Program Ubuntu@iPT : Banner!


Cadangan banner bersifat universal untuk program di shahputra dan semua IPT lain. Nama Penaja akan disenaraikan pada banner. Sila hubungi saya untuk tujuan penajaan.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan sdr ubuntuseekers yang mencadangkan nama kepada program ini (promosi ubuntu di IPT) ialah Program Ubuntu@iPT. Oleh itu, persediaan konsep yang umum termasuk persediaan material perlulah diselaraskan supaya dimana sahaja program promosi seperti ini diadakan, kita mempunyai satu nama, satu konsep material, satu logo, dan pengisian yang mengikut format kearah mencapai objektif program.

Beberapa hari ini saya bukan sahaja agak sibuk memikirkan idea dan konsep untuk program di kolej shahputra, tetapi juga memikirkan sesuatu yang universal dengan format yang teratur untuk menjadikan program ini bukan ibarat pahat dan pemukul, sekali dipukul sekali bergerak. Jika komuniti ubuntu ingin mendapat perhatian dimalaysia, kita perlu proaktif, bertindak secara istiqamah dan professional dengan hasil kerja superb.

Saya menerima banyak permintaan untuk program yang sama di IPT masing-masing. Insyaallah, kalau tidak ada aral melintang, kami sedia menjayakan program yang anda rancangkan!

Saya dan sdr ubuntuseekers memang dalam mood "all-out" untuk menjadikan apa yang kami cadangkan ini realiti. Persiapan sedang dijalankan dan saya juga telah memikirkan beberapa cara untuk memastikan masalah kewangan dapat diselesaikan. Apapun jika anda diluar sana yang membaca entri ini dan berminat untuk menyumbang atau menaja program ini adalah amat dialu-alukan untuk berbuat demikian dengan menghubungi saya melalui email zul.malc [@] gmail.com atau sila bank-in ke akaun berikut;
Bank : CIMB Bank

No Akaun : 01110075995528
Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menyumbang dan selamat menyumbang kepada bakal penyumbang. Doakan kami dapat melakukan yang terbaik dan doakan kejayaan program ini.

Lain-lain update akan menyusul.

Ubuntu@iPT ShahPutra 11days to go...

Artikel berkaitan dengan kategori...



13 comments:

rizq said...

apa sumbangan yang amat diperlukan sekarang ni selain dari duit?

sweemeng said...

kalau antara beberapa orang, ok lagi.
jika mahu buat dalam kampus secara besar-besaran, jangan lupa minta permintaan.

Bukan apa, ini adalah untuk supaya, orang tak pandang serong terhadap pengguna linux, terutamanya, pihak atasan IPT

melayubuntu said...

@rizq : hmm..sukarelawan ada kosong lg...hehe.. pastu..ermm..maybe program lepas ni bleh menyumbang lg..pe2 pun thanks =)

@sweemeng : yup2...kami tau apa kami lakukan..lgpun kitorang bkn underground movement yg leh gugat kerajaan pun..huhu

sweemeng said...

sebelum, saya lupa
http://foss.org.my/projects/universities

foss society malaysia, berminat untuk ini.

melayubuntu said...

@MK : ooo..ko org pahang ke?hehe

@Mustakim Ahmad : Thanks..NNti aku try

@Sweeeng : Thanks...nnti aku informkan..

MOSHAZAT said...

Salam,
kat MMU ada gak program cmni, bulan september ni ada lagi, derang buat program InstallFest, program d mana kitaorg akan perkenalkan Linux and installkan linux utk sesiapa yg nk.. Mosh pun join gak ;)

Fahmi said...

Banner tu dah lawa..tapi aku tak berapa jelas napa ada gambar bunga raya tue?

adakh psl bunga tu bunga kebangsaan?

melayubuntu said...

@moshazat : installfest berbeza sket... tp bagus jgk. klu nk material dr aku yg lebih2 bleh mintak jer...hehe

@fahmi : haah..bunga raya 2 utk tnjuk kemalaysiaan...aku pk gak cara lain.letak bendera ker...tp bunga mcm best sket...hehe

paan said...

bro,nanti kalo rajin buat la kat UiTM shah alam...saya nak sangat tau pasal ubuntu nie

fadzL said...

smoga ubuntu dpt d pknlkn lbih mluas...hahaha...sy pn tngh mmpromosikn ubuntu ngng kwn2 sy..huh..ada hrpn..

MOSHAZAT said...

@melayubuntu : berbeza cmne? sama je la kot sbb kitaorg scara hampir keseluruhan bg penerangan tentang ubuntu... tentang open source n networking menggunakan linux n opensource ;)

Post a Comment

Terima kasih atas respon..