Thursday, May 06, 2010

Install GIMP 2.7 ++ dalam lucid dan nikmati single window mode!


Masih ingatkah anda kepada aplikasi GIMP? Meskipun ianya tidak disertakan secara default dalam ubuntu 10.04 namun ia masih tetap "photoshop" pilihan saya. Namun gimp agak tidak disukai kerana tetingkapnya yang berasingan dan oleh kerana sebab itu ia sering di "cop" sebagai tidak mesra pengguna.

Namun, akhir-akhir ini para peminat GIMP nampaknya boleh menarik nafas lega apabila pihak pembangun GIMP mengumumkan GIMP versi 2.8 ++ akan mempunyai single window mode yang senang untuk diaktifkan melalui menu Windows > Single-window mode. Jika anda tidak sabar-sabar lagi untuk mencuba GIMP yang mempunyai single window mode ini, anda boleh memasangnya ke dalam ubuntu lucid lynx melalui ppa berikut.
sudo apt-add-repository ppa:matthaeus123/mrw-gimp-svn
kemudian
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp #untuk memasang gimp jika anda belum memasangnya
Atau upgrade sahaja gimp anda dengan command
sudo apt-get upgrade
Dalam release terbaru ini juga, anda boleh menaip teks secara terus diatas canvas seperti screenshot dibawah;
P/s : Untuk mereka yang berani memasang dari sumber yang unstable shj. TQ
Semoga bermanfaat.

7 comments:

  1. Benda ni ada versi .deb ke?
    Tak biasa la guna sudo.

    ReplyDelete
  2. @Sophon : senang je bro..buka terminal then copy paste je command kat atas tu..huhu

    ReplyDelete
  3. whoa! terbaek..
    mmg dari dulu aku tunggu single window mode nih..
    sng sikit buat kerja..

    ReplyDelete
  4. aku byk mggunakan gimp utk edit gmbr n wallpaper. aku da tbiasa ngn interface gimp smpai kekok nk pkai adobe photoshop.bg aku gimp da ckup power utk home user.

    ReplyDelete
  5. huh! dah cuba, rasa la selesa sikit kan. hehe. terima kasih atas entri ini.

    ReplyDelete
  6. tak display dlm menu...
    macam mana nak bagi ada icon dlm graphic menu....

    ReplyDelete
  7. tak display dlm menu...
    macam mana nak bagi ada icon dlm graphic menu....

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...