Sunday, May 23, 2010

Docs.com boleh digunakan dalam Ubuntu


Docs.com merupakan servis terkini dari Microsoft yang masih diperingkat beta dan berfungsi untuk menyimpan dan berkongsi dokumen yang dihasilkan dalam Microsoft Office kepada rakan. Integrasi bersama laman sosial facebook akan memudahkan kerja kolaborasi, berkongsi dan sebagainya.

Namun fokus saya bukan disitu, saya tertarik apabila saya berjaya menggunakan Docs.com dalam ubuntu menggunakan browser chromium untuk menghasilkan dokumen baru. Seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot diatas, saya masih menikmati interface ribbon seolah-olah sedang menggunakan microsoft office di dalam windows. Namun buat waktu sekarang ini, masih banyak fungsi-fungsi Microsoft Office 2010 yang tidak terdapat dalam Docs.com.

Walaupun begitu, ianya masih bagus kerana teknologi cloud seperti ini akan menjadikan Flash Drive (USB) anda seolah-olah tidak lagi berguna. Ini kerana anda dapat akses kepada dokumen anda dimana sahaja anda berada dengan syarat mempunyai sambungan internet!

Bagaimana untuk bermula menggunakan Docs.com?

Sekiranya anda masuk ke Docs.com dan anda mempunyai akaun facebook, anda boleh connect secara terus ke facebook anda.

Buat masa ini Docs.com hanya menerima dokumen dengan format docx, xlsx, dan power point yang dihasilkan dalam Microsoft Office 2007 atau 2010 (atau 2008 dalam mac osx). Begitulah juga dokumen yang anda hasilkan dalam Docs.com juga menggunakan format yang sama.


Oleh kerana ianya masih beta, mungkin kita masih sempat untuk mengharapkan supaya Microsoft dapat menyokong lebih banyak fail dokumen seperti ODF yang lebih terbuka dan kemudian memperbanyakkan fungsi Docs.com seperti Microsoft Office 2010. Mungkinkah?

7 comments:

  1. bgs..next time cb wat review psl google docs lak...kt cb kurangkn kebergantungan pd "tetingkap"..hehehe

    ReplyDelete
  2. pencabar Google Docs ni hehe
    tapi aku suka pada Google hehe

    ReplyDelete
  3. Saya hadapi sedikit masalah. apabila saya membuka synaptic package manager ia akan keluar begini..
    (E: dpkg was interrupted, you must manually run 'sudo dpkg --configure -a' to correct the problem.
    E: _cache->open() failed, please report.)
    Bagaimana saya nak menyelesaikannya.. Tlg tunjuk ajar. TQ

    ReplyDelete
  4. sila masukkan command berikut dalam terminal;
    sudo dpkg --configure -a

    macam mane?

    ReplyDelete
  5. Adakah ini bermaksud pengguna tidak perlukan wine utk mggunakan moffice dlm linux? Jika begitu baguslah...tQ Bill Gates. Nmpaknya akan lbh mudah bagi pengguna nk migrate ke linux.

    ReplyDelete
  6. hehe..2 yg takut, nanti bill gates takut org ramai xguna windows dah..so dia xbg pengguna linux guna...hahaa

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...