Hari ini 31 Mei 2010, saksikanlah seluruh dunia akan mengingati hari ini sebagai hari Flotilla dan ia akan diingati, disambut, dikenang sebagai satu hari yang telah mencalarkan hak asasi manusia yang dilaungkan barat selama ini, dan bumi palestin terus dizalimi oleh tentera dan kuasa zionis israel yang laknat.
Tarikh ini juga, satu dunia jelas dapat menyaksi ketidakadilan, cubaan untuk menutup sepenuhnya maklumat berkaitan konvoi flotilla yang jelas membawa aktivis keamanan dan bantuan kemanusiaan siapa lagi kalau bukan CNN dan sekutu-sekutunya. Namun paling mengejutkan saya dan pengguna twitter lain apabila laman web twitter turut sama menyebelahi israel apabila tidak membenarkan #Flotilla sebagai trending walaupun jelas menunjukkan trend #flotilla berada pada kedudukan 0.63%.
Sudah tentu dakwaan saya ini mempunyai bukti seperti yang dilaporkan dalam trendistic.com seperti berikut;
Dan trending di twitter adalah seperti berikut;
Ketidakadilan, bias, cubaan menutup isu, tidak professional, tidak melambangkan keterbukaan dan kebebasan - apalagi yang ingin dipanggil?
Ini sesuatu yang cukup tidak boleh diterima sama sekali dan kita wajib bertindak melakukan sesuatu supaya dunia tidak memandang kita cukup murah!
Programmer! web designer! berfikir sejenak kerana mungkin kita perlukan kepakaran anda untuk membangunkan altenatif kepada twitter seperti mana pakistan membangunkan millatfacebook sebagai altenatif kepada facebook. Apa kata anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
boolshait punya twitter..
ReplyDeleteSaya cadangkan Identi.ca. Atau kita boleh bangunkan microblogging kita sendiri dengan StatusNet, yang menjadi asas kepada Identi.ca.
ReplyDeletesalam,
ReplyDelete100% sokong idea "Seorang pembaca". sudah tiba masanya kita mengurangkan kebergantungan kepada sumber2 negara barat dan membangunkan teknologi kita sendiri agar lebih cocok dengan keperluan kita sendiri. di harapkan dengan insiden serangan flotilla ni semua umat islam akan bersatu dengan sebenar-benarnya.
Ingat pesan Nabi kita... kita kena sentiasa ingat... jangan sampai kita ni ikut sama masuk lubang biawak seperti yang Nabi pernah bersabda... Akhir zaman dah nampak... org Islam suka sanjung keteknologian yahudi yang laknat ni...
ReplyDeleteapa lagi boikot la produk2 Yahudi macam Coke, KFC, McD... HPA kan ada hehe
ReplyDeletebetul3.aku sokong semoga kepakaran yang dimiliki oleh penganut islam akan digunakan bagi meningkatkan lg produktiviti dan dapat melawan teknologi2 yahudi yang dilaknat Allah. Semoga penganut islam akan bersatu padu dalam apa jua cara sekalipun bagi menetang keganasan yang berlaku sekarang.
ReplyDeletebiasalah tu, mereka kan pakar "hak asasi manusia"...
ReplyDeleteklu guna identi.ca? sana user linux ramai..
ReplyDelete