Saturday, August 16, 2008

Program Ubuntu@iPT : CD Percuma!


design cover cd ubuntu yang bakal diedarkan

Saya dan sdr ubuntuseekers telah membuat keputusan untuk membahagikan 100CD Ubuntu secara PERCUMA kepada pengunjung booth ubuntu ketika program sulong di Kolej ShahPutra nanti. 100CD ini termasuk 80 keping cd untuk versi i386 dan 20 keping cd untuk versi x64. Untuk catatan, Kolej ShahPutra kuantan mempunyai lebih 3000 orang pelajar dan program yang dianjurkan pada 25 haribulan itu turut disertai oleh orang luar termasuk pegawai kerajaan, swasta, dan orang awam.

Kami telah booking booth yang sangat strategik iaitu bersebelahan dengan booth Syed Muzaffar sendiri (dekat dengan dia sign autograf). Insyaallah kami juga merancang untuk mencetak hampir 5000 pamplet (bergantung kepada bajet) untuk diedarkan pada hari berkenaan.

Sebenarnya saya telah menerima permintaan dari orang perseorangan yang ingin menaja program ini dengan nilai tertentu dengan syarat nama blog/site mereka turut disenaraikan diatas banner program ubuntu@iPT. Saya merasakan idea tersebut agak praktikal (buat ketika ini) dan jika sesiapa yang berminat, sila hubungi saya (rujuk sidebar) untuk perbincangan dalam kadar segera. Ini kerana saya dalam proses menempah banner dan masa agak tidak begitu mengizinkan untuk saya menunggu terlalu lama.

13 comments:

  1. bro..
    bkn syed muszaphar..
    SHIEKH muszaphar..
    huhu.. ;P

    Ubuntu@IPT 8 days to go!

    ReplyDelete
  2. @jipang : ye xye jgk ek..haha..typing error..

    ReplyDelete
  3. Oo...25 hb...mcm mana yer...nak cari duit nak support ni...nanti aku usahakan.

    ReplyDelete
  4. Tak pe lah, saudara buat la dulu promosi tu...nanti bila gaji masuk aku bank-in kat saudara...takpelah xdapat taruk website kat banner pun, tak kisah

    ReplyDelete
  5. jgn lupa aku...kita dah dealkan

    ReplyDelete
  6. @En.Lanun : Ok bro.rujuk email.

    @Kita : yup2. Aku xlupa. kongsiblog.org ngn kongsiblog.com pe beza ek? haha..

    ReplyDelete
  7. kongsiblog.org untuk komputer and internet,,,,,kongsiblog.com untuk umum....

    ReplyDelete
  8. ada jual tshirt tak kat sana nnti...
    tshirt ubuntu...
    Aku ni budak UMP(Universiti Malaysia Pahang)
    boleh nk masuk dalam 2 x?

    ReplyDelete
  9. @kita : oo..cam2 ke..diurus oleh org yg sama merangkap engko la ek?

    @zahir : tshirt xsmpat nk siap la bro..maybe program tmpat lain smpat siap..huhu.

    ReplyDelete
  10. datang la UMP ni...
    bwk tshirt sekali...
    aku rasa program ni bgs sbb kmi kt sini ada couse engginering software a.k.a computer engginer la...

    ReplyDelete
  11. bgus.. good news..

    ReplyDelete
  12. kat UTeM pun ok gak.. ada course software development ngan computer eng...

    ReplyDelete
  13. ubuntu ader wat promo x kat utm skudai?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...