Friday, December 26, 2008

Apa itu PPA?

PPA (Personal Package Achieves) adalah fungsi pada launchpad yang membenarkan seseorang user berdaftar untuk hostkan package .deb yang seterusnya bertindak sebagai personal apt repository. Disini saya tidak akan membuat tutorial bagaimana untuk membuat package untuk ubuntu tetapi menerangkan secara ringkas bagaimana PPA dapat membuatkan hidup berubuntu anda lebih menarik.

Jika anda perasan, dalam ubuntu apabila sesuatu perisian yang mengalami versi kemaskini seperti Firefox tidak boleh diupdate secara biasa seperti dalam windows dan mac osx yang memerlukan anda pergi ke pilihan menu Help > Check for Update. Dalam ubuntu fungsi itu tidak ada kerana kesemua fungsi update dikawal oleh APT. Oleh kerana itulah jika anda tidak sabar untuk update perisian tertentu yang telah mengalami versi update tetapi masih belum dimasukkan kedalam ubuntu repository, anda perlu menggunakan PPA. Saya mengambil contoh perisian OpenOffice.org 3.0 yang tidak disertakan secara default dalam ubuntu 8.10 namun anda boleh memasangnya dengan menambah PPA ke dalam 3rd Party Software Repository.

Anda mendapat tahu bahawa perisian kesukaan anda telah mengalami versi update tetapi masih belum dimasukkan ke dalam ubuntu repository. Anda tidak mahu menunggu lama untuk mencuba versi baru bagi perisian anda tersebut lalu apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan PPA yang dalam repo tersebut mengandungi package bagi perisian yang anda cari. Dimana untuk mencari PPA yang khusus bagi perisian idaman anda? Selama ini saya menggunakan laman http://ppa-search.appspot.com/ dan ia sangat berguna kepada saya. Search dan click pada View Achieve kemudian anda akan dibawa ke laman web seperti berikut. Anda mungkin biasa dengan 2 line ( 1 untuk package software 1 lagi untuk source bagi software tersebut yang hanya berguna untuk developer) yang dinamakan "REPO" - panggilan pendek kepada repository.



List yang dapat anda lihat dalam screenshot diatas ialah list perisian yang terkandung dalam PPA tersebut. Anda boleh melihat perisian apa dan versinya sekali. Jika anda tidak mahu menambah repo dan hanya ingin download package .deb sahaja, klik pada "▷" dan klik pada link ke file .deb.

Selain perisian yang mengalami versi update, saya juga perasan beberapa perisian baru seperti gscrot yang juga dihostkan di launchpad diatas nama GScrot Team. Cara yang sama juga iaitu add repo bagi perisian-perisian ini untuk membolehkan anda memasangnya kedalam ubuntu menggunakan APT.

Perbezaan menambah repo dan install melalui fail .deb

Menambah repo akan membolehkan APT menguruskan hal ehwal update sesuatu perisian yang terkandung di dalam sesuatu repo. Install perisian melalui package .deb tidak akan mempunyai fungsi update jika perisian tersebut tidak terkandung didalam repo.

PPA. Selamat?

Ini mungkin isu yang perlu difikirkan. Adakah ianya selamat untuk kita install perisian dalam PPA seseorang user di launchpad? Yang pastinya bukan isu virus, tetapi isu kestabilan sesuatu perisian dan keselamatan data yang terkandung dalam komputer anda.

3 comments:

  1. PPA bukan automatik tambah repo dekat software source ke?
    tk tau la betul ke tak..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ko beri aku laman utk cari software yg diupdate.sebab aku selalu cari software yg latest dan jugak yg stabil.terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Ayat last yang untuk entri kali ini buat aku fikir juga perkihdmatan seperti ini selamat digunakan atau tidak, kenapa? jika vendor berkenaan di godam, tahap keselamatan setiap user yang membuat kemaskini mungkin terdedah juga betul?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...