Tuesday, May 11, 2010

Sebutir padi untuk sebuah negara - Khas untuk Hari Belia Negara 2010

Sebutir padi untuk sebuah negara.
Dari sebutir tumbuhnya 7 tangkai.
Setiap tangkai munculnya 100 butir.
Siapa sangka sebutir padi begitu bernilai dan berharga.
Rosaknya sebutir padi, bermakna rosaknya benih yang bakal menumbuhkan 700 butir padi.

Belia merupakan fasa antara kanak-kanak dan dewasa. Ia juga sering digambarkan dengan perkataan "remaja" dan "pemuda". Dengan kata lain, belia merupakan fasa benih sebelum ia matang dan mampu dituai - samada hasil tuaian itu berbaloi-baloi atau hampas sekam yang rosak tidak berguna. Ia biasanya dipanggil Modal Insan dan dengan erti kata lain, Belia adalah masa depan sesebuah negara!

Justeru, pembinaan belia (benih) adalah sesuatu yang sangat penting dalam merangka masa depan jangka panjang sesebuah negara. Kerajaan seharusnya melihat pembangun beliau merupakan satu proses pembentukkan yang lengkap samada dari segi intelektual, sahsiah dan jatidiri.

Blogger Belia merupakan benih-benih yang tumbuh dalam kecenderungan untuk berkongsi, menerokai dan peka kepada perkembangan persekitaran samada yang berkaitan dengan minat mereka sahaja dan juga global. Sekiranya kerajaan terlepas pandang akan kewujudan Blogger Belia tanpa melakukan sesuatu yang menggalakkan kearah pembinaan benih-benih yang sihat, golongan ini akan tumbuh secara  random dan hasil tuaian kepada negara akan sukar untuk diramalkan.

Saya suka untuk mengambil contoh benih belia dari negara maju yang telah melakukan impak bukan  sahaja dalam negara mereka tetapi juga memberi kesan kepada dunia. Antaranya ialah Larry Page dan Sergey Brin (google), Mark Zuckerberg (Facebook), Matt Mullenweg (Wordpress) yang telah masing-masing mencipta sesuatu yang sangat berimpak besar dalam dunia teknologi dan perkongsian maklumat. Tidakkan semua itu bemula dari minat untuk berkongsi, kepekaan yang sama yang dipunyai oleh Blogger Belia?

Apa yang berbeza antara belia di negara maju dan belia di negara malaysia? Belia di negara maju mempunyai budaya mencipta (developer) dan belia di malaysia masih berkisar kepada mengguna (end user). Disinilah kerajaan harus berfungsi menggalakkan dalam semua bentuk yang diperlukan belia untuk membudayakan mentaliti mencipta pada level orang perseorangan.

Budaya inilah juga yang menjadi agenda Group MonsoonX dalam perbincangan kami semalam.

Lalu slogan "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara" untuk sambutan Hari Belia tahun ini yang akan diadakan pada 14~16 Mei di Putrajaya adalah sesuatu yang sangat wajar dan tidak harus dilihat sekadar sebaris slogan kerana belia adalah sebutir padi yang mencorakkan masa depan negara.

16 comments:

  1. maladagreatnorulMay 11, 2010 at 9:05 PM

    we're youth of the nation!

    ReplyDelete
  2. menareekkkkkkkkk! berinfo


    deputy 2 itym

    ReplyDelete
  3. saya adalah sebutir padi dari jenis MR2XX iaitu variasi baru yang lebih tahan lasak yang dikeluarkan oleh Negara Malaysia...

    ReplyDelete
  4. nasib baik 2 je x mu..klu 3 x mesti kne blacklist..hak3

    ReplyDelete
  5. woah nice entry

    ReplyDelete
  6. majulah blogger untuk negara..hehe

    ReplyDelete
  7. Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat untuk penyediaan sijil..

    untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami... http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq

    ReplyDelete
  8. Tahniah terpilih 10 creative youth blog :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...