Tuesday, April 14, 2009

Gwget : Download manager untuk ubuntu (linux)

Wget adalah aplikasi hebat yang membolehkan anda memuatturun fail dari internet dengan mudah. Namun wget adalah aplikasi yang menggunakan CLI - tidak sesuai untuk pengguna yang takut dengan terminal (atau juga konsole). Namun begitu saya secara peribadi telah menggunakan wget buat sekian lama untuk memuatturun fail yang menggunakan direct link. Mengapa? Kerana saya mengalami pengalaman yang buruk dalam aktiviti muatturun fail menggunakan broadband no.1 di malaysia ini. Kadang-kala proses muatturun dengan firefox terhenti tanpa sebab, kadang-kala gagal ditengah jalan dan kadang-kala MD5 tersilap.

Bayangkan anda telah menunggu proses muatturun hingga 3-4 jam dan disaat-saat akhir berlaku kegagalan tanpa sebab (atau sebab tak difahami). Ianya satu pengalaman yang cukup getir dan mengganggu kewarasan di atas paras pertimbangan logik. Mulut pula tak henti-henti membebel dan memaki hamun provider no.1 di malaysia alkisahnya yang tersebut. [mode membebel]

Kesimpulannya, saya tidak gunakan cara biasa untuk memuatturun satu-satu fail sebaliknya menggunakan kata arahan wget. Buka terminal dan taipkan wget [link], atau wget -c [link] jika bimbang hubungan dengan server terputus. Takut dengan Terminal dan lebih sukakan GUI? Kini wget mempunyai versi GUI dan dikenali sebagai Gwget.


(syhhh: lajukan internet aku?huhu..)

Pasang : sudo apt-get install gwget

Saya dapati ianya sangat berguna dan menyokong fungsi pause dan resume. Juga senang untuk digunakan tanpa perlu menaip kata arahan dalam terminal. Buat masa ini, saya tidak cuba untuk hosting seperti Rapidshare, Megaupload, dan lain-lain jadi jangan tanya tentang perkara tersebut.

10 comments:

  1. dah banyak download manager yang aku try, tapi so far, firefox extension DownThemAll is the best untuk aku. Another one, Aria2. not bad gak la

    ReplyDelete
  2. btul2, fail last2 minit n paling bengang tanpa sebab..
    klu pakai ni still ade chance ker nk gagal?

    ReplyDelete
  3. DownThemAll je setakat ni yg ok utk download link yg password protected.

    ReplyDelete
  4. DownloadThemAll yg terbaik....aku dh try gune Rapidshare, same je, tetap xboleh....yg lain2 aku rase same jgk...

    ReplyDelete
  5. Aku pernah menguji nya pada bulan tidak lama dulu
    dan hasilnya...

    Donwload for x > 400k kelajuan
    Multiget > 350k & < 400k
    DTA Fail
    Gwget > 150k <200k
    wxDownloadfas tak stabil, slalu tertutup tiba2
    DownloadThemAll pun bagus jugak...

    So Download for X adalah yang terbaik..!
    yang ni aku test berdasarkan internet LAN ofis aku..

    ReplyDelete
  6. Vote for DownThemAll. :D Tapi Gwget ni bagus jugak coz fungsi resume dia acurate sket, tak rosak data macam Zul cakap.

    ReplyDelete
  7. aku pon gune DownThemAll... aku merasakan ianya stabil...

    ReplyDelete
  8. aku pun pakai downthemall..
    lagi senang.. :)

    ReplyDelete
  9. errr...xde ke yg mcm internet download manager (idm) yg mcm utk windows tu?bagi aku software tu paling laju utk download klu guna windows sbb dia bhgikn smpai 16 bhgian bl download,klu ubuntu ape yg boleh smpai tahap tu eh?downthemall xsmpai kot rsanye..

    ReplyDelete
  10. aku guna dta (down them all) ok aje... sedut file sampai 11GB relek aje siap buleh resume lagi hhihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...