Kepada anda diluar sana yang masih takut-takut untuk memasang sistem operasi ubuntu kedalam komputer anda yang bermasalah dengan windows, anda boleh mengikuti langkah demi langkah berikut tanpa was-was.
1.Download ISO ubuntu disini dan kemudianya "burn" ISO tersebut dalam bentuk image ke atas sekeping CD yang belum digunakan. Selesai, masukkan CD tadi ke dalam CD/DVD drive dan biarkan komputer boot ke dalam CD tadi dan anda akan berjumpa dengan screenshot dibawah.
2.Selepas proses loading berkenaan, muncul tetingkap seperti dibawah dan anda boleh memilih samada untuk mencuba ubuntu (dipanggil LIVE CD) tanpa memberi kesan kepada komputer anda atau memilih untuk memasang ubuntu ke dalam komputer. Sila pilih untuk memasangnya ke dalam komputer. Anda juga boleh memilih bahasa disebelah kiri.
3.Kemudian anda perlu memilih lokasi dan time zone anda. Sila pilih menggunakan dropdown menu atau klik pada peta yang dipaparkan.
4.Pilih keyboard layout yang digunakan oleh komputer anda. Biasanya layout USA.
5.Ini step yang anda perlu berhati-hati. Sekiranya anda ingin memasang ubuntu secara dualboot, jangan sesekali pilih partition harddisk yang telah terpasang windows didalamnya.
6.Anda perlu memasukkan nama dan username anda serta password bagi sistem ubuntu anda.
7.Step seterusnya merupakan kesimpulan dari setting yang telah anda pilih sebelum ini. Jika semua tiada masalah, barulah klik pada install. Namun jika berlaku kesilapan atau anda ingin mengubah sesuatu, sila tekan butang back.
8.Proses pemasangan akan bermula dan ianya bergantung kepada kemampuan komputer anda bagi menentukan selama mana proses ini akan berlaku.
9.Selesai semua, klik pada restart dan komputer anda akan restart. Jangan lupa untuk mengeluarkan CD ubuntu anda tadi!
Selamat menggunakan ubuntu!
huhu.. baru je siap pasang
ReplyDeleteAssalamualaikum...Saya nak tanya camner nak install printer canon iP1980 kat dalam Ubuntu ni? Susah betul kalau nak guna printer terpaksa guna Windows xp...
ReplyDeletetips yang bagus...banyakkan lagi tips2 asas seperti ini, saya berminat menggunakan ubuntu, tetapi tidak tahu apa2 mengenainya...
ReplyDeleteg website canon n donlod driver utk linux. pastikan driver tu .deb. da siap donlod, double click dan ikut arahan seterusnya.
ReplyDeletehanya printer2 hp jer yg fully compatible dgn linux n ubuntu (out of the box) sbb driver dia open source.
salam..kenapa ya artikel ni sama n sebijik cam kat website ni?: http://planet.ubuntu.com.my/
ReplyDeletebukan artikel ni je, artikel2 sebelum ni pun ada...??
sbb aku ialah ahli komuniti ubuntu malaysia...so planet ubuntu just guna feed blog ni macam jgk dlm planet.ubuntu.com.
ReplyDeletetq
mungkin dia tak perasan ada senarai contributer dalam tu :)
ReplyDeleteSalam, minta maaf sebab lambat maklumkan, saya dah copy artikel di atas dan ditampal ke laman unikl.org. Thanks.
ReplyDeleteno prob..thanks bcoz share artikel blog ni =)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. semasa boot menggunakan CD ubuntu 10.4 keluar "(process :280 ) : GLib-WARNING **: getpwuid_r(): failed due to unknown user id (0)". Ada solution untuk masalah demikian? Thanks.
ReplyDeleteTekan Esc pada keyboard dan tgk apa berlaku. tq
ReplyDeleteatau
ReplyDeletefrom the boot menu press F6 which will display some boot options, then just press the Esc key. You'll now see that the "boot parameters" are displayed at the bottom of the screen. Just use the Backspace key to remove only "quiet splash".
Both option cannot works... akan try guna flash drive untuk install plak..anyway thanks for help...
ReplyDeletemasalah lucid nak detect huawei modem. pening ngn bug ni.
ReplyDeleteak pon ad mslh sme dlu..
ReplyDeletetry tgk thread ni..
http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=47&t=1778
kot2 kalo ko bwat jd ke..ak bwt xjd..
tp brdbnd aku skang da ok..lps update bpe kali nta..da detect mcm bese..
salam ada sesiapa tahu tak macam mana nak update ubuntu 9.04 terus ke 10.04... harap taiko2 dapat membantu..
ReplyDeletehttp://www.ubuntu.com/getubuntu/upgrading
ReplyDeleteCheck the link. It should be similar for 9.04
5.Ini step yang anda perlu berhati-hati. Sekiranya anda ingin memasang ubuntu secara dualboot, jangan sesekali pilih partition harddisk yang telah terpasang windows didalamnya.
ReplyDeleteknapa?
kalu pki gparted ok kot kn..?
sbb nnti habisla data dlm windows tu..hehe
ReplyDeleteyup pakai gparted buat partition baru
aku siap wat partition asing2x lagi...
ReplyDeletedlu pernah gak combine dlm partition C jer...asyik2x kene CHKDSK pas restart..
simpan kat OS yg kureng stabil wat mslah r nnt..
Saya dah install Ubuntu ke dalam pc HP Dual Core tapi ianya HANG apabila sampai ke desktop.
ReplyDeleteHang camne 2?
ReplyDeletebleh explain lebih sket?
ok mcm nie,
ReplyDeleteaq ada dua partition..C n D..
dlm C ada windows..
so aq nk install Ubuntu dlm D...
sbb,aq pki recovery disk utk windows...
t kalu aq recover windows aq (sbb virus dll...ahaks) nnt ubuntu pn lebuh gak kalu letak ubuntu dlm C..
(guna gparted)
jd,kalau letak dlm D...andai kata aq recover windows..
boot record mcm ne?
still bleh boot ubuntu?
Hmm..aku xtau camne recovery disk 2 berfungsi..so aku xleh nak jwb byk jgk..
ReplyDeleteyg aku tahu klu ko pilih C sebagai partition, ubuntu still akan create new partition..
eh ke ko install guna wubi??
erm..
ReplyDeleteaq pki acronis true image...
tak pakai wubi...
sbb acronis recover partiton ke restore point asal..
kalau pki wubi,bila recover..ubuntu ilang...
mcm mane ek?
cd ubuntu bru smpi td dow..huhu.
xsabar nk install..=P
hmm x tau la..
ReplyDeletemaybe ko kene try pastu tgk sndiri camne result dia sndiri..amacam?
Kalu ko rakam imej hdisk selepas pasang ubuntu, aku rasa xde masalah. Let say ko rakam imej hdisk right after ko install ubuntu. lps tu br ko install codec, games n software2 ubuntu. tiba2 windows problem n ko recover partition tu. slps recover, ubuntu still there tp codec, games n softwares ubuntu are gone. ini kerana imej partition tu kembali kpd rupa sblum ko install 3 bnda td.
ReplyDeletehehe...lntang pukang ayat aku..=p
Ak newbie lg pasal Ubuntu nie..Knape time lpas abis loading trus die hang..ak pkai laptop Asus K50IN..Br je nk myahut seruan zul nie..hehe
ReplyDeleteklau install pkai wubi.exe ok x sbb ade ak tgk dlm pcworld.com die pkai wubi..ape klemahan dan kebaikan die..hope ade yg membantu..
ReplyDeleteloading kat mana 2 dia hang?
ReplyDeletetime nk boot cd..
ReplyDeleteklau pkai wubi bleh ke..sbb ade ak tgk kt pcworld die wat pkai wubi.exe..xtry pon lg..tgh kaji pro n con..ape klebehan n kekurangan die klau pkai wubi..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saya baru sahaja berjaya memasang ubuntu 8.10, dual boot with win7 ultimate.
ReplyDeletebaru saja migrasi cuz sebelum ni hdisk saya dah dead. so sekarang dah ready nak explore ubuntu sebetul2nya :)
kalau nk buat dualboot dgn windows xp, install guna wubi ja.. settle...
ReplyDelete