Sunday, December 07, 2008

Pindahkan ubuntu wubi ke partition berasingan

Saya kira berapa ramai yang telah memasang ubuntu menggunakan wubi didalam windows. Saya secara peribadi tidak menggalakkan pemasangan ubuntu menggunakan wubi kerana ada beberapa kes yang saya hadapi sistem ubuntu terganggu apabila windows atau fail dalam windows terganggu. Perkara kedua, ianya sesuatu yang bodoh untuk memasang sistem operasi yang stabil kedalam system yang tidak stabil. Dan jika anda telah terpasang ubuntu secara menggunakan wubi didalam windows dan ingin memasang ubuntu dalam partitionnya sendiri tanpa perlu reinstall, kini disini ada caranya.

Kebaikan ubuntu dalam partitionnya sendiri ialah, ianya boleh beroperasi dengan kepantasan dan kestabilan yang original, fungsi sleep dan hibernate yang tidak terganggu, sistem yang tidak akan terjejas dengan kehadiran virus dan sebagainya.

Terdapat satu perisian yang dinamakan LVPM (Loopmounted Virtual Partition Manager) yang membolehkan anda pindahkan ubuntu dari dalam wubi ke partition (yang perlu anda sediakan terlebih dahulu - dinasihatkan 2 partition utk ubuntu dan swap).

Manakala proses lainnya tidak terlalu sukar kerana anda hanya perlu mengikut arahan on screen yang ringkas dengan hanya 4 langkah mudah.

Semoga artikel ini bermanfaat.

3 comments:

  1. aku tak tau ini silap aku atau tak.. tapi mase kelas aku nak buat projek security kitorang menggunakan Ubuntu.. so ramai lah budak2 kelas aku yang suruh ajar install ubuntu.. aku cadangkan diorang gunakan wubi... so bermulalah process install nyer... tp ape yang menjadi masalah, partition C:\\ tak kuar mase kat ubuntu.. aku masih tak dapat solve lagi problem ni. tak sempat nak g forum.. huhu... bizi.. skang ngah bizi kejer..

    ReplyDelete
  2. Yup aku sokong pasal proses agak lembab jika menggunakan wubi kenapa? untuk ver. 8.04 aku menggunakan cara pemasangan berkenaan dan kepantasan untuk ver. 8.10 jauh berbeza.
    Tapi masalah driver agak ketara untuk mesin aku

    ReplyDelete
  3. Boley install mlalui Wubi, tp even lps da buang ubuntu, n nak normal kn balik windows yg sblm ni dual boot,tp dia still kuar lg bila nk logon tu, select operating system to start..win xp, ubuntu, ada lg...

    DAn nasihat ak,mang lg bgus kalo install kt partition berasingan...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...