org nak download codec. memula install aku dah pelik nape la ada dua bar atas bawah. nasib baik tu sume tailorable. bila minimise window aku tak nampak kat bar, ooo ropanya kena add applet kat panel baru nampak....ish ish menyusahkan.
ReplyDelete