Hampir setahun sudah berlalu sejak saya menulis "Sejauh mana blog ini memberi impak?". Berpeluang menulis sesuatu seperti ini untuk kali keduanya merupakan impian saya. Ini bukan entri sorotan setahun. Ini entri yang mengingat saya secara peribadi kepada perjalanan panjang sebuah blog yang telah berjaya memberi kepuasan kepada saya. Bercakap soal kepuasan, saya mengingati quote dari seorang CEO yang cukup saya kagumi iaitu $teve job$;
Being the richest man in the cemetery doesn't matter to me ... Going to bed at night saying we've done something wonderful... that's what matters to me.Saya rasa kemunculan blog seperti blog ini telah agak berjaya memainkan peranan mengubah mentaliti pengguna komputer di Malaysia. Dalam tempoh setahun ini, bilangan mereka yang mencuba ubuntu kerana blog ini amat membanggakan. Meskipun saya tidak merekodkannya, namun saya tahu bilangannya ramai. Ini di buktikan lagi dengan jumlah download yang dicatatkan samada oleh emaj dan tutorial pemasangan ubuntu sebelum ini.
Namun dalam warna-warni pencapaian tersebut kadang kala hati saya yang bersar ini mengecil juga. Anda sebagai pembaca mungkin tidak pernah tahu sesusah mana untuk menghasilkan satu-satu tutorial yang kadang-kala memakan masa berjam-jam. Emaj yang saya tulis memakan masa sebulan atau lebih. Saya keluarkannya untuk didownload dan dibaca tanpa mendapat satu sen pun ganjaran. Namun disaat saya merasakan usaha saya itu tidak dihargai, setiap kali itu semangat dan moral saya runtuh. Persoalannya, apa perlu saya tulis sepanjang dan sebanyak itu jika ia tidak pernah dibaca? Dan apabila pengguna ubuntu menghadapi masalah barulah mereka datang kepada saya bertanyakan jawapan yang terang-terang telah saya jelaskan samada dalam blog atau dalam emaj.
Ada pula yang ingin bertanyakan kepada saya dan perbualan sekira-kiranya seperti berikut;
DIA : aku nak tanya ko nape bla bla bla..
AKU : sila rujuk blog sebab aku dah tulis
DIA : banyak sangat la kat blog malas nak cari
AKU : nasib baik aku suruh ko baca jer dan tak suruh ko tulis!
Bukan kerana saya malas jawab tetapi kadang-kala persoalan tersebut melibatkan satu langkah yang panjang.
Nampaknya orang melayu masih tegar dengan statistik lama - 1 muka surat 1 tahun. Saya percaya pengguna komputer adalah antara mereka yang tidak tergolong dalam statistik ini. Namun sikap itu masih belum berubah. Entri ini pun, entah berapa orang yang sanggup membaca dari awal sehingga selesai.
Ops sori. Membebel pulak dah. Semoga kita dapat merenunginya dan mengambil kebaikan yang ada.
manusia bermacam2 ragam..jadi banyak hati yang perlu dijaga..tapi biarla...ini satu turning point bagi bangsa kita supaya tidak mengharapkan sesuatu hanya dengan "spoon feeding", open source mengajar aku untuk mencari maklumat dgn sendiri, bwat research sane sini, baca buku itu dan ini. Dan perkara yang paling penting yang aku selalu amalkan apabila belajar ilmu2 kat dunia ni
ReplyDelete1) Cuba selesaikan dgn sendiri (baca buku, forum, internet)
2) Bertukar2 pendapat dgn org len, then try balik (kalau x leh jugak proses 1 dan 2 diulangi, kadang2 bugs kat linux ni banyak jalan penyelesaiannya)
3) Dah x tahu sgt, last resort adalah bertanya kepada yang pakar.
Yang penting kene ada dasar usaha atas kaki sendiri, org2 yang hebat pun diorang x mngharap sahaja, mcam penulis Melayubuntu ni, menjadi antara pelopor Ubuntu Melayu pertama yang menulis blog sebelum ada sesape (melayu) yang buat (kalau ada pun x lah seserius Melayubuntu etc:emaj, tutorial).
Jadi dari mana dia dapat ilmu? mstilah dari kajian sendiri, msti bnyak homeworks yang perlu dibuat, eksperimen dan lain2 lagi seperti contoh (modem HuaWei sewaktu Hardy, streamyx)
jadi, apa2 pun usaha sendiri itu penting, bangsa lain dh lame maju kehadapan, Org Cina dah ade Linux User Group yang aktif, jadi kita perlu lebih hebat drpada mereka, bukankah kita tuan di negara sendiri? (bukan nk mengata)
apa yang penting, org melayu msti mula belajar berdiri atas kaki sendiri (baca: skop yang luas), dan last sekali jangan lupa ucap terima kasih dekat org yang ajar kita ilmu.
p/s : nk membebel jugak..kalau nk hentam, hentamlah..
Kalau masih nak duduk dalam kampung kekolotan tanpa ada satu semangat nak berhijrah ke kota perubahan, jangan harap nak berubah. apapun teruskan usaha bro.
ReplyDeletedah mentaliti org (melayu) mcm tu..
ReplyDeletenk buat mcm mne..
aku dlu pn mse msuk (balik) arena Linux nie da tk tau ape2..
last2 ngadap gak buku 364 muka ttg Linux tuh..
wlaupn RedHat pnye..
tp ade gak yang boleh digunakan..
mcm korang mule2 gune komputer dulu laa..
mule2 korang tk tau mcm mne nk idopkan komputer..
da lama tu korang bnyk belek2..last2 jadi hackers jgak..
kesimpulannya, malas menyebabkan anda malas nak 'berhijrah'..jadi LU PIKIR LAA SENDIRI!!
hidup melayubuntu...aku sentiasa support ko zul...keep it up..jgn moral yang tinggi itu jatuh hanya kerna semut yang kecil..'kadang2 ganjaran yg tidak nampak meresahkan jiwa'
ReplyDeletesetiap hari aku mesti masuk blog melayubuntu.
ReplyDeletekenapa? aku salah seorang yg menggunakan ubuntu.aku suka baca entry yg ditulis kerana banyak maklumat berguna yg aku boleh dapat dlm blog ini. keep going man.
hanya ada segelintir saja yg tidak menghargai apa yg ada
aku sokong cakap Anoymous. +1
ReplyDeleteSetiap hari masuk blog Melayubuntu dan tertunggu2 entry baru dari Zul kerana setiap entry tampil dengan cara penulisan yang menarik dan mudah difahami.
Hidup Melayubuntu~!!
hahaha... yerpz... aku setuju 200% dengan ape yang anonumous cakapkan... cara penulisan abg zul memang cara penulisan yang mnarik dan mudah (ala-ala motivasi gitu.. hahahha)
ReplyDeleteape kata blog ni wat kutipan derma..sbgai menhargai usaha en zul slama ni..dan demi untuk melayubuntu trus hidup..
ReplyDeletesaya baru satu tahun menggunakan ubuntu ni,dan dalam satu tahun ni saya rasa perubahan dalam diri saya amat ketara.
ReplyDeletedulu masa pakai window saya sentiasa rasa takut kalau kalau kene counterfitting(pirate punye la)tapi sekarang rase takut tu dah takde dan saya rase freedom yang amat sangat
dan progress kematangan saya dalam menggunakan ubuntu ini 90 peratus disebabkan oleh blog en zul ni walaupun saya kurang memberi komen.tapi saya sentiasa menyokong en zul sebagai mentor saya dalam dunia pc yang saya anggap memberi kebebasan yang mutlak kepada saya
jadi jangan peduli apa yang orang lain kata ataupun apa saja cemuhan yang anda terima saya tetap menyokong en zul dan semua crew-crew melayubuntu .teruskan perjalanan anda kerana sesungguhnya memberi ilmu kepada orang lain amat besar pahalanya dan lebih bermakna kerana ilmu akan kekal sampai bila bila...
terima kasih melayubuntu;)
besalah tu..kita kekadang tulis dan ajar orang secara ikhlas...tapi orang selalu nak mudah je. nak suap sahaja.
ReplyDeleteni penyakit paling susah sekali nak ada ubatnya.
http://allforlinux.com/page/13/
ReplyDelete7. BootScreen Change: Well… People feels kindda bored with the bootscreen, I think canonical also need to change the bootscreen. But, there’s already some cool software that can change it… I will post it someday… I hope this software can be added at ubuntu. It will make ubuntu more customizeable then today…. Change it from this:
http://i292.photobucket.com/albums/mm33/alhakim_linux/ubuntu_boot.png
To this:
Thx to melayubuntu I found this interesting software. The software name is Splashy. You can found it also at melayubuntu.blogspot.com(melayu language) but I will make the translations as soon as possible ;) . There’s some probabilty that the bootscreen will be changes in ubuntu 8.10. But who knows???
thanks all...
ReplyDeleteZul...jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga....betul x ...anyway all the best!!!
ReplyDeleteSokong MacOSX!.eh!!silap2 zul...ehehe.sorry2.
ReplyDeleteKata-kata dari encik. Mustakim:
Biarlah raksasa datang mengganas,
Biarlah u*no tunggang terbalik
Biarlah bush dibaling kasut
Biarlah hitam dan putih bercantum
dan
Biarlah google jatuh tersungkur
Tapi..
Teruskan usahamu berkongsi ilmumu
Kerana ianya satu kemuliaan..