Hari ini 27 hb 8. 2008, berlangsung satu seminar bertajuk OSS Accelerated Adoption Zon Timur dan kemudiannya diikuti oeh pelancaran POC OpenOffice.org di sekolah-sekolah Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman Terengganu. Penulis Hardyw3b a.k.a ADI lah yang bertanggungjawab memaklumkan kepada saya tentang program dan sekaligus hari ini merupakan kali pertama saya bertemu dengan beliau.
Seminar yang dianjurkan oleh MAMPU, OSCC dan pejabat SUK Negeri Terengganu ini melibatkan sebahagian besarnya agensi kerajaan disamping peserta lain dari pelbagai cabang aplikasi sumber terbuka termasuk pengarah syarikat IT dan sebagainya.
Apa yang paling penting yang saya bawa pulang dari seminar ini ialah, sumber terbuka sedang diterima dan diimplementasikan dalam pelbagai sektor kerajaan termasuk sekolah-sekolah. Cukup hebat apabila saya mendapati sistem operasi yang digunakan semasa presentation ialah UBUNTU dan semestinya mereka menggunakan OpenOffice.org.
Kehebatan tidak terhenti disitu, sebagaimana yang telah anda baca dalam artikel sebelum ini berkaitan kerajaan pahang yang mengeluarkan pekeliling tentang penggunaan openoffice.org dalam komputer pejabat kerajaan negeri, rupanya proses ini sedang giat berlaku dan di terengganu, sekolah-sekolah bakal dibekalkan dengan perisian openoffice.org menggantikan microsoft office.
Saya sempat berkunjung ke booth UPSI dan mendapat penerangan yang agak panjang lebar dari petugas disitu tentang sistem online yang terdapat di UPSI. Petugas itu juga memperkenalkan saya kepada ubuntu yang dipasang menggunakan wubi. Saya berpura-pura baru mengetahui tentang perkara tersebut dan saya terkejut dengan penerangan petugas terbabit yang sangat lengkap dan dari pemerhatian saya, beliau adalah pengguna ubuntu yang berpengalaman!
Ya, sumber terbuka diaplikasikan dimana-mana sahaja. Anehnya, pengguna desktop biasa seolah-olah terpinggir dari arus semasa yang sedang melanda sektor awam negara. Berkenaan perkara tersebut, saya ajukan satu soalan cepu emas kepada pegawai MAMPU - soalannya mudah. Adakah MAMPU mempunyai perancangan jangka panjang menukarkan Microsoft Windows kepada sistem operasi sumber terbuka (linux - ubuntu sbg contoh)? Jawapan diberikan ialah YA! Dan semua komputer di agensi MAMPU kesemunya menggunakan UBUNTU. Selain itu, MAMPU menyokong mana-mana IPT yang ingin memperkenalkan sumber terbuka atau ubuntu kepada para pelajar.
Terdapat juga beberapa perkara lain yang sempat menarik minat saya. Antaranya ialah pembangunan perisian sumber terbuka tempatan yang dibangunkan oleh OSCC termasuk MyMeeting, MySurfGuard, MyNetWatch, My Workspace dan sebagainya. Oleh kerana perisian ini menganut fahaman open source, maka cara pembangunannya juga melalui komuniti.
Saya mencadangkan OSCC dan MAMPU menggunakan hubungan baik dengan pihak kerajaan supaya mendekati pelajar IPT memperkenalkan mereka kepada pembangunan open source dan seterusnya menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam pembangunan sumber terbuka secara komuniti. Kita memerhatikan trend ini sudah berlaku di US dan negara-negara lain tetapi tidak di malaysia.
Secara kesimpulan, seminar ini berjaya memberi gambaran kepada saya tentang masa depan yang cerah perisian sumber terbuka di Malaysia. Percayalah, buat apa yang anda yakin!
Nampaknya ubuntu dan OSS semakin mendapat perhatian..seperti iklan Red Hat 'revolusi komputer'.
ReplyDelete@Pujangga : Yups..aku pun bangga gak.. Bez gler p seminar ni smlm..haha
ReplyDeleterevolusi gak untuk Ubuntu..
ReplyDeletehehe..
@melayubuntu : driver nvidia aku dh dpt install..hilang gak rndu Ubuntu di rumah..hehe ;P
weh, apa jd dgn baju tue? lupa teman nak tanya :D
ReplyDelete@jipang : oo yeke? camne ko buat? ada driver utk kad grafik 2 ke?
ReplyDelete@fahmi : hehe..lupe nk ckp... baju dibahagikan kepada kesemua sukarelawan...aku siyes lupa pasal baju..hahaha..
oh...ya ke? yg ada design t-shirt ubuntu tu ko pakai ke?
ReplyDelete@melayubuntu : pkai envy gak..tp tukar version..nnt aku anot tutorial kat email..kalo nak lerr..
ReplyDeleteterima kasih juga kepada jomlinux.com sebab buat link UbuntuSeekers walaupun dalam masalah updating..hehe ;P
@pujangga : aku pakai sampai kol 11 cam2 aku bukak..baju 2 besar lah..ubuntuseekers ckp aku hiphop..hahhaha..ampeh tul
ReplyDelete@jipang : ooo..guna versi terbaru ek.. ic2..bagus la dh bleh guna..haha
Minggu lepas aku ada pergi ke Perak Techno Trade Center (PTTC) tingkat 13, kalau tak silap di situ ada 6 lab, satu lab paling kurang ada 20 biji komputer dan 4 dari lab tersebut menggunakan Ubuntu...
ReplyDeleteSLES aku paling suka hahaha
ReplyDelete