Wednesday, September 17, 2008

Sah! Lenovo Menyisihkan Linux

Petikan dari Jomlinux.com

Setelah bertiup khabar angin tentang Lenovo akan membuang opsyen dari produksinya. Akhirnya, khabar angin itu menjadi 'khabar nyata'. Meskipun sehari sebelum Lenovo mengesahkan akan menghentikan keluaran Linux, Ray Gormo (pengarah eksekutif hubungan luar) menafikan khabar angin ini. Tapi nampaknya Lenovo berbohong.

lenovo

Berita terbaru mengatakan ia menghentikan laptop dipasang Linux yang boleh ditempah secara online sebelum ini. Bagaimanapun, pelanggan korporat dan kerajaan boleh menempah Lenovo Linux (yang pasti pelanggan seumpama ini membeli laptop secara pukal).

Desas-desus mengatakan tindakan Lenovo menarik Linux dari pasaran kerana tidak mahu menanggung tuntutan para pengguna yang mahu menggunakan Linux daripada Windows. Lalu, terpaksa memulangkan 'caj lesen Windows' kepada pelanggan kerana tidak menggunakan Windows.

7 comments:

  1. ape da lenOvO neh.. cuak la Tu dgn KekUasaaN LiNUx.. Nak UnTunG leBiH je..X pe2..BanYak LAgi PenGelUar LapToP YnaG LaIN adA servis opsYen TuK LiNux Neh.. PapE PuN LiNuX TerBaiK!!!!

    ReplyDelete
  2. apa la masalah nyer kalau dia letak linux pon...rega letak la lelain...kalau mmg siap ngan windows...mmg la customer leh mtk balik caj utk license windows tuh...tp kat malaysia..mmg xde pon kalau ko beli siap ngan windows, ko leh mtk balik balance utk license windows !

    ReplyDelete
  3. ni semua marketing strategy..maybe dia orang ader agreement ngan windows so kena la ikut...tapi utk server dia orang xpernah pun buang linux coz dia orang nyer AIX dah mmg cukup power.. hahaha...lg satu ramai ker orang nak guna linux kt mobile ibm ni...mostly yg beli IBM nye mobile ni comp2 yg kaya2 cam Intel.. bagi kt employee as workstation...so dia orang terikat ngan penggunaan TINGKAP... so kita kena terima hakikat la..tapi xper.. DELL kan ader...HP pun ok gak...majulah OpenSource

    ReplyDelete
  4. huhuhu... ape susah, boikot je terus lenovo niii... hihihi...

    ReplyDelete
  5. ape la nk dikesahkan dengan Lenovo tu...dorang xnk letak linux untuk kebaikan dorang jugak.....macam korang yg gune linux....mesti ade sebab masing2....mungkin kite boleh perkenalkan linux....tapi kite x boleh pakse orang pakai linux...

    ReplyDelete
  6. betul tu. saya setuju.

    ReplyDelete
  7. kat politeknik jb guna lenovo.c2duo tapi lembab tahap cipan. dan asyik rosak jer.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...