Apa makna perkataan "superb" bagi saya yang mempunyai pengalaman sedikit sebanyak menggunakan iMovie dan Final Cut Pro dalam Mac? Dan apabila setiap kali saya berbicara mengenai linux, mulut saya tidak begitu lancar bercakap mengenai perisian editasi video yang dibangunan untuknya. Namun mungkin perasaan itu semakin menipis apabila saya mencuba kdenlive versi terbaru iaitu 0.7. Mengikuti dokumentasinya disini, kemudian memasangnya kedalam ubuntu menggunakan koneksi broadband bukanlah sesuatu yang "painless". Penantian itu penyiksaan!Selepas lama menunggu, cubaan pertama untuk pemasangan tidak berjaya kerana beberapa perkara saya tidak faham atau dokumentasinya tidak begitu lengkap. Cubaan keduan, alhamdulillah semuanya sempurna dan saya berjaya menggunakan kdenlive.
Sebenarnya, sebelum inipun saya sudah mempunyai pengalaman menggunakan kdenlive. Namun inilah kali pertama saya menggunakan versi 0.7 yang terbaru. Kdenlive 0.7 menggunakan interface KDE 4 yang cantik menawan lagi kemas. Namun disebalik interface yang kemas itu terdapat banyak lagi fungsi baru yang diperkenalkan seperti;
- Complete rewrite of the communication with the MLT video framework, which means a huge speedup in all timeline operations
- Capture from different sources: DV, HDV, webcam and screen grab
- Better KDE integration (notifications, job progress, Nepomuk annotations)
- More effects and transitions (improved support for Freior)
- Full undo support with history
- Video rendering is now completely independant from main application, you can safely work while rendering
- Initial support for Jog Shuttle devices

No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..