Friday, December 05, 2008

Empathy 2.25.2 : Sekarang boleh send file!



Empathy ialah perisian IM yang diperkenalkan dalam GNOME 2.24. Anda boleh membaca review awal mengenai empathy disini. Empathy ini juga dihebohkan sebagai bakal menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu yang akan datang. Apa yang menarik mengenai empathy ialah ianya menyokong audio dan video chat. Meskipun begitu, saya masih gagal menggunakan fungsi audio atau video chat yang dijanjikan.

Versi awal iaitu 2.24 tempoh hari tidak dilengkapi dengan fungsi send file. Namun pembangunan terkini perisian ini sudah menyokong fungsi send file dan ini merupakan sesuatu yang melengkapkan lagi perisian ini ke arah mungkin menandingi iChat dalam mac osx. Kelihatan masih terlalu banyak kerja yang harus dilakukan tetapi pembaikan tetap berjalan dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin mencuba versi pembangunan empathy, sila tambahkan PPA ini ke repo dan update. Mungkin banyak masalah tetapi jadi tester pun bolehlah!
deb http://ppa.launchpad.net/telepathy/ubuntu intrepid main
deb-src http://ppa.launchpad.net/telepathy/ubuntu intrepid main
Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Wah, skang dah boleh send file. Saya pun suka Empathy, cuma masalahnya tak bley send file and background time chatting tak berapa cantik, well, kalau theme Admium itu dianggap sebagai benchmark. Anyways, harap2 Empathy bukan sahaja ada update untuk feature "send file" tetapi improve theme untuk background time chatting. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...