Friday, April 03, 2009

GNOME Tiga.Kosong

Semalam, liferea saya dipenuhi oleh kemaskini dari Planet GNOME tentang apa yang dipanggil versi GNOME 3.0. Pembangun persekitaran desktop GNOME mula bersedia memikirkan konsep dan visi yang ingin dicapai oleh versi 3.0 bagi GNOME atau juga versi 2.30. Oleh kerana 18 hb lalu GNOME 2.26 telahpun dilepaskan, 6 bulan kemudiannya iaitu September ini GNOME 2.28 pula akan menyusul, maka logiknya GNOME 2.30 atau GNOME 3.0 akan menemui pengguna pada sekitar bulan Mac 2010. Yup! Ianya setahun dari sekarang!

Lalu apakah yang mereka (pembangun GNOME) rancang untuk GNOME 3.0? Ada tiga kekungci asas iaitu;
  • Penambahbaikan (keterampilan) pengalaman pengguna
  • Memperkemaskan platform
  • Promosi GNOME
Dari segi penambahbaikan pengalaman pengguna, saya tertarik kepada idea GNOME Shell yang mengubah terus kewujudan panel dan pengurus tetingkap. Ia mengubah terus cara lama pengguna memulakan satu aktiviti, beralih dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dan cara menguruskan aktiviti pada desktop.


GNOME Shell
Perkara kedua yang dirancang dari segi pengalaman pengguna ialah, mengubah cara pengguna mencapai fail-fail dalam cakera keras. Ini ialah kerana, pada kebanyakkan waktu, seseorang pengguna hanya ingin mencapai sesuatu fail yang contohnya berada dalam direktori /home/user/video/youtube/vidclip/contoh.flv. Menggunakan cara biasa, seseorang pengguna harus beralih dari satu direktori ke direktori yang lain semata-mata untuk mencapai fail tersebut. Ianya amat tidak menjimatkan masa. Saya tertarik kepada GNOME Zeitgeist yang saya sendiri sudah mencubanya (yang masih dalam peringkat pembangunan yang pesat).

GNOME Zeitgeist
Kedua-dua idea ini adalah antara idea yang paling drastik untuk menambahkan pengalaman pengguna ketika menggunakan desktop GNOME. Namun masih terlalu banyak ketidakpastian dari banyak segi kerana mengubah style lama kepada cara baru bukanlah sesuatu yang mudah.

Dari segi pembangunan lain, GNOME 2.28 akan menampakkan perubahan apabila Mozilla/Xulrunner akan diketepikan kerana apa jua perisian dan proses yang melibatkan web rendering dalam GNOME akan mula menggunakan Webkit.

Apapun perubahannya, kita mengharapkan GNOME bakal memberikan satu kepuasan, kelainan dan kebebasan kepada penggunanya sebagaimana versi yang sebelum ini. Integrasi antara perisian dan proses sangat penting dan memperkemaskan perisian dari pepijat amatlah perlu dijadikan fokus pada prioriti yang utama. Setahun dari sekarang, ucapkan selamat datang kepada GNOME Tiga.Kosong!

3 comments:

  1. Gnone 3.0! cepat cepat! hehe.

    ReplyDelete
  2. wakakkaa.. pelik tajuk artikel nih.. gnome tiga. KOSONG? wakakaka.. pelik-pelik..

    ReplyDelete
  3. ntah....aku pn xfhm sgt tajuk 2, tp yg aku tau, gnome 3.0 mcm menarik je.....haha!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...