Istimewanya hardy heron ini ialah ianya versi sokongan jangka panjang (LTS) iaitu sehingga ke tahun 2011 dan sebagaimana yang pengguna ubuntu sekelian maklum, setiap update versi ubuntu akan menyaksikan penambahbaikan dari segenap aspek termasuk peningkatan kualiti, mesra kepenggunaan dan juga kestabilan sistem. Antaranya;
Connect via Bluetooth.
Masih ingat entry saya terdahulu tentang bluetooth? Saya percaya anda(yang sedang menggunakan hardy heron) akan bersetuju jika saya katakan untuk connect external devices (Phone, PDA, etc) ke komputer melalui bluetooth adalah lebih mudah melalui ubuntu hardy berbanding windows.
Wubi Installer.
Tajuk wubi bukan sesuatu yang asing disini(Rujuk entry terdahulu). Bagi mereka yang fobia dengan proses installasi os secara "mentah", anda boleh memberi peluang kepada wubi kali ini. Seperti anda install YM, seperti itulah juga prosesnya untuk install hardy heron menggunakan wubi. Disini saya ada link ke blog seorang sahabat yang mempunyai beberapa cerita dan screenshot mengenai wubi versi hardy heron.
Rujuk: myfenris.net
Search for Files.
Jika dalam Mac OSX sudah ada fungsi "spotlight" dan dalam vista ada "???", dalam ubuntu kita mempunyai search for files. Mungkin tidaklah sepantas spotlight, tetapi ianya 5 kali lebih pantas dari fungsi pencarian dalam windows XP.
Transmission.
Oleh kerana perisian torrent default sebelum ini(bittorent) hampir tidak berguna, hardy heron mengantikan bittorent dengan transmission sebagai perisian torrent secara default. Pengguna windows mungkin tidak kenal apa itu perisian transmission (kerana ia tidak dibina untuk windows) tetapi transmission merupakan torrent antara yang paling popular dalam platform mac osx. Ianya simple, ringan dan berfungsi dengan apa yang sepatutnya ia berfungsi.
Versi update.
Perisian Firefox, Gimp, OpenOffice, Gnome mengalami update versi masing-masing kepada yang paling terbaru. Sebagaimana yang kita tahu, Ubuntu adalah OS yang sangat menyokong sumber terbuka dan pembangunannya. Maka setiap perisian yang mengalami versi update akan diupdate secara automatik dari masa ke semasa.
dan banyak lagi...
Mengulas mengenai review saya tentang hardy heron sebelum ini, terdapat sedikit sebanyak ramalan tersebut yang tersasar terutamanya untuk melihat tema baru kepada desktop hardy heron. Namun apabila difikir kembali, tema desktop sebenarnya tidak menjadi isu kerana kita berbicara soal sistem operasi yang menggunakan Gnome sebagai persekitaran desktopnya. Jika windows mungkin ya kerana banyak benda yang terbatas dalam windows. Memang gampang la kalau update versi windows tema masih tak berubah kan?
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
bagus! keluar versi terbaru!
ReplyDeletetak sabar rasanya nak implement ubuntu secara total.
masalahnya apabila ada applikasi yang kita biasa guna di windows tak dapat digunakan dalam ubuntu.
mungkin disini ada cadangan applikasi gantian dari sumber terbuka!?
mungkin ia akan dapat dijadikan rujukan kepada pemabaca lain dan secara tak langsung mereka akan bertukar kepada ubuntu!
Hardy Haron Ok ..
ReplyDeleteTapi tatau nape aku masih tak berpuas hati .. tatau sbb ape .. hehehe
Mmg aku tak puas ati.
ReplyDeleteSebab HH memerlukan sekurangnya 384MB RAM tuk install. Dahla pc aku zaman tok kadok nyer...
Buat penat download je...
aku mmg nak sangat tukar ke ubuntu neh,,
ReplyDeletemasalahnye modem sierra wireless aku x dapat2 lagi nak install kat ubuntu
dah try guna ndiswrapper + ndisgtk, x dapat gak lagi. tatau lak kot aku silap step ke pe
ada cadangan, Zul?
@megat : heh...dalam usaha nk cari la ni..
ReplyDelete@dayat : hmm...biasala 2..xde byk sgt perubahan drastik...huhu
@Maklan : Yeke? dia jadik camne kalau xcukup RAM?
@Khairul : ntah ler...aku xconnect internet wirelessly..haha...xde pengalaman plak aku bab2 ni..
Yup bab nak connect wireless gune Ubuntu..mmg payah ckit..
ReplyDeletePasal Ubuntu versi Wubi..senang je..Hardy Heron da implikasikan Wubi dlm salah satu cara untuk install Ubuntu dlm Windows..caya la..da masa penginstallan lak..cepat gile sbb direct dari cd or .iso file ;p
kuar menu cam biase pastu terus hang.
ReplyDelete@Kesh : Yups...aku dh baca review psl wubi dan mcm best jer utk pengguna baru...huhu
ReplyDelete@MaklaN :Ni crite pasal pe?
"Mmg aku tak puas ati.
ReplyDeleteSebab HH memerlukan sekurangnya 384MB RAM tuk install. Dahla pc aku zaman tok kadok nyer...
Buat penat download je..."
p/s: Agaknye SD RAM ade tak kat Jepun?.. Hehe