Thursday, December 27, 2007

I Am Possible vs Impossible


Seingat saya, tidak banyak perkara yang mampu menyebabkan saya untuk tidak putus asa dengannya.Sebaliknya, saya lebih banyak mencipta kegagalan daripada kejayaan.Apabila gagal kebiasaannya saya akan berputus asa, berhenti dan pasrah dengan kegagalan.

1 minggu berlalu sejak saya mula mengkaji tentang kebarangkalian untuk OSX Leopard boleh diinstall ke dalam Laptop saya.Ianya sesuatu yang mustahil kerana perbezaan hardware dengan MacBook dan iMac, apatah lagi OSX Leopard mahupun Tiger hanya boleh diinstall secara normal ke dalam hardware yang ditetapkan oleh Apple sahaja.

Kajian saya berdasarkan pembacaan, eksperimen dan try-and-error.Hari pertama dan seterusnya berlalu tanpa meninggalkan apa-apa klu yang boleh dijadikan motivasi untuk terus mencuba.Masalah yang sama berulang iaitu tidak boleh boot kedalam DVD installer.Melalui pembacaan, kelihatannya saya perlu setting BIOS terlebih dahulu namun ianya sesuatu yang berisiko tinggi.Pembacaan diteruskan sehari demi sehari...



Akhirnya saya membuktikan kepada diri saya sendiri yang selama ini suka berputus asa bahawa, sikap tidak putus asa telah membawa saya mencapai kejayaan pada hari ini!Ya, bagi sesetengah orang mungkin ini bukanlah sesuatu kejayaan yang hebat.Tetapi bagi diri saya secara peribadi, kejayaan ini menjadi peransang untuk terus bersikap cekal dan tidak mudah berputus asa dimasa akan datang.




Sound dan network setakat ini tidak mempunyai apa-apa masalah dan saya menulis entry ini di dalam leopard!

Saya menghadapi satu masalah kecil iaitu GRUB Loader.Akibatnya saya gagal mendapatkan GRUB Loader saya kembali dan menyebabkan saya gagal untuk boot kedalam ubuntu.Jika saya applykan cara sebelum ini iaitu untuk restore GRUB, Leopard pula yang mengalami masalah tidak boleh boot.So? Ditelan mati ibu diluah mati ayah.Kenapa perlu disuap?

Nampaknya perlukan 1 minggu lagi untuk kajian..Fuh..Research&Development.

Jadi, ingin tahu rahsia kejayaan saya? Sila respon :D




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

3 comments:

  1. apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakkan Hackintosh yang diinstall Leopard mengalami masalah driver. terdapat banyak masalah yang akan timbul disebabkan driver.

    ReplyDelete
  2. nak tau rahsia kejayaan saudara..sy bagi respon... :D

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum akhi zul

    apa masalahnya sudah fix?

    Alhamdulillah saya sukses install leopard 10.5.7 iATKOS ke Acer tm6292 saya, triple boot dengan ubuntu dan win XP.

    Jujur banyak terbantu dengan artikel2 antum ttg ubuntu dan forum mac/hakcintosh.

    Selamat menunaikan ibadah puasa
    wassalamu'alaikum...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...