Wednesday, August 27, 2008

Laporan penuh Ubuntu@iPT di Kolej ShahPutra

OBJEKTIF : Mencari pengalaman, menetapkan asas program ubuntu@iPT, dan seterusnya memperkenalkan ubuntu kepada pelajar dan orang awam.

PENGISIAN : Memperkenalkan ubuntu melalui;
  • Penerangan face-to-face berserta soal jawab secara terus antara pengguna ubuntu berpengalaman dan pengunjung

  • Demo desktop untuk membolehkan pengunjung mencuba dan merasai sendiri antara muka ubuntu
  • Memberikan maklumat yang jelas tentang kebaikan menggunakan perisian sumber terbuka, linux dan ubuntu melalui penerangan bersemuka dan risalah, pamplet dan sebagainya
  • Testimonial sebagai contoh penggunaan ubuntu dalam sektor pendidikan, non-profit egencies dan sebagainya
  • Penyelesaian masalah dan khidmat nasihat berkaitan ubuntu serta perbincangan segar


PERSIAPAN BAHAN : Mengikut perancangan, persiapan adalah seperti berikut;
  • Banner
  • Pamplet
  • Demo PC (sekurang-kurangnya 3 buah)
  • Baju Ubuntu
  • Live CD (100CD)
  • Testimonial
  • Salinan E-MAJ (bacaan)
  • Salinan tutorial installasi


Semua persiapan berkaitan bahan-bahan yang memerlukan proses printing diuruskan oleh saya. Saya telah menempah banner, pamplet, cover cd, dan e-maj dari sebuah kedai bumiputra di kuala terengganu pada rabu 20 hb 8, namun selepas dari tarikh pesanan, pemilik serta ofis perkhidmatan printing tersebut gagal dihubungi sama sekali (termasuk handphone bos, telefon office, email dan premis berkenaan tutup sejak tarikh pesanan dibuat). Mujurlah saya belum membuat apa-apa bayaran semasa proses tempahan.

Ternyata kejadian tersebut sedikit sebanyak mengubah plan asal kepada berikut;

Banner - Kami perlukan banner untuk menyenaraikan senarai sponsor kepada program kami. Oleh kerana kami tidak sempat untuk menyiapkan banner, kami membuat satu perubahan dengan menyenaraikan senarai sponsor pada satu kertas A4 dan dilekatkan pada white-board disebelah logo program ubuntu@iPT.

Baju Ubuntu - Lebih kurang 2 minggu sebelum program ini berlansung, saya menerima tawaran dari seorang kenalan "online" yang mengatakan beliau sudi untuk menaja 10helai baju menggunakan design saya. Saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan bangga. Namun, beliau gagal dihubungi sehingga sekarang.

Live CD - Kami merancang untuk menyiapkan 100CD ubuntu, 80-i386 dan 20-x64 untuk diedarkan dihari program. Percaya atau tidak, sdr WAN (ubuntuseekers) burn CD ubuntu tersebut secara manual (one-by-one). Sasaran 100CD tidak berjaya dicapai kerana kesuntukan masa dan CD yang tersalah burn.

Pamplet - Dalam perancangan, kami bercadang untuk menyediakan pamplet dalam jumlah yang besar (>1000 helai). Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, kami terpaksa print 100helai pamplet di cybercafe dengan harga yang biasa untuk color printing!

PERBELANJAAN :

DUIT MASUK :
Jomlinux.com = RM200
Sembangkomputer.com = RM100
MyDungun.net = RM50
Kongsiblog.com = RM40
JUMLAH = RM390

DUIT KELUAR :
Print Pamplet dan cover CD = RM210 (harga biasa untuk color printing di CC)
EMAJ & Testimonial = RM12
Sewa Booth : RM150
PERKAKASAN PLUG: RM25
CD kosong : RM67 (100keping)
JUMLAH = RM464

Defisit = -RM54

SAMBUTAN :
Program "Exploring Modern Sciences" yang sepatutnya menjadi faktor kepada jumlah pengunjung dilihat sebagai gagal. Kesimpulan ini berdasarkan kepada perkara berikut;
  • Program yang dirancang berlangsung dari 8:40pagi - 4:30 petang tidak berlaku. Program terhenti di tengah hari kerana Sheikh Muzaffar terpaksa rush ke tempat lain
  • Tidak ada program yang melibatkan kebanyakkan pelajar ShahPutra - yang ada hanya pelajar sekolah.
  • Booth didalam dewan kaca hampir tidak disedari kewujudannya melainkan pelajar ShahPutra yang melalui koridor bangunan tersebut.
  • Booth (selain dari ubuntu dan petronas) tidak ada kene mengena dengan kehidupan pelajar atau gagal menarik minat pelajar


Ia sama sekali bukan kegagalan team ubuntu. Ia kegagalan penganjur program! Namun sambutan agak memberansangkan menjelang tengah hari dengan kehadiran pelajar sekolah, staff ShahPutra dan segelintir pelajar kolej.

POST-MORTEM :
Saya senaraikan beberapa perkara untuk mendepani program akan datang;
  • Program - Program macam mana yang dirasakan berbaloi untuk diadakan promosi. JANGAN sekali-kali menyertai program yang tidak melibatkan pelajar/golongan sasaran secara lansung.
  • Persiapan - JANGAN sekali-kali buat kerja last minute
  • Memilih perkhidmatan yang boeh dipercayai atau diiktiraf boleh dipercayai
  • Menyediakan semua kelengkapan diperlukan walau sekecil manapun kelengkapan tersebut - gunting, pisau, pelekat etc.


KESIMPULAN : Secara keseluruhan, saya boleh beri 60% markah ditahap lulus. Jika program ubuntu@ipt diadakan sempena dengan program yang melibatkan pelajar kolej secara keseluruhan, saya yakin yang kami tidak akan menang tangan atau mungkin kami terpaksa mencari sukarelawan yang agak ramai. Apapun, kami telah berjaya meletakkan satu asas yang kukuh kepada program ubuntu@ipt dan kami boleh bercakap dengan yakin bahawa, setiap pengunjung yang datang ke booth kami, mereka telah mendapat gambaran yang jelas tentang ubuntu dan open source.

Langkah pertama sudah berayun. AYUH!


GALERi Gambar semasa program : Kualiti gambar hphone.












15 comments:

  1. banyak betul cabaran ye. biasa la, first time buat event mesti ada masalah2 camni, tiba2 contact buat senyap je. ok la, sebagai pengajatan untuk event2 yang akan datang.

    apa-apa pun tahniah pada Zul and the rest of the group kerana tak putus asa dan hidupkan gak event ni sehingga ke akhirnya.. *tepuk tepuk*

    ada umur dan rezeki, mungkin nanti kita boleh join venture lak untuk kempen kesedaran macam ni..

    ReplyDelete
  2. biar betul..student Syahputra macam hampir pupus...budak sekolah je ramai. Tu pun mesti cikgu paksa..sedih betul dengan sikap orang kita yang "bencikan" majlis ilmu. Cuba kalau program toghut. Berebut

    ReplyDelete
  3. problemnya, event ni dibuat on weekdays. sapa nak datang? even student shahputra sibuk gi kelas. mana ada masa nak pegi event2 ni. student sekolah yang datang pun mainly untuk sheikh muzaffar. betul la, salah event kita promote ni. tapi bila fikir semula...berapa banyak pun event pasal komputer ni kat malaysia? pc fair mainly untuk sales. hackinthebox mainly untuk org yg obviously dah tau pasal linux. entah la

    ReplyDelete
  4. pengalaman telah mendewasakan,,mematangkan fikian,,,hehehe...sedikit dr lirik lagu lama(x ingat lagu apa)...
    ini baru tahap permulaan, mmg bnyk lg kekurangan.,kitorang harap, en.ZuL x bputus asa..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  5. ya..sama-sama belajar dari kesilapan, tetapi takpa..sbb ni macam kickstart untuk event2 akan datang...bak peribahasa china, perjalanan seribu baru bermula dari satu langkah...heheh

    Kalau ada event2 lain .. aku pun nak turun juga... roger2 dlm blog ko ni zul... ;)

    ReplyDelete
  6. Assamualaikum dan salam sejastera

    Apa2 pun saya ucapkan jutaan ucapan tahniah kerana usaha saudara dan team melayubuntu tanpa mengenal penat lelah. Bila nak buat kat K.Terengganu? Kalau buat kat Maidin Mall gempak gak....!

    ReplyDelete
  7. @mk : thanks..bagus gak idea ko tuh..len kali de program lg jom la join..haha

    @umarzuki : haha..klu konsert msti rmai datang..wahaha

    @xordy : yups.. kne tentukan program yg sesuai utk selinap masuk...hmm..ssh gak tuh..huhu. pepehal thanks bro.byk tolong.

    @green : saya xputus asa...malah sy bertambah semangat..thanks yep atas support..hehe

    @harith : event lain maybe ada.. tp kali ni plan tul2..hehe

    ReplyDelete
  8. ayem36 : Camne nak wat kat Mydin Mall tuh? kne booking pape ker?? haha..

    ReplyDelete
  9. tk pe zul..
    percubaan pertama..
    mcm ko buat e-maj gak..
    hehe..
    pae2 pon kalu ade program berkaitan jgn lupe ajak den..
    haha ;P

    ReplyDelete
  10. kalau dah betul-betul kompim nak wat kat k terengganu, ajak aku yer... huhuhu.. den pun nak join..

    ReplyDelete
  11. @jipang : tu la..cubaan pertama camni pun dh ok sgt dh..hehe

    @syah : yups..insyaallah..aku akan kerahkan smua budak trg turun...wahaha

    ReplyDelete
  12. salam...saya nak tanya.camne kalo nak ajak team ubuntu@ipt nak wat kay kolej ak ek?kolej ak kat shah alam.

    ReplyDelete
  13. lain kali boleh aku sponsor..huhu

    ReplyDelete
  14. Kalo dtg Penang,kami alu2 kan kdtgn anda ke USM...

    Kalo bminat,bln 8 ni ada minggu convo...kalo bminat, contact,boley sewa booth...lgpn kt cni event2 bkenaan open source mmg sgt2 kurang..even di sebuah universiti berstatus APEX...

    Wslm...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...