Hari ini menyaksikan Sun Microsystems telah mengemaskini perisian VirtualBox ke versi 2.2.0 untuk linux yang memperkenalkan banyak pembaharuan seperti menyokong OpenGL 3D acceleration yang secara tidak lansung membenarkan pengguna menggunakan efek 3D seperti compiz fusion dalam sistem operasi maya dalam VirtualBox. Bayangkan kesan khas 3D dalam kesan khas 3D. Ini akan memudahkan pembangun dan pencuba kesan 3D dalam VirtualBox tanpa perlu mencuba(3D) dalam sistem operasi utama mereka. Banyak lagi perubahan yang dibawa oleh versi 2.2.0 ini dan anda boleh rujuk
disini.
Untuk anda yang tidak tahu, VirtualBox(VB) ialah satu perisian yang membolehkan pengguna memasang sistem operasi lain diatas sistem operasi lain secara maya. Contohnya, anda boleh memasang windows xp dalam ubuntu dengan menggunakan VB tanpa perlu reboot.
Sementara itu, hari ini juga pembangun KOffice, perisian pejabat untuk persekitaran desktop KDE
telah melepaskan versi 2.0 RC kepada umum. Walaubagaimanapun pelepasan ini tidak membawa fungsi dan pembaharuan dan hanya mengandungi pembaikian masalah pepijat ke arah versi penuh yang lebih stabil.
hehe. virtual box makin mantap!
ReplyDeleteSalam, tumpang tanya macamana saya nak format usb disk (e.g. thumbdrive) menggunakan ubuntu.
ReplyDelete@wathahir : guna gparted : sudo apt-get install gparted
ReplyDeletepastu format usb tuh...
maksudnyer? boleh ler syah main games jin online dalam winxp vb?
ReplyDelete