Tuesday, May 18, 2010

Enable fungsi Windows 7 Aero Snap dalam Ubuntu Lucid Lynx


Windows 7 merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan untuk mendapatkannya secara Halal memerlukan anda memikirkan senarai harga seperti berikut;

Windows 7 Home Basic - RM279.00
Windows 7 Home Premium - RM365.00
Windows 7 Professional - RM480.00
Windows 7 Ultimate - RM655.00

Banyak teknologi baru yang memberansangkanlah sangat diperkenalkan untuk memulihkan kembali maruah Micorosft setelah kegagalan abang kepada Windows 7 iaitu Windows Vista. Saya sempat menggunakan Windows 7 Ultimate yang diperolehi dari kawan (software bajakan :p) dan mencuba untuk beberapa waktu. Ya, saya akui ada banyak perkara bagus yang telah berubah dalam Windows 7 terutamanya dari segi user experience setimpal dengan harga yang harus pengguna bayar kembali kepada Microsoft. Antara fungsi menarik ialah Aero Snap yang berfungsi secara automatik untuk maximize tetingkap apabila ia dibawah ke atas, dan maximize separa apabila dibawa ketepi (kiri atau kanan).

Tahu atau tidak, pengguna sistem operasi ubuntu juga mampu mendapat fungsi yang sama tanpa perlu membayar apa-apa! Saya tidak mahu mengulas panjang kerana saya ingin mengajak pembaca menonton video yang saya hasilkan dibawah.


Cara mengaktifkan fungsi ini dalam Ubuntu

1.Buka terminal dan masukkan
sudo apt-get install wmctrl

2.Buka CCSM (CompizConfiq Setting Manager) dan Select General > Commands

3.Copy dan Paste command berikut dalam ruang command 0 , 1 , dan 2.

Ruang command 1
WIDTH=`xdpyinfo | grep 'dimensions:' | cut -f 2 -d ':' | cut -f 1 -d 'x'` && HALF=$(($WIDTH/2)) && wmctrl -r :ACTIVE: -b add,maximized_vert && wmctrl -r :ACTIVE: -e 0,0,0,$HALF,-1
Ruang command 2
WIDTH=`xdpyinfo | grep 'dimensions:' | cut -f 2 -d ':' | cut -f 1 -d 'x'` && HALF=$(($WIDTH/2)) && wmctrl -r :ACTIVE: -b add,maximized_vert && wmctrl -r :ACTIVE: -e 0,$HALF,0,$HALF,-1
Ruang command 3
wmctrl -r :ACTIVE: -b add,maximized_vert,maximized_horz

4.Kemudian klik pada tab "Edge Bindings". Tukarkan run command 0 , 1 , 2 dari None kepada secara berurutan Left , Right , Top .
CCSM akan memberi amaran kepada anda tentang konflik yang berlaku untuk enablekan fungsi ini. Sila klik disablekan fungsi yang menyebabkan konflik tersebut (belah kanan)

5.Klik butang back dan pergi kepada General Options dan tukarkan "Edge Trigger Delay" kepada nilai 500.

6.Cadangan : Sila diablekan Wobbly Windows (windows gedik) untuk efek yang lebih cun.

Anda tidak perlu membayar apa-apa bukan?

15 comments:

  1. hehe boleh la merasa balik Windows 7 dalam Ubuntu..

    ReplyDelete
  2. ekeke..yup2...siap ada theme pack lg..klu btul2 nak rasa win7 la..hehe

    ReplyDelete
  3. u pakai video screen capture ape untuk video di atas

    ReplyDelete
  4. kalau aku nak letak dock satu.. win 7 sikit... campur2 haha..

    ReplyDelete
  5. Duh!..mahalnya Win7.

    Baik duit tu aku donate kat canonical sebab dh 3 versi ubuntu aku pkai free of charge. Produktiviti aku tetap sama mcm aku pkai windows sbb microsft office leh diinstall dlm ubuntu mggunakn PlayOnLinux.

    In fact, Ubuntu lebih user friendly in most cases than windows. Believe me. Sebagai satu contoh, setup 'LifeChat USB audio headphones' yang dikeluarkn oleh Microsoft sendiri lebih mudah dalam Ubuntu dan Mac berbanding windows. Baca disini:
    http://www.itwire.com/opinion-and-analysis/open-sauce/39127-when-microsoft-hardware-works-more-easily-on-ubuntu-than-xp

    Lan: dia pkai recordMyDesktop sbb icon petak kelabu kat notification area tu mcm familiar je..

    ReplyDelete
  6. haha..2 la..xsuke dock bleh letak dockbar x..ekeke

    ReplyDelete
  7. Ok je kot.. kalau aku belasah je hehe

    ReplyDelete
  8. kenapa aku try ... respond dia slow sgt .lmbt nak ,maximize

    ReplyDelete
  9. mahal la windows tu...baik aku tukar rim motor dgn CDI racing...hahha..

    ReplyDelete
  10. nk pegi kt CCSM (CompizConfiq Setting Manager) mcm mane..??
    bdak bru blaja..

    ReplyDelete
  11. fadil, cuba hang tengok kat system>preferences>compiz config settings manager

    aku taktau ubuntu die ada secara default ke tak (linuxmint ada). kalau takde, hang kena install dulu la dari software center tu..

    ReplyDelete
  12. tq alimie dh bleh dh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...