1.Alatan yang tidak ada secara default. Sebaik sahaja seseorang install ubuntu, dia harus faham bahawa terdapat beberapa perkara yang masih tidak lengkap dalam sistem operasi yang baru diinstall itu tadi. Antaranya
- Codec - Secara default, pemain video dalam ubuntu hanya menyediakan fungsi memainkan video berformat .ogg. Samalah juga seperti windows media player yang secara defaultnya hanya boleh memainkan video berformat .wmv. Untuk memainkan video berformat selain dari itu, pengguna perlu memasang codec (program untuk encode atau decode data digital). Dalam ubuntu gutsy atau hardy, ketika Movie Player gagal memainkan sesuatu format video atau audio, secara automatik satu pop-up window akan keluar bertanyakan samada anda ingin sistem carikan codec yang sesuai untuk diinstall supaya video atau audio tadi boleh dimainkan. Lihat screenshot dibawah;
- Browser Plugin - Flash, video, Java, dan beberapa lagi merupakan antara plugin yang popular untuk apa jua browser. Secara default, browser dalam ubuntu tidak boleh memaparkan apa-apa flash video (termasuk youtube dll), Video (video streaming), dan juga website yang mempunyai aplikasi java. Perkara ini merupakah sesuatu yang biasa dalam apa jua platform. Dalam ubuntu gutsy dan hardy, apabila browser (firefox dll) gagal memaparkan website yang mempunyai unsur-unsur tadi (flash dll), maka satu pop-up akan keluar menghendaki anda untuk memilih plugin yang diingini untuk diinstall. Bagi flash player, saya mencadangkan pengguna baru untuk memilih plugin adobe flash player kerana plugin ini adalah yang paling baik dari yang lain.
- Software - Walaupun secara sedia adanya ubuntu sudah dilengkapi dengan pelbagai perisian yang pelbagai fungsi dan bervarieti, kadang kala pengguna baru buntu kerana kebanyakkan perisian yang terdapat dalam ubuntu itu agak tidak popular didalam windows dan fungsinya pun adalah samar. Dalam ubuntu terdapat fungsi yang dinamakan Add/Remove Applications yang berfungsi mencari apa sahaja perisian sumber terbuka dan memasangnya(install) atau membuangnya.(uninstall). Banyak perisian sumber terbuka yang popular didalam windows boleh diinstall menggunakan Add&Remove Applications dengan mudah dan cepat.
- Compiz Fusion - Secara defaultnya, ubuntu akan setkan Visual Effect (Efek desktop) kepada normal yang kemudian boleh ditukar kepada "None" dan "Extra". Namun "something is missing". Mustahil untuk pengguna baru customizekan efek-efek ini menggunakan command line melalui terminal. Anda perlu install "Advance Desktop Effects Settings" yang boleh ditemui dalam Add&Remove Applications.
- Tema desktop dan ikon - Jika anda right klik pada desktop dan memilih "Change Desktop Background" kemudian klik pada tab Theme, anda akan dapat melihat beberapa tema desktop dan klik pada "customize" akan mempamerkan lebih banyak pilihan. Untuk menambah koleksi tema desktop mahupun ikon ini, apa yang perlu dilakukan ialah mencari tema yang sesuai dan kemudian mendownloadnya di laman web gnome-look.org. Bagi Ubuntu Hardy, kategori tema yang harus dipilih ialah GTK2.0 dan Ikon Gnome 2.2 keatas.
- Fungsi merakam audio dari luar (Mic etc) - Fungsi audiocapture dalam ubuntu tidak diaktifkan secara default dan akibatnya pengguna tidak dapat merakam audio dari luar. Untuk aktifkan fungsi audiocapture dalam ubuntu, sila ke artikel saya yang sebelum ini. Klik >>> Aktifkan audiocapture dalam ubuntu.
- Lembutkan paparan font - Banyak cara untuk melembutkan paparan font tetapi saya lebih sukakan cara ini. Klik >>> Lembutkan paparan font dalam ubuntu
2.Customizekan beberapa perkara. Bilangan workspace, bilangan panel, item yang terdapat pada panel, item menu dan banyak lagi perkara sebenarnya boleh diubahsuai mengikut selera pengguna masing-masing. Setiap kali ingin mengubah sesuatu, right click dan dan pilih preferences, add to panel dan sebagainya. Eksperimenkan sendiri!
3.Install bukan dengan Add/Remove App Tidak dapat tidak, terdapat juga perisian yang tidak terdapat atau tidak termasuk dalam package ubuntu. Dalam website getdeb.net misalnya mempunyai banyak perisian untuk linux tetapi telah ditukarkan bentuk fainya kepada .deb. Apa itu .deb? .den ialah fail format bagi package perisian yang khas untuk sistem operasi berasaskan debian. Ianya seperti fail .exe didalam windows (walaupun agak berbeza dalam maksud tertentu) dan fail dalam bentuk ini memerlukan pengguna untuk doubleclick padanya ketika ingin install. Disana terdapat package dalam format yang lain seperti .rpm, .dmg, .tar.gz dan sebagainya yang mana setiap daripadanya mempunyai cerita dan fungsi tersendiri.
4.Internet. Untuk memasang sesuatu perisian menggunakan Add&Remove Applications, anda memerlukan sambungan internet ke komputer anda. Ramai orang bertanya tentang bagaimana untuk setting internet bagi kes-kes tertentu seperti wireless, dial-up, streamix dan sebagainya. Antara sebab mengapa saya gagal menjawab soalan kalian tentang ini ialah kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam setting internet bagi kes-kes seperti diatas. Kerana itu saya memohon sesiapa jua yang mempunyai ilmu dalam hal ini supaya boleh berkongsi disini agar dapat dijadikan ikutan oleh pengguna yang lain.
5.Sumber Rujukan.
Fenomena ubuntu adalah sesuatu yang baru dan ilmu mengenainya masih sangat terbatas. Kerana itulah blog ini sedang cuba sedaya upaya untuk menyediakan apa jua pengetahuan yang wajar diketahui oleh pengguna ubuntu di malaysia mahupun indonesia dan dimana sahaja bahasa melayu boleh difahami. Bagi mereka yang inginkan maklumat dalam bahasa inggeris bolehlah menbuat pencarian di google dengan memasukkan "ubuntu" setiap kali ingin mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Semoga artikel ini memberi guna dan selamat datang kedunia Ubuntu!
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
info bagus!
ReplyDeletesecara tak langsung ada beberapa perkara yang aku tak tahu sebelum ini sudah mulai mewarnai pengetahuan aku mengenai ubuntu.
perkara penting seperti ini harus dikongsi bersama dan menjadikan pengguna tidak takut lagi dengan sofware linux!
Salam! Saya sudah pun menjejakkan kaki ke dunia Ubuntu. :D Saya ingin menambah dalam no 4. Internet. Di rumah, saya berkongsi internet (Streamyx) dengan 1 lagi PC, maka saya menggunakan hub. Modem diset kepada PPPoE mode, auto-get IP address...dengan ini, cucuk saja kabel network PC ke hub, boleh dapat internet. Tambah2 lagi dah guna Ubuntu ni, tak perlu pening2 setup network.
ReplyDeleteya betul... melayari internet dengan linux lagi selesa dan stable bebanding gune windows... kat kolej aku, wireless connection teruk gile... kat windows, langsung aku tak bleh connect internet... tapi kat Ubuntu... tenang jer aku maen internet termasuk komen skang ni..
ReplyDelete@Megat : Huhu..bagus la kalau cam2..sama2 tambah ilmu..
ReplyDelete@Faizul : Trima kasih atas info tu...Tapi lg best kalau disertakan dgn screenshot yg bleh org buat rujukan..=)
@Dark Lord : Yups...stable dan pantas dalam linux. btw, camne ko connect wireless? xnak kongsi?
oh boleh... senang jer... mula2 aku right click kat network setting yang gambar monitor kat sebelah jam tu... patu select wireless connection dan click properties..
ReplyDeletelepas tue kat network name(ESSID) scan jumper lah mane connection yang aku nak buat...
pastu cofiguration aku letak static IP address... masukkan IP address, subnet mask ngan Gateway address... [ip aku untuk wireless dah ditetapkan provider]
pastu 'OK'... gambar monitor tu akan menunjukkan yang pc dah connect ngan network... bukak firefox terus dapat connect suruh aku login... dah login, maen lah tenet sampai mata lebam... senang kan... OK x???
Dark Lord : Apa kata ko jadi penulis undangan blog ni? Sbb aku nak ko ulas bab2 setting wireless berserta screenshot...Apa2 hal contact email aku.
ReplyDeleteSaya suka dengan Blog ni. Banyak berbagai info yang boleh I dapt dari sini.
ReplyDeletePerkenalkan, I salah sorang pengguna Ubuntu dari Batam Indonesia. Blog I, I plan buat macam ni juga.
yes la abg ZUL !!
ReplyDeletesy nak tahu sgt pasal wireless ni ..
cantik la ..
@Tuxkeren : Thanks...slalu2 la dtg..huhu
ReplyDelete@Mukhlis Rashid : Aku pun nak tau gak...hehehe
aku kalau kat umah guna gak streamyx jalan terbaik yang aku gunakan untuk main tenet dgn ubuntu ialah mengautomatikkan modem supaya terus dial up ke streamyx.... amat mudah.... jenis modem yang aku gunakan ialah AzTech...
ReplyDeleteAssalamualaikum, Saya ingin bertanya kalau sesiapa boleh menjual/sedekah cd ubuntu 8.04 HH. Saya sudah cuba download 3X dan masih tidak berjaya kerana Broadband maxis yang amat perlahan dan tidak sabar menunggu pesanan CD yang mungkin sampai lagi 2 bulan.Saya sudah cuba live cd linespire dan DSL tetapi ubuntu ni nampak lebih mudah pada saya yang ingin bertukar dari window ni.
ReplyDeleteDah fedup dengan Window ni, banyak sangat virus, pasang av kapersky dia pulak buat hal.
Terima kasih kepada yang ingin membantu.
@zicronzick : automatik dial up ek..ooo..
ReplyDelete@akashah : nape xtempah je cd 2 dari website ubuntu? dalam emajalah aku dh terangkan camne nk tempah...rasanya lebih snang...
Automatik je..X tau nak set manual, kalu tau boleh ajarkan..kot.
ReplyDeleteSaya dah tempah kat shipit/request cd, tu yang X sabar menunggu tu. Terlampau teruja dengan artikel-artikel ubuntu dan menjadi komuniti ubuntu.
Anyway, thanks 4 yo feed back..
" Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan".TQ
@Akashah : saya budak baru mengajar klu xpaham sile ckp..hehehe..
ReplyDeleteadus ..
ReplyDeletemana dark lord ni ??
tunggu punya tunggu ..
xde gak! Tlg ..
ok ..
saya pakai wireless usb ..
AzTech WL230USB ..
da cari da kat forum ubuntu ..
tp x phm la cara mereka ajar ..
dgn mcm nak install source
tp xada file format .deb ??
ok !
ReplyDeletesaya sdh jumpa ..
haa ..
xpayah la ssh nak cari solution dia ..
pakai hardy heron ..
wireless problem bole sepak tepi ..
berita gembira buat semua .. :]
salam,
ReplyDeletepertama sekali tahniah buat melayubuntu krn mghasilknn blog yg cukup bagus..!! approach BM mmg diharapkn oleh pengguna2 open source, dgn ada usaha seperti ini..monopoli bill gates akn berkurang!
maaf sbb x dpt nk baca semua komen krn network 3g yg terhegeh2 ni.
nk kongsi pngalamn mngenai 3g network di hardy heron, x perlu buat ape2 pun! dgn syarat;
1. setting utk 3g sudah ade didlm handphone/modem.maksudnya disini..anda pnh guna h/phone utk connect ke 3g network di windows sbg contoh sblum ini..dan juga telah d/load setting 3g tu dr website pengeluar h/phone..sy guna sony ericsson..semua setting boleh didownload dr website sony ericsson malaysia.
2.handphone/modem dismbungkn sebelum boot hardy. itu shj sebaik saja gnome keluar terus auto roaming dn dpt network.
terus boleh surfing!!
mmg hardy heron ditunggu2 oleh penguna linux.
kesimpulannya, hardy heron dh ade driver utk h/phone..dn boleh handle 3g network! x yah nk load module @ d/load driver. mmg hebat.
nk try hardy heron dgn bahasa yg boleh kita fahami?
bahasa Indonesia!
penguna OSS Indonesia mmg telah jauh meningalkn kita dr segi penggunaan dan pembangunan OSS.
Respek..!
try ni!
http://blankonlinux.or.id
keep up the good workk! kbnykn org melayu kt kg sy nanti mungkin akn pandai linux dgn adanya blog mcm ni!
indonesia memang amat cepat meninggalkan kita dalam ubuntu... so bila ubuntu nak ada dalam bahasa ibunda??? somebody tolong la join komuniti O.OS... patriotik sikit...hahahaha
ReplyDeleteaku nak menambah sikit pasal yang internet ni.
ReplyDeletesebenarnya aku ni baru je 2 3 ari gn hardy heron ni...dalam masa 2 bingung jg la nak pikir camna nak install aku punya usb wayerless hardware (AZTECH WL230USB). jadi aku pon search je la kat internet ni camna nak buat...last2 aku jumpa jg cara dia...
jadi sekarang ni aku nak kongsi la kat suma org camna caranya sbb aku x nak la org ln yg beria-ia nak gn ubuntu ni mati kutu sbb xda internet.
Langkahpertama dapatkan ndiswrapper dari google:
i)ndiswrapper-common_1.38-1ubuntu1_all.deb
ii)ndiswrapper-utils-1.9_1.38-1ubuntu1.deb
& boleh download versi yang terbaru
2.setelah selesai download anda blh double klik pada (i) dan setelah selesai klik pada (ii)
3.buka administration>network dan pilih wireless conection.
@chaz : thanks atas info bro..
ReplyDeleteaku pakai wimax...macam lagu xpdc...berdesup cahaya lajunya.haaaaaaaaaa
ReplyDeletesalam..bile kite da install ubuntu ni, adakah window vista/xp yang da ade kat dlm pc/laptop kite akan hilang or maseh kekal?selain dr itu boleh ke kalo da guna unbuntu pastu bile on kan balik pc/laptop kite nak gune window vista/xp lak?bole ke?
ReplyDeletesalam semua.
ReplyDeletesy budak2 lg dlm ubuntu.kenal ubuntu pun sebab de ikut
kursus dekat ikbn baru2 ni.nak tanya camne nak check static ip,subbnet mask ngan gateway address dlm ubuntu ni??
salam..
ReplyDeleteaku bru lg dlm ubuntu ni..aku ada skit prob..aku harap ada org leh tlg aku..aku xleh surf tenet..lps install ubuntu aku pun setting tenet ikut manual yg kwn2 kite post..tp xleh gak..aku pakai switch model d-link utk share network dgn 2 komp kt umah aku ni..mcm mane nk setting die ek?ada sape2 leh tlg?.klu leh bgtau la step by step ye..sbb aku ni zero lg bab ubuntu ni..huhuhu..arap2 ada sape2 yg sudi tlg aku ni..