Wednesday, May 12, 2010

OshiriX : OS Ciptaan Anak Tempatan (From Scratch) + Manual Penggunaan

Pernah dengar OshiriX?  Ia tidak sepopular Windows 7, Mac OSX Snow Leopard, Ubuntu Linux, Fedora dan seumpamanya. Namun disebaliknya itu terdapat keistimewaan yang sukar dicabar kerana ia ciptaan anak tempatan menggunakan nama samaran #Mambang dan ianya dibina from scratch! Baru-baru ini #Mambang telah menerbitkan versi baru OshiriX iaitu OshiriX Squeeze dan screenshotnya boleh dilihat dibawah.


OshiriX Squeeze secara default menggunakan persekitaran desktop LXDE, yang super ringan dan pantas. Dalam sesi stanby mode (tidak menggunakan apa-apa perisian), penggunaan memorinya adalah sekitar 70 MB dan ini merupakan penyelemat besar kepada komputer lama yang terkial-kial melarikan OS Windows XP.

Maklumat lanjut tentang OshiriX boleh didapati di Portal Mambang http://mambang.org.my/. Bagi yang ingin memuatturun OS ini boleh ke 2 mirror berikut;
http://kambing.ui.ac.id/iso/oshirix/
http://mirror.upm.edu.my/oshirix/

Serentak dengan itu juga, bro Hardyw3b telah menerbitkan manual khusus tentang cara penggunaan OS OshiriX dalam bahasa melayu dan boleh dibaca di Scribd atau secara muatturun dalam format PDF.

Manual OshiriX

16 comments:

  1. From scratch? bukan dari Debian Squeeze Unstable ke?

    ReplyDelete
  2. nak buat LiveDVD nih banyak kena main ngan script bash.. maklan.. kalau repo guna Squeeze .tak de script bash . tak jalan gak livedvd tu ..

    ReplyDelete
  3. Please change this distro name to others. Oshiri in Japanese is "butt". Not nice lah.....My suggested name are:
    1.JowoJowo
    2.GnuxKite
    3.WongKamPung
    4.Ojolali
    5.OtekOtek

    ReplyDelete
  4. xpe la... buat apa nak heran pasal nama..
    yang penting dalaman..... ubuntu pun bermaksud #%^%^% <--sensor dalam bahasa portugal.

    Org malaysia plak duk panggil Ubuntut.. adui...
    Apa2 pun oshirix ni ialah distro terbagus antara distro lain,,,

    ReplyDelete
  5. Macam dari indonesia ja? tapi 70MB RAM untuk windows XP itu fakta!

    ReplyDelete
  6. gua ni gile compiz... kerana compiz la gua tertarik dgn ubuntu sampai la sekarang selain kebebasan penggunaannye.. ADE COMPIZ PLUGIN TAK DALAM OSHIRIX? malas nk try kalau takde bnde tu.. bkn ape, gua ni jenis malas sikit... hehehehe...

    ReplyDelete
  7. salam semua ....
    aku dah try oshirix dan ternyata lebih laju dari ubuntu
    (biasanya sentiasa guna lebih separuh kuasa processor)

    Oshirix ni install dan terus boleh guan untuk layari YouTuba dan tak seperti Ubuntu yang perlu install flash (teramat sukar utk user biasa)

    Soalan saya :
    Oshirix ni boleh tak larikan game online seperti Sudden Attack guna WINE (utk larikan program .exe- windows base) ? Aku dah try tak jalan ...
    Kot2 ada otai yg tahu ..

    Adi/Hardy kalau terbaca harap boleh contact aku kmfstopcentre(ek)g-mail.com.

    Fairuz

    ReplyDelete
  8. tak pernah try plak game game nih .. hehehe. dalam tu dah ada wine . cuba lah ..

    ReplyDelete
  9. Update la tebaru punye oshirix, versi 2011 punyaa, cepat cepat~

    ReplyDelete
  10. salam.
    tahniah.. cuma kalau nama oshirix ni diambil dari perkataan Jepun "Oshiri"=buntut, mintak tukar la. Kita budayakanla akhlak yang baik tak kira dalam apa pun kita lakukan..

    ReplyDelete
  11. err... kalau begitu, kita buangla perkataan "mangkuk", sbb untuk Jepun, ia membawa maksud Pa Wau Kaf Ya

    ReplyDelete
  12. salam..saya sekarang menggunakan window xp dan backtrack,dualboot..bolehkah saya menambah os oshirix menjadikan os ketiga saya,tripleboot...?diharap ada yang dapat membantu...terima kaseh

    ReplyDelete
  13. tak de masalah Hadi, anda boleh buat multiple boot kalau pandai bermain main dengan grub .. skiang

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...