Sunday, April 27, 2008

Pelayar laman web masa depan

Saya bercadang menghuraikan tajuk ini pada 1 April 2008. Namun oleh kerana bekalan internet saya putus ketika saya menulis ayat pertama saya pada hari tersebut, maka saya sambung niat berkenaan pada hari ini.

Pelayar laman web atau browser merupakan watak penting dalam perkembangan jaringan internet. Ianya boleh dikatakan kewujudan browser lah yang menentukan banyak hala tuju yang membawa kepada perkembangan teknologi maya pada hari ini. Jika dahulu, browser hanya mampu mempamerkan text dan gambar sahaja, kini hampir semua benda boleh dijelmakan kedalam satu-satu browser. Video (dalam format yang pelbagai), flash, java script, dan bermacam add-ons beserta plug-ins menjadi pelincir kepada pantasnya perkembangan teknologi browser.

Saya merujuk kepada beberapa contoh seperti berikut;

1.Adobe Photoshop Express
Perisian adobe photoshop telah dijelmakan kedalam browser dengan menggunakan teknologi flash.

2.Blogspot&Wordpress
Tempat dimana manusia lebih banyak menulis didalam browser berbanding perisian lain pada desktop

3.Photobucket
Tempat menyimpan gambar, edit, crop, resize dan sebagainya menggunakan teknologi flash

4.Youtube
Laman web yang mendekatkan jarak antara manusia dan video. 

5.Online Storage.
Laman web yang menyediakan perkhidmatan menyimpan data secara online mulai tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan menawarkan pelbagai servis percuma dan menarik.

Apabila kita cuba berimaginasi tentang sesuatu dimasa depan tidak dapat tidak kita perlu menganalisis kecenderungan dan bentuk perkembangan yang telah berlaku dimasa lepas hingga ke hari ini. Kesimpulan saya daripada analisis contoh diatas ialah, pelayar laman web mula memainkan fungsi virtual desktop (desktop didalam desktop) sedikit demi sedikit tanpa disedari. Apabila kesimpulan ini mempunyai kebenarannya, lalu kemanakah hala tuju perkembangan teknologi browser selepas daripada ini?

Seorang sahabat (pengodam.com) memperkenalkan kepada saya laman web ini (G.ho.st) yang benar-benar membuatkan saya teruja. Ianya merupakan sebuah laman web yang telah menjelmakan desktop kedalam browser. Meskipun masih diperingkat alfa tetapi apa yang sedang dibangunkan itu adalah menepati apa yang saya ramalkan pada 1 april lalu. Ianya menakjubkan! 
Paparan dalam "virtual computer" G.ho.st

Apabila trend ini berterusan lalu dimanakah fungsi windows, mac osx dan linux? Ya, mungkin suatu hari nanti semuanya sudah menjadi virtual dan ketika itu sistem operasi hanyalah menjadi penghubung antara pengguna dan virtual desktop di dalam browser. Siapa tahu itu semua mungkin berlaku?

Akhirnya, saya tertarik dengan idea Sebastiaan de With berkenaan browser idamannya. Sukar untuk saya huraikan menerusi kata dan kerana itu saya sertakan gambar mock-up nya disini;
Idea dari apple fan boy ini ingin menjelmakan animasi time machine kedalam fungsi history sesuatu browser. Menurutnya lagi, terdapat developer yang menghubungi beliau dan menyatakan hasrat untuk membangun browser seperti yang diidamkannya itu. Dimana kebenaranya sama-sama kita nantikan!


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

5 comments:

  1. interesting gile mender nie...

    ReplyDelete
  2. Keren........ :) Komputer di dalam desktop....

    ReplyDelete
  3. Paling kool browser tu. aku tak pernah terfikir beb. tapi idea yang sangat bagus kepada daveloper

    ReplyDelete
  4. @Dar Lord : yups..mmg mnarik!

    @Jolife : Mcm 2 ler gamaknyer...

    @Mr.Godam : banyak idea dan terpulang camne nak realisasikan idea 2....byk gak idea yg ngarut2...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...