Sunday, February 10, 2008

Tutorial Gimp 1 : Menggunakan Menu Xtns

Hari ini saya akan menulis ringkas berkenaan dengan gimp dan apa yang boleh kita lakukan dengan gimp.Berbanding dengan photoshop cs3 yang berharga $649, gimp merupakan perisian memanipulasikan image yang boleh didapati secara percuma dan tiada siapa yang akan menyaman anda kerana menggunakan gimp.

Salah satu ciri yang saya suka tentang gimp ialah menu Xtns yang membolehkan kita membina buttons, Logos, Misc, Patterns atau juga Web Page dengan senang sekali iaitu hanya memasukkan nilai-nilai parameter yang dikehendaki dan dengan satu klik ia akan mengeluarkan hasil.Cuba lihat contoh dibawah.

Katakan saya ingin membina Logo yang berbentuk tulisan untuk melayubuntu.Saya hanya perlu pergi ke Xtns > Logos > 3D Outline(contoh)..
gimp-xtns-logos-3d.png
Masukkan parameter yang dikehendaki dan setkan seperti mana yang kita mahu(termasuk font dan pattern) seperti dalam gambar.
gimp-xtns-logos-3d-setting.png
Dan sebaik sahaja saya klik butang "OK", hasil yang dijanjikan akan keluar.
gimp-xtns-logos-3d-result.png


Melalui menu Logos itu, dengan 3 step yang sesimple ini, pengguna gimp akan mampu menghasilkan image-image atau logo-logo tulisan seperti berikut;

Alien Glow

gimp-xtns-logos-alien-result.png


Bovination


gimp-xtns-logos-bovi-result.png


Neon


gimp-xtns-logos-neon-result.png


Text Circle

gimp-xtns-logos-circle-result.png


dan sebagainya.Anda bebas untuk bereksperimen dan membuat logo text anda sendiri mulai sekarang dengan menggunakan gimp.Tammat bhg.1.

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

10 comments:

  1. Tutorial Bahasa melayu
    UI Bahasa orang putih

    ReplyDelete
  2. Aduhhhh, terpaut hati pula dengan Gimp....

    ReplyDelete
  3. #sebol : nak buat camne..negara kita penah dijajah oleh derang...haha

    #azhar : install jer bro..dlm windows pun bleh...hehe

    ReplyDelete
  4. #sebol : nak buat camne..negara kita penah dijajah oleh derang...haha

    #azhar : install jer bro..dlm windows pun bleh...hehe

    ReplyDelete
  5. Negara kita dah merdeka, cuma fikiran rakyat je yang masih dijajah.

    Walaupun gimp bahasa melayu dah lama ada (walaupun tak dikemaskini), mereka masih lagi beranggapan gimp mesti dalam Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  6. haha..at least fikiran aku bukannya terjajah tetapi terbiasa...aku lebih biasa dgn UI dlm bhs org putih dan aku rasa tidaklah terlalu susah nak paham kalaupun ia diikuti oleh orang lain yg guna UI bm..ia soal pilihan dan bukannya kekangan...tiada siapa disini yg mendesak supaya agungkan BI dan aku tak pernah agungkan apa yg datang dr barat..hanya satu perkataan yg bisa menerangkan - "terbiasa"

    ReplyDelete
  7. "(walaupun tak dikemaskini).."

    sebab tu la kot? tak dikemaskini..

    berbeza dengan China dan Jepun, orang Malaysia, khasnya melayu, masih selesa guna UI bahasa inggeris.. tapi kami masih cintakan bahasa sendiri... ^^

    ReplyDelete
  8. ermmm..kadang-kadang yg cerdik pandai ni tak nak tolong ubah ke bahasa melayu...tu pasal org kita kurang bijak dalam bidang it

    ReplyDelete
  9. #khairul : yups...kami cintakan bahasa kami..huhu

    #kita : that's why i'm here...

    ReplyDelete
  10. Kat mana locale gimp untuk bm tu?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...