Pidgin ialah IM Client default dalam ubuntu yang menyokong protokol popular seperti Yahoo Messenger, MSN, GTalk dan sebagainya. Versi 2.5.2 tampil dengan pelbagai masalah yang merimaskan seperti Pidgin tertutup secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga masalah lain seperti fungsi send/receive file yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ianya cukup merimaskan!
Heboh diperkatakan bahawa Empathy akan menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu seterusnya. Seakannya Pidgin menyedari kekurangannya. Selain tidak menyokong fungsi audio/video conference, pidgin terlalu banyak masalah. 20/12, pembangun pidgin mengeluarkan versi 2.5.3 yang tampil dengan banyak fix bagi menampung lubang-lubang kelemahan perisian IM popular ini. Anda boleh membaca senarai perubahan dalam versi 2.5.3 disini.
Kepada pengguna ubuntu, mungkin update ke versi 2.5.3 sudah tersedia. Sila update sistem anda!
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
empathy ni tak masuk dalam ubuntu 8.10 katanya sebab ia belum smpi versi matang tapi mungkin masuk dalam 9.04 nanti...tunggu...hehe...
ReplyDeleteemm bagus la gitu.. sebab pidgin ni masalah la.. now tengah tunggu jugak.. adakah digsby akan buat dalam Linux
ReplyDeletedigsby macam empathy jugak kot.. multi IM
p/s: aku dah tukar my windows ke Ubuntu.. now tengah upgrade 804 ke 810.. tapi server slow la :(
jomlinux : yups...dijangka utk 9.04
ReplyDeletesyafia : tahniah..slamat guna ubuntu.. btw, klu internet lmbab mmg lmbab sket upgrade.. bleh tukar server lain sbb server europe dan US mcm lmbab sbb wayar dasar laut putus ke apa ntah..
Yup, kabel dasar laut ke eropah menghubungkan jaringan internet dari pulau pinang ke eropah terputus. Tapi jaringan yang menggunakan jaringan dari cyberjaya berfungsi seperti biasa sebab menggunakan kabel dasar laut ke taiwan, jepun.
ReplyDeleteUntuk menge"trace" routing table sesuatu jaringan anda semua, boleh gunakan fungsi mtr
$ mtr laman_web
err mcam mana nak update? kene install balik ke macam mana?
ReplyDeleteadakah dengan kemunculan "digsby" bakal menggantikan pidgin?
ReplyDelete