Tuesday, May 04, 2010

New Ubuntu Branding Artwork Source File (SVG, EPS)


Bermula dari Ubuntu lucid lynx, pembangun ubuntu pertama kali memperkenalkan penjenamaan semula logo dan imej ubuntu seperti yang telah saya review bulan lepas.

Saya telah berusaha mencari font (tulisan) yang sesuai atau sekurang-kurang mirip kepada logotype ubuntu terbaru ini. Melalui sedikit kajian, saya mendapati logotype ubuntu terbaru amat mirip kepada font Soneri. Namun ianya bukan font percuma jauh sekali font sumber terbuka.

Mungkin menyedari betapa pentingnya untuk komuniti ubuntu  mendapat akses kepada source file logotype jenama ubuntu terbaru ini, kini source file tersebut boleh dimuatturun menerusi pautan berikut:




Ianya mengandungi file berformat SVG yang boleh diedit menggunakan Inkscape dan juga Adobe Illustrator. Juga terdapat format EPS.

Dengan tersedianya source file ini, komuniti ubuntu boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan penyebaran ubuntu kepada massa.

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...