Sunday, May 09, 2010

Ailurus : Satu lagi aplikasi utiliti untuk ubuntu 10.04


Saya yakin pengguna ubuntu sudah biasa dengan UbuntuTweak. Konfigurasi yang dahulunya sukar dan memerlukan seseorang mengingati ratusan command-command tanpa silap walau satu space, kini dipermudahkan dengan hanya satu atau 2 klik sahaja. Begitulah sifat teknologi, ia datang untuk memudahkan dan bukannya menyusahkan.

Saya terjumpa satu lagi perisian utiliti mirip Ubuntu Tweak yang dinamakan Ailurus. Ia boleh diinstall ke dalam ubuntu menggunakan command berikut;
sudo add-apt-repository ppa:ailurus
sudo apt-get update
sudo apt-get install ailurus
Seperti juga Ubuntu Tweak, Ailurus menyenangkan anda memasang perisian, memasukkan PPA tambahan, mengubah beberapa ketetapan GNOME, dan sebagainya. Namun terdapat juga fungsi yang lain dari Ubuntu Tweak seperti Recover APT, Study Linux, dan simple hardware information.


Saya cuba menggunakan Ailurus untuk memasang Lamp Server.


Satu lagi fungsi yang berguna ialah fungsi mengembalikan button close ke kanan atau kembali kekiri. MAC OSX untuk kekiri dan Gnome classic untuk kekanan.


Semoga informasi ini berguna.

6 comments:

  1. wah.. terbaik r.. ni yang best ni.. tak sabar nak pasang linux kat komp.. tunggu Syah bagik dulu.. takpun tunggu dari Netherland smpai kat umah

    ReplyDelete
  2. @frant: bagi la pendrive..

    ReplyDelete
  3. hurmm ... nk try la karang ... bole suggest kt bdk2 br blaja..

    ReplyDelete
  4. tengah tunggu shipping 10.04 ni pas ni pasti nak install

    ReplyDelete
  5. memang best..aku dah download..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...