Petikan dari jomlinux.com
Memandangkan penulis bertugas sebagai setiausaha parlimen kepada ahli parlimen Ampang. Jadi saya diberikan kesempatan menulis soalan bagi mesyuarat parlimen yang ketiga ini. Oleh itu, saya telah menanyakan kepada Menteri Sain, Teknologi dan Inovasi seperti bawah (transkripd dari soalan parlimen) :
SIDANG DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL PERTAMA,
PARLIMEN KEDUA BELAS
PERTANYAAN | : | LISAN |
Daripada | : | Y.B PUAN HAJAH ZURAIDA BT KAMARUDIN [Ampang] |
Tarikh | : | 18 Ogos 2008 |
Soalan | : | 33 |
Minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah pendekatan yang diambil bagi membuka minda rakyat tentang sains komputer terutama mengenai perisian sumber terbuka berbanding sumber tertutup dan apakah penerapan perisian sumber terbuka yang telah atau akan dilakukan oleh Kerajaan.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang proaktif di dalam aspek membuka minda rakyat dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khususnya dalam bidang sains komputer sejajar dengan wawasannya untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju yang berasaskan pengetahuan. Untuk tujuan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai Kementerian dan agensi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dengan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran dan minta masyarakat terhadap bidang ICT dan sains komputer. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah melaksanakan roadshow, minggu S&T dan ICT di peringkat nasional dan negeri, mengadakan minggu kerjaya berkaitan ICT, melaksanakan initiatif penggunaan Internet secara positif dan forum keselamatan siber.
Bagi meningkatkan pendedahan berkaitan perisian sumber terbuka dan perisian sumber tertutup, pelbagai forum dan seminar telah dilaksanakan, sebagai contoh, ialah Malaysia Goverment Open Source Software Conference (MyGOSSCON) yang diadakan pada Disember 2007 di mana perbezaan antara dua sistem telah diperjelaskan dan dibincang. Sistem sumber terbuka menjurus kepada pendekatan pembangunan perisian dan perkongsian kod sumber secara sukarela oleh komuniti pengaturcara berbanding dengan perisian tertutup yang memberi fokus kepada pembangunan perisian oleh syarikat pengeluar yang mempunyai hak milik ke atas produk tersebut. bagi perisian terbuka, kod sumber diedar semula, diubahsuai dan diguna dengan percuma atau dengan kos yang sangat minima berbanding dengan perisian tertutup yang melibatkan kos yang tinggi.
Di samping usaha tersebut, fokus juga telah diberikan kepada penggalakan pembangunan dan penggunaan aplikasi ICT dan sistem komputer "mesra rakyat" dengan memperkenalkan aplikasi ICT yang boleh diguna secara langsung dalam aktiviti harian. Antara aplikasi yang dibangunkan termasuklah "Agribazaar", K-masjid", "e-khutbah", "e-Pekak", "e-Pusara", "T-Center" dan pelbagai aplikasi mesra rakyat. Manakala, bagi memupuk minat di kalangan pelajar, MDeC dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah pun melaksanakan aplikasi Sekolah Bestari (Smart School) sebagai salah satu aplikasi Perdana (Flagship Application) MSC malaysia. Perlaksaan Sekolah Bestari sebagai Aplikasi Perdana adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan golongan sasaran khususnya pelajar didedahkan aplikasi ICT dalam kegiatan penbelajaran dan pengajaran bagi menyediakan mereka ke arah generasi yang mampu bersainga dalam era masyarakat berilmu (K-Society).
Tuan Yang Di Pertua,
Bagi menjawab bahagian kedua soalan Ahli Yang Berhormat dari Ampang berkenaan penerapan perisian sumber terbuka, Kerajaan sememangnya telah menjalankan program pelaksaan di sektor awam sejak 4 tahun yang lalu.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software atau OSS) Sektor Awam dan Pusat Kompentasi OSS pada 16 Julai 2004. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau MAMPU, telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi agensi peneraju (Lead Agency) Program OSS Sektor Awam ini dan telah pun melaksanakan Pelan Induk tersebut.
cayala bro.. info ni mmg best.
ReplyDeleteaku baru je tau pasal MAMPU ni...huhu
haha...dapat je jawapan terus taip. naik berapi keyboard nie...wakaka :D
ReplyDeletebagus2... aku mmg tabik ko..hehhee
ReplyDeletetrimas2..tapi aku rasa ramai pengunjung kat sini tak tau apa tu sumber terbuka. tgklah, kita je yg komen...emm...
ReplyDeletebetul tu pujangga..bagi aku yg terlibat secara langsung dengan orang gomen ni, memang payah nak suruh tukar ke sumber terbuka.hampir 60% adalah makcik2 dan pakcik2 yg telah dimanjakan dengan microsoft office dan windows.
ReplyDeletelagi satu, vendor pun asyik2 propose sistem web base pakai apache, mysql, joomla dan benda2 lain yg bukan direct to user. user cume guna firefox jer.
tapi, mcm aku pernah bagitau dulu, KSU dan MAMPU telah kluarkan pekeliling mulai tahun ini, semua dokumen2 kerajaan akan menyokong format OPEN DOCUMENT (odp) dan secara beransur2 convert segala microsoft office format ke odp. SATU LANGKAH YANG AMAT BIJAK.
makcik2 dan pakcik2 tu mungkin sbb depa muda2 dah biasa pakai tu jadi bila wat 'revolusi perisian' agak kaku susah gak... :D
ReplyDeletetapi satu sumber terbuka yang aku lihat berjaya adalah Firefox. satu pasal dia byk kenalkan ide-ide baru cam tab, add on dan lebih selamat.
cuma openoffice ni ada potensi tapi masih kurang dari segi fungsi cam carta yang bagus, gui yg cantik dan mesra dan beberapa fungsi lagi. lagi satu dia guna java, jadi kekadang komp tu takde java, kena pasang java lak. tu yg agak rumit sikit.
@Pujangga Ubuntu:leceh install java gne jee ubuntu tros..hehe :P
ReplyDeleteSapa pernah dengar knowledge MAMPU?ni saya share sikit
ReplyDeletehttp://knowledge.oscc.org.my
Aku nak tanya sikitlah, berapa ramai daripada kita yang memang guna ubuntu?
Aku guna debian(Desktop) dan Slackware(Laptop)
saye pun baru je mengenali ubuntu nih.memule rase cam susah.tapi bile kite mahir dgn basic directory windows dgn cmd windows rase mcm lebih kurang je(linux punye terminal sangat berkuasa) lepas satu minggu saye rase tak nak plak login dalam windows(saye dualboot laptop saye)sebenarnye tak lah susah sangat macam saye jangka cume kite yang anggap linux nih susah nak gune
ReplyDeletesaye sebenarnye buat part time repair pc selalu org call pasal pc diorang kene virus.so saye cuba kenalkan kat pelanggan saye ubuntu nih(saye akan dualboot customer pc dengan kebenaran customer saye)ade yang suruh uninstall windows lps tu sbb diorang suke dgn ubuntu nih ade yang tak suke tapi saye kate ubuntu takkan ganggu windows.sekarang bile customer panggil saye sbb pc kene virus senang je keje saye scan dari linux le he he he he....................
ReplyDeleteskrg nih setakat yang saye tau ade 2 sekolah kat area saye yang gune linux kat makmal komputer diorang satu smk desa tun hussein onn satu lagi st john atau victoria(dua-dua kat kl)tapi pelajar2 mcm nervous je nak gune linux distro nih(diorang gune redhat kat makmal diorang)
ReplyDeletebob...ko cuba pasang Compiz kat Ubuntu pastu tunjuk kat pelanggan baru diorang tertaariik sikit... :D lagi satu bob, apa pasal diorang banyak ajar RHEL. Memang bnyk org kata RHEL ni lebih digunakan sebab nak wat server/networking byk pakai RHEL.
ReplyDeleteTapi masalahnya, kita nak ajar pengguna desktop dalam kes ni kira pelajar le. Jadi RHEL tak berapa sesuai pasal RHEL untuk enterprise ok le..
Apa komen ko?
hehe...korang jgn risau..ramai lagi diluar sana pengguna open source...aku student sains komp dan kami mmg pencinta open source nie...
ReplyDeleteAku rasa ilmu sains komp malaysia ni tak berapa advance la berbanding indon.tak banyak maklumat yg boleh dapat melalui internet dalam bahasa melayu.kalau search perkataan melayu selalunya google atau yahoo akan memaparkan laman web indon.dan yang paling menyedihkan banyak laman web malaysia yg dapat di hack oleh mat indon.
ReplyDelete