Sunday, August 10, 2008

Promosi ubuntu di kolej ShahPutra - Edisi Pengesahan



Kami sudah sampai keperingkat bahawa, kami akan lakukan apasahaja untuk merealisasikan program ini. Tidak ada pulangan yang lebih indah melainkan kepuasan, dan tidak ada usaha yang paling sempurna melainkan diakhiri dengan "aku telah melakukan yang terbaik!". Program yang dirancangkan hanya tinggal 15 hari. Kami telah menyelesaikan beberapa isu yang basic seperti pembahagian tugas, sukarelawan (masih terbuka untuk penyertaan), booking booth (amat strategik) , konsep dan pengisian. Segalanya semacam diatas landasan yang tepat. Hanya menanti untuk dipacu, menuju matlamat yang telah tertetap - spread linux to the masses!

Saya ditugaskan menyediakan bahan-bahan bercetak. Apa jua yang diklasifikasikan sebagai bercetak - dari banner, pamphlet, tshirt dan apa jua yang difikirkan wajar.



Ok, saya sudah bercerita tentang pencapaian setakat ini selepas beberapa hari idea ini dicetuskan. Untuk meneruskan program ini, sudah tentu memerlukan satu peruntukan kewangan. Jujur saya katakan, hari ini saya menerima mesej dari saudara ubuntuseekers yang memaklumkan permohonan untuk tajaan program ini ditolak. Itu bukan petanda yang bagus. Untuk itu, ubuntuseekers sebagai insan yang bertanggungjawab mencari sumber kewangan telah menyediakan nombor akaun untuk anda menyumbang untuk kelancaran program ini seperti berikut;
Bank : CIMB Bank

No Akaun : 01110075995528
Sumbangan anda akan ditabungkan untuk program seperti dimana sahaja ia diadakan. Manakala laporan penuh tentang prestasi program ini akan dilaporkan secara detail dalam blog ini. Untuk itu, jika anda diluar sana ingin melihat program ini berjalan lancar, saya amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda. Tidak dilupakan kepada organisasi atau syarikat yang ingin menaja program ini, sila hubungi saya atau saudara ubuntuseekers secepat mungkin sebelum proses penempahan banner dilakukan.

Tidak dilupakan, jika anda tidak mampu menyumbang dari segi kewangan, saya mengalukan-alukan sumbangan idea dan cadangan bernas hasil dari kematangan berfikir anda semua. Jom jadikan program ini realiti!

7 comments:

  1. Nak beli tshirt.... macam maner???

    ReplyDelete
  2. aku pn nk bl gak tshirt..semat 2..hahaha

    **jgn bg yg reject@bundel pnya da r..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @dark lord : dtg je booth kami kt Kolej Shahputra nanti..hehe

    anyway bro, thanks sebab bantu cari fund program kite nie..
    skang dh hntar email kt Majalah PC..
    tnggu respon je..
    pas nie try majalah lain pulak..

    Ubuntu@IPT 13 days to go

    ReplyDelete
  5. teruskan usaha yg baik ini aku tetap menyokong dibelakang dan akan cuba mempromosikan bersama~

    ReplyDelete
  6. ok bro...kawe pun support dari belakang.
    baju tuh molek benar kalau boleh beli online :)

    ReplyDelete
  7. mekasih support..
    hope dpt beri idea atau sumbangan pe2..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...