Pernah bermain Quake, Quake2, Quake3 Arena? Penulis pernah melalui zaman-zaman tersebut, bermain bersama rakan-rakan serumah (LAN) dari pagi sampaikan ke esok pagi. Memang melekakan !
Entri kali ini akan menunjukkan cara mudah untuk jalankan OpenArena ke dalam Ubuntu anda. Sedikit informasi, OpenArena adalah salah satu projek sumber terbuka berasaskan enjin Quake3. Terdapat beberapa variasi diluar sana menggunakan enjin ini, namun kali ini penulis memilih OpenArena kerana ianya mudah dipasang dan menyokong Ubuntu sepenuhnya.
Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pergi ke menu Applications->Add/Remove. Isikan perkataan 'OpenArena' pada kekotak 'search' dan pilih OpenArena dibawahnya. Setelah itu klik pada butang 'Apply Changes'. Lihat contoh di bawah.
2. Teruskan dengan memilih 'Apply' pada kekotak yang baru muncul.
3. Tunggu sehingga proses muat turun selesai. Proses ini mungkin mengambil yang lama jika anda tidak mempunyai sambungan jalurlebar yang tinggi.
4. Akhir sekali, setelah semuanya selesai, akan terdapat menu baru di Applications->Games->OpenArena. Selamat mencuba.
Nota:
1. Penulis tidak mempunyai sebarang masalah semasa bermain permainan ini. Sebagai rujukan, spesifikasi laptop penulis adalah seperti berikut:
Acer Aspire 5051
AMD Turion 64 Mobile Technology 2.o GHz
1GB Memory
ATI Radeon Xpress 1100 (shared memory 64 MB)
80GB HDD, Atheros Wi-Fi
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..