Saturday, May 29, 2010

1.2 juta komputer riba diagih percuma & Andai ubuntu adalah OSnya

Semalam kerajaan dengan kerjasama TM mengumumkan akan mengagihkan 1,200,000 unit komputer riba Netbook secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah yang subscribe kepada pakej jalur lebar TM.  Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum.

Saya tidak tahu syarikat mana yang mendapat kontrak untuk membekalkan komputer tersebut dan saya tidak tahu siapa yang terlibat dengan idea ini. Saya tidak mahu kata ini adalah satu idea yang hebat atau ini adalah idea yang pincang. Saya cuma terkenang kisah pelajar sekolah tahun 5 di negeri Terengganu yang mendapat e-book (macam netbook) tahun lepas dan selepas satu/2 tahun berlalu kita boleh lihat keberkesanan program yang memakan belanja RM 30 juta tersebut.

Ada yang mengatakan e-book digunakan untuk bermain game, ada yang mengatakan guru-guru tidak membenarkan murid membawanya ke sekolah kerana menyebabkan murid tidak fokus terhadap pelajaran. Masakan tidak OSnya ialah Windows XP! Saya berani katakan, program e-book tersebut umpama sampah dan umpama kita telah beramai-ramai menghanyutkan RM30 juta duit rakyat negeri ini ke sungai. Yang kenyang ialah syarikat pembekal dan rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat yang mampu dibanggakan.

Memandangkan sekurang-kurangnya RM1billion duit pembayar cukai akan digunakan untuk program pengagihan 1.2 juta netbook 1Malaysia, kajian yang menyeluruh haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya pelaburan ini tidak menjadi sampah sarap sekali lagi walaupun saya pasti SKMM tidak dianggotai oleh insan YES MAN semata-mata. Saya juga tidak pasti adakah pihak MAMPU bertanggungjawab atau tidak dalam memberikan nasihat, berkongsi kajian atau case studies dengan SKMM.

Namun andainya 1.2 juta netbook yang ingin diagihkan itu menggunakan perisian yang bukan dari syarikat Microsoft apalagi jika menggunakan sistem operasi linux (Ubuntu), saya suka untuk memaparkan kira-kira berikut;

Jika 1 lesen windows = RM100
1.2 juta lesen windows = RM120,000,000 (RM120 juta sahaja)

Ubuntu = RM0
1.2 juta ubuntu = RM0

Anda tidak perlu dilahirkan genius untuk memahami kira-kira ini. Anda tidak perlu dilahirkan genius untuk faham bahawa menggunakan OS ubuntu akan menjimatkan duit pembayar cukai dengan angka yang sangat berbaloi.

Nah sekarang, dikala negara terkial-kial dengan fakta akan muflis pada tahun 2019 jika meneruskan subsidi, dikala rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, mari kita sama-sama saksikan genius-genius membuat keputusan apakah OS yang wajar untuk netbook percuma ini. Mengujakan?

44 comments:

  1. wow! best ah cam tu..aku pon nak 1


    jom komen di http://suarapeople.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. aku tidak kisah mana apa jenis linux yang akan digunakan. tetapi memang betul linux mampu turunkan masalah wang.

    tetapi nanti dibongkar semula adalah siapa yang boleh ajar mereka guna linux tu... guru2 tak pandai guna linux.

    tapi aku tetap sokong. linux mampu membawa satu tahap baru dalam penjimatan duit

    p.s aku pergi ke lowyat tempoh hari ada satu booth tunjuk Linux Mint dengan Linux Ubuntu 8.10. aku hanya pandang dari jauh saja. :D

    ReplyDelete
  3. klu xpandai guna linux mgkin ya..

    tapi klu xpandai guna ubuntu aku rasa tidak...mak aku pandai guna ubuntu..xkan guru xpandai?apakah?

    ReplyDelete
  4. baik guna linux kurang sikit duit kene keluar hehe

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dgn semua hujah kamu Zulmalc. Artikel yang sangat baik untuk difikirkan dan dikaji oleh kerajaan. 1.2 juta bukan angka yang kecil ketika kerajaan bersungguh-sungguh mahu berjimat dan mengubah status Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

    Inovasi adalah kunci kepada transformasi ini. Open source adalah keajaiban dekad ini dan Linux mendahului dan menjadi key factor ke arah memakmurkan inovasi dan kreativiti. Jadi, mengapa mesti Windows sekiranya projek komputer riba percuma ini adalah misi kerajaan?

    ReplyDelete
  6. aku rasa kalo guna ubuntu kt semua netbook tu da ase boley kurang kos.dan kos yang sepatutnya tu bg kt pelajar IPTA..hahah..

    ReplyDelete
  7. yup..mgkin kita boleh tukar PTPTN kepada biasiswa..

    ReplyDelete
  8. betul 2..tapi xtau la klu microsoft lobi suruh guna windows jgk..huhu

    ReplyDelete
  9. sejak aku kerja dlm kerajaan,pihak kerajaan tetap memandang tinggi pada micro$soft ni..x tau la kenapa...duit dh semakin kering..tapi masih nk guna duit selagi x hbis..

    ReplyDelete
  10. sbb microsoft lobi kot...hhmm plik la derang ni wat keje...huhu

    ReplyDelete
  11. Saya biasa berhubung dengan pegawai kerajaan dlm hal tender menender ni... Kalau bukan kerana ra#$h tidak mungkin akan dapat projek sebesar ini. Jendela boleh di $&%^$, tapi Ubuntu mencamana nak lobi? Kalau boleh sekalipun, aplikasi pembelajaran yg dipasang hanya utk OS Jendela shj.. Guna Wine? ntah sebab tak pernah cuba lak...

    ReplyDelete
  12. wow! mak aku cekap guna windows xp, tapi yang lain tak tahu..
    nak suh dia try guna ubuntu la :D

    ReplyDelete
  13. aplikasi pembelajaran pe 2? sbb kita yg pilih aplikasi tu..xde sape yg paksa...huhu

    ReplyDelete
  14. aku sokong 100% netbook percuma ni di install dgn linux je (ubuntu lebih bagus)
    sebab linux spisis ubuntu yang paling mesra pengguna...
    tapi aku tak tahu la kan, siapa yang akan uruskan kerja kerja menyediakan netbook ni
    aku dah tengok banyak company/gov pakai linux, mungkin ramai tak perasan atau x tahu itu adalah linux. tempat aku pun guna openoffice dan software utk ic design/simulation dalam linux.. steady je tak pernah crash. seingat aku time ambik ujian undang undang dulu pun os dia linux gak hohoho..
    dah kata nak guna utk internet, so aku rasa pakai linux takkan bawa apa apa masalah. aku harap orang yang incharge dengan projek netbook tu "celik open source" ekekeke ;)

    ReplyDelete
  15. aku pun harap cam2...tp baik jgn berharap sgt..hahahha

    ReplyDelete
  16. Banyak tu duit yang terlibat. Dah pasti ada pihak yang ambik untung berganda2. Bukan tak boleh sebetulnya pakai Linux. Cuma tak dimulakan secara besar besaran. Letak je guru yang specialist dalam bidang IT yang boleh Linux. X kan xde langsung pandai Linux.

    ReplyDelete
  17. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

    Teringat pulak Linux Varsiti.

    ReplyDelete
  18. aku dah format dah linux ubuntu aku... windows tetap best... boleh main game need for speed... kekeke.. :)

    ReplyDelete
  19. tul tue aper yg diwar2 kn oleh penulis. Org atas cam x nmpk jer nie semua. Klu betul kerajaan nk jimat, nie jer la caranya...

    ReplyDelete
  20. x perlu sampai tahap IT profesional klu nk pki ubuntu @ linux nie...linux skang nie begitu mesra pengguna...senang jer klu nk guna....cam windows...aper windows boleh buat, linux juga boleh. yg bezanya cuma, linux nie x perlukan kos...banyak tue duit kita nnti kluar ke luar....rugi2...

    ReplyDelete
  21. Ya rabbi..membazir gila kalau duit byk2 tu labur kat windows..adoii..application ape je yg nk guna?
    kalau krajaan ni boleh suruh org bikin software utk cikgu/murid(trutama time math&science dlm bi),ape salahnye dorg suruh softdev tu bikin utk ubuntu..rasanya byk app dorg bentuk flash dlm cd je kot..ayyooo tlg la jgn mmbazir.
    mintak2 la dorg guna ubuntu/distro lain.
    arrrgh.

    ReplyDelete
  22. membazir tu...hehe.... kurang pengetahuan atau ada nak kaut keuntungan atas angin nih? heheh

    ReplyDelete
  23. Melayubuntu, kau silap. RM 1 Billion tu bukan duit pembayar cukai, tapi dari sumbangan USP dari semua pelesen pelesen SKMM.

    ReplyDelete
  24. Yup betul, tapi bukankah pembekal perkhidmatan telekomunikasi juga terdiri dari rakyat yg membayar 6% dari keuntungan mereka kepada dana USP? Dana USP atau dana mana2 pun ia tetap hak milik rakyat.. walaupun secara teknikalnya ia bukan dari cukai pendapatan rakyat =)

    ReplyDelete
  25. setuju~!
    linux mmg dapat kurangkan kos...dan mmg berkesan!

    bukan setakat tue...linux (especially ubuntu) mmg senang nak guna, n os nyer lg seswai utk laptop budak skola (just in case kalo ade la) coz kurang peluang utk student main game hebat2 (dota, cs, dll). Itupun diorg bleh maen lepas guna Wine (kalo diorg tau buat la)

    satu lagi, Platform Linux ni kurang skit terdedah dgn virus2, trojan, pepijat n yg sewaktu dgannya jika dibandingkan dgn Windows. So, kurang risiko computer rosak = kurang kos = xde sakit kepala.

    oh, satu lagi....rata-rata platform linux seswai utk pc atau laptop yg hardwarenyer cikai-cikai jer. So apa kata kalau kerajaan just edarkan netbook yang basic utk rakyat, tapi dengan kuantiti yg lebih banyak...so lebih ramai yang dapat merasa internet.Ye tak?

    (currently using dual os on my chikai-laptop.....windows 7 + Ubuntu Lucid, they're running good!)

    ReplyDelete
  26. salam everybody..Zul, aku mmg 300 % setuju ngan kau..tapi kan, kalau dah kira nak pentingkan profit ntuk kepentingan mana-mana pihak, aku rasa matlamat nak kurangkan kos nie tak akan berjaya..
    Netbook yang di install dengan Linux adalah amat bermakna buat pelajar kita..sebab software yang digunakan biasanya pakai pdf saja..linux pun boleh per..kalau software pakai windows nyer application bleh pakai Wine..so, kenapa bazirkan duit..
    Anak aku yang umur 3 n 5 tahun pun pandai guna Ubuntu..sebab walid dia pakai ubuntu..Ubuntu x leh boot dlm dia nyer lappy pun dah susah hati..asyik tanya jer..bila walid nak baiki ubuntu..

    ReplyDelete
  27. projek PPSMI (mt & sci in english) jg 1 kegagalan yang MAHA hebat!!! satu pembaziran yg tidak sanggup ku lihat dimana troli2 speaker bersepah2 tidak digunakan di sekolah.... LCD juga bertimbun2 dlm stor penyimpanan. tu blum cite psl laptop, skrin dll peralatan ICT yg melambak2 tidak di gunakan. Hmmm.....what a stupid idea!! (luahan hati seorang guru matematik...)

    ReplyDelete
  28. hahaha!
    setuju la chegu!
    kat ex-skola sye pun berlambak troli2 tu x digunakan...nme je skola bestari, tp pembazran merata2.
    hjg2 pakai projektor slide jugakkk...inikah yg dikatakan 'back from the future?'
    lol

    ReplyDelete
  29. bro..net book tu bukan free bro. .ko kne langgan pakej TM tu bayar bulan2 bru dapat free satu netbook..saje betulkan fakta..lagi satu, bg aku benda ni semua bukan membazir pun, kerajaan wat mcm tu sbb nak galakkan org guna jalur lebar tu, supaya niat kerajaan nak naik taraf tahap internet kite kat malaysia ni tercapai(benda ni salah satu daripada keperluan kalau kita nak jadi negara maju, internet bekelajuan tinggi)..kalau takde org nak pakai internet so ape point dorang nak naikkan kelajuan internet tu..jadi secara ringkasnya kerajaan bukan bagi internet tu saja2 jew..tapi untuk galakkan kita gunakan internet..and tambahan benda tu bukannya 100% percuma, ne bayar bulan2 cas internet(paling murah rm38..okay la tu..speed pun okay jew)..tapi ape pun aku setuju la idea ko nak pakai ubuntu tu..cma masalah dgn ubuntu ni banyak solfware tak compitable..tu jew..tapi tu la..free..hehe..just pendapat..

    ReplyDelete
  30. tp,langkah ini bkn ka dpt mbntu bg mrk yg bnr2 mmrlukn,mmandangkn arus gliobal yg pnh dgn it skg.

    ReplyDelete
  31. assalammualaikum
    jadi bila nak bagi kat saya komputer riba percuma tu
    saya orang miskin

    ReplyDelete
  32. saya kurang bersetuju. Ini adalah antara pembeli dan penjual sekiranya pembeli dah membeli bolehkah kita kata duit yang dibayar kepada penjual itu milik pembeli? sekarang sama lah seperti orang yang menggunakan perkhidmatan telco. Duit itu adalah duit telco hasil dari pada perkhidmatan yang mereka berikan...jadi saya tidak bersetuju sekiranya tuan mengatakan bahawa ini adalah wang dari cukai rakyat

    ReplyDelete
  33. so dana usp = duit siapa?
    duit kerajaan = duit siapa?
    pekerja dan telco itu sendiri siapa?

    ReplyDelete
  34. Dana usp adalah duit "milik" industri komunikasi yang diselia oleh skmm. Terdapat peruntukkan undang-undang jelas. Ia bukan duit rakyat/kerajaan.

    ReplyDelete
  35. yg ni ramai org xfaham..
    rakyat pk duit hasil cukai itu sahajalah duit rakyat..
    samada ia peruntukan khas utk skmm atau ia duit hasil carigali petronas, atau duit hasil batu arang ke hasil dari bumi malaysia, semua adalah duit dan hak rakyat malaysia yg diurus tadbir oleh undang2 smada ia diatas nama suruhanjaya, atas nama kerajaan dan atas nama perlembagaan..
    semua adalah hak rakyat malaysia..
    so perbelanjaan yg tidak bijak menggunakan dana tersebut wajar dikritik dan saya mengkritik diatas hujjah..

    ReplyDelete
  36. saya pelajar sekolah dato,muar
    sepatutyer sekolah saya mndapat netbook kenapa xde dapat
    seharusyer kerajaan perlu lagi membuat pantauan terhadap pelajar2 miskin yg tak mempunyai pendapatan rendah,dan anak yatim piatu
    seperti saya..klo membeli mmg sanagt mahal

    ReplyDelete
  37. skrg baru de yg sedar...
    di kolej kementerian matrikulasi kedah telahpun mengunakan Os ubuntu sebagai pengajaran kepada pelajar nye di makmal2 komputer...
    sume ini berlaku kerana kekurangan wang...

    ReplyDelete
  38. biasanya OS utk kempen kempen camni jauh lebih murah...mungkin RM 10 ajer satu unit....lagipun tiada CD dan support dari microsoft dibekalkan....

    sebenarnya pemberiaan laptop percuma tu tidak laa percuma kerana terpaksa melanggan Streamyx..dah tentu ada kontrak tertentu......harga laptop tersebut sudah tentu mengikut harga kos dengan keuntungan yang sikit setiap unit...syarikat pembekal tersebut masih untung sebab kuantiti yang dikeluarkan adalah besar dan telah mempunyai pelanggan...ianya boleh dilakukan jika laptop tu dibekal sendiri oleh syarikat laptop sendiri seperti HP...Dell dan lain lain lagi...

    ReplyDelete
  39. ternyata dimana mana masalahnya sama ^_^

    ReplyDelete
  40. aku dpt netbook dgn care apply gn student pakej... bla dpt je netbook tu.. aku trus format.. mula2 instal w7 pstu ubuntu sbb dh lm aku nk blaja bndalah nih... mula2 pakai mmg mcm nk gile sbb xtau ape2.. sbb aku gilakn grafik kt desktop aku aku msukkn confiq... tweak.. pstu ubuntu aku jd gile.. 3x aku formt br tau cmner nk gn.. hahaha

    ReplyDelete
  41. kalau begitu bolekah saya dpt komputer riba percuma? sebab bapa saya berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  42. shuba, boleh

    tapi anda kene reka mesin masa dulu kerana post ini dibuat dua tahun lepas

    ReplyDelete
  43. xda dah ka netbook percuma?

    ReplyDelete
  44. saya nak juga pc percuma ?
    macam mana nak mohon ?
    macam mana nak dapat ?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...