Adobe Air merupakan antara cetusan idea yang telah mencipta revolusi baru dalam pembangunan aplikasi komputer. Namun, pengguna linux terpaksa menunggu lagi untuk melihat terbitnya adobe air yang stabil setelah versi stabil 1.0 terbit untuk platform windows dan macosx. Adobe air for linux ketika ini masih lagi diperingkat Alpha dan sedang mengalami pembangunan yang pesat.
Saya sempat mencuba Adobe Air for linux versi alpha ini didalam ubuntu hardy heron. Kesimpulan keseluruhan saya ialah, Ianya satu permulaan yang baik! Agak sedikit janggal kerana saya membuat rumusan diawal penulisan. Pun begitu, bacalah ulasan saya ini:-
Proses Installasi
Gunakan Terminal dan masukkan command2 berikut;
wget http://download.macromedia.com/pub/labs/air/linux/adobeair_linux_a1_033108.binCommand diatas akan mendownload fail berkenaan(15.1MB) ke home folder pengguna.
chmod +x ad*.bin
Command diatas menukar file permission kepada executable
./ad*.bin
Command untuk install
[Kredit]
Aplikasi untuk Adobe Air for Linux
Setakat ini, terdapat 8 aplikasi yang telah dibangunkan untuk Adobe Air for Linux. Seperti yang saya tuliskan dalam artikel lalu, Adobe Air seolah-olah satu platform yang menyendiri dan aplikasi untuk adobe air adalah dibina khas untuk adobe air. 8 Aplikasi untuk linux setakat ini dan saya yakin sedikit masa lagi bilangan aplikasi ini akan bertambah mengikut rukun exponential. Pun begitu, apabila kita install adobe air for linux, kita tak boleh install aplikasi yang dibangunkan untuk adobe air for windows dan begitu juga sebaliknya. Namun begitu, pembangun kepada setiap aplikasi sudah tentu akan membangunkan aplikasi yang sama untuk platform lain dan Adobe Air SDK yang disediakan oleh Adobe sangat menggalakkan sesiapa jua yang ingin membangunkan aplikasi dalam platform adobe air.
8 aplikasi yang saya sebutkan tadi, 5 daripadanya termasuk dalam ujikaji saya untuk review kali ini. Ianya ialah BKMark(Permanent bookmark seakan Prism), Fresh (feedreader), PixelPerfect (Pembaris Pixel diatas desktop), Scout (Website developer tool) dan Screenboard (Draw on desktop tool). Aplikasi yang saya cuba ini sangat menarik fungsinya seperti PixelPerfect yang sangat membantu dalam membuat ukuran tepat ketika merekabentuk sesuatu. Begitulah juga aplikasi lain yang mempunyai fungsi yang pelbagai sejajar dengan pelbagainya keperluan dan kehendak pengguna komputer.
Keperluan sistem
System Requirements bagi Adobe Air for Linux adalah seperti berikut;
- Processor - x86 800MHz atau lebih dan model 32bit
- 512 untuk RAM
- 128MB Memori Grafik
Sekali imbas, ia memerlukan kemampuan hardware yang agak tinggi. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana aplikasi yang dibangunkan untuk adobe air juga menggunakan banyak memori komputer. Lihat screenshot berikut;
Install Aplikasi Adobe Air
Prosesnya agak mudah dan lurus. Hanya perlu download aplikasi dari laman web adobe air for linux dan buka fail yang didownload menggunakan adobe air dan ikut arahan on screen.
Saya melihat perkembangan Adobe Air dan masa depannya adalah cukup baik. Ternyata syarikat Adobe telah berjaya mengeluarkan produk yang berjaya menghimpunkan ramai pembangun aplikasi untuk berhimpun dan membangunkan sesuatu yang berguna kepada pengguna komputer seluruh dunia. Apatah lagi kebanyakkan atau semua aplikasi yang dibangunkan menerusi adobe air ini adalah percuma untuk digunakan oleh pengguna.
salam zul,
ReplyDeleteadobe..adobe..blum habiz citer pasal Air die dh kuar mende baru..huhu..
http://labs.adobe.com/wiki/index.php/Thermo
Anda telah ditag oleh MakLaN. sila ke http://maklan.blogspot.com/2008/04/tagged-by-mazudicom.html
ReplyDelete@awqi_zar : aku dah check link 2...tp aku xbape paham lg fungsi bnda alah tu...huhu
ReplyDelete@MaklaN : huhu...nnti aku jawab..