Friday, July 18, 2008

Buang kernel lama dalam sistem dan grub

Jika anda menggunakan ubuntu dengan agak lama, sudah tentu anda perasan bahawa setiap kali kernel diupdate, kernel lama akan kekal wujud dalam grub (menandakan ia masih wujud dalam sistem). Semakin banyak kernel membuatkan grub anda sesak dan semak. Sebenarnya, pengguna boleh membuang kernel lama ini secara manual dengan menggunakan synaptic package manager.

Mulanya, sila pastikan versi kernel yang sedang digunakan oleh ubuntu sekarang;

Buka terminal dan masukkan/taipkan;
uname -r
Output yang keluar adalah versi kepada kernel anda (cthnya);
2.6.24-19-generic
Kemudian buka Synaptic Package Manager dan taipkan linux-image-2 dalam ruangan search. Hasil yang terbit dari pencarian itu antaranya akan menyenaraikan senarai kernel-kernel yang sudah terinstall dalam sistem ubuntu anda. Uninstall kesemua kernel yang tiada kaitan dengan versi kernel sekarang.

AWAS : Salah uninstall kernel boleh merosakkan sistem anda. Oleh itu saya nasihatkan anda kekalkan 2 kernel paling terkini untuk langkah berjaga-jaga.

1 comment:

  1. A,kum..menarik gak info ni,aku pun ada problm dgn kernel ni bila grub je ada 3versi kernel..2.6.24-14-,2.6.24-16- & 2.6.24-19-,bila pakai ver 2.6.24-16- memang ok ubuntu aku tapi 2.6.24-14- & 2.6.24-19- dah prblm, kuar screen putih je..ni menandakan kernel x stabil ke atau ada benda yg x diupdate lg?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...