Thursday, April 09, 2009

Pemenang pertandingan "We're Linux"


Pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh Linux Foundation iaitu We're Linux telah diumumkan semalam dan dimenangi oleh individu yang menghasilkan video diatas, Amitay Tweeto - seorang warga israel.

Ramai lagi peserta yang menghantar video yang tidak kurang hebatnya tetapi kebanyakkannya tidak memuaskan konsep linux sebenar iaitu "free, as in freedom" dan bukan sekadar "free, as in beer". Free membawa maksud bebas dan tidak terhad kepada percuma. (Dalam konteks bola sepak, sepakan percuma dan sepakan bebas juga membawa maksud yang berlainan).

Apapun video diatas yang dihasilkan oleh tweeto sememangnya memuaskan segenap aspek professional, konsep kebebasan dalam linux, konsep komputer dan penerangan ringkas dan sememangnya layak untuk memenangi pertandingan ini. Tahniah!

**Sedang fikir animasi diatas dihasilkan dengan menggunakan software apa...?

4 comments:

  1. soalan sinis di bawah itu ditujukan untuk?

    p/s: kerana video tu seperti dilakukan menggunakan satu aplikasi yang hebat

    ReplyDelete
  2. haha...video tu mmg agak bagus. kitaorg ada mainkn vid tu kat perlis...apapun JL ada masukkan video we're ubuntu kat pertandingan tu..nmpk juga malaysia ni ada penyertaan.

    tak silap aku video tu pakai Flash sng buat..mgikut pengalaman aku blaja dulu le. tp guna lain pun boleh. cume cepat lambat je.

    ReplyDelete
  3. aik.. kalau die wat ngan flash, camne die install? n lesen sah ke? wakakaa.. banyak yang terlintas kat kepala ni.. freedom? :P

    ReplyDelete
  4. pertandingan tu cume suh wat video. jadi tak kisahle kalu dia wat guna windows ke mac ke tak kisah. janji vid tu psl linux. jd leh install flash kat windows. lesen tu cetak rompak le kot.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...