Thursday, October 25, 2007

Menyelaraskan Compiz Fusion dalam Ubuntu Gusty Gibbon

Apabila kita meng"install" ubuntu Gusty Gibbon ke dalam komputer, satu perkara yang sepatutnya kita ketahui ialah Gusty Gibbon telahpun dilengkapi dengan Compiz Fusion, iaitu "enjin" untuk menghasilkan kesan grafik pada desktop.

Saya berani mengatakan bahawa, kesan grafik compiz fusion adalah jauh meninggalkan kesan 3D windows vista.Oleh kerana itu, bagi mereka-mereka yang termimpi-mimpi untuk meng"install"windows vista kedalam komputer mereka tetapi tidak kesampaian kerana windows vista memerlukan system requirement yang tinggi, ubuntu adalah jawapan bagi anda dan akan merealisasikan impian anda itu.

Apa yang anda perlukan? Satu Cd ubuntu, 30 minit masa menginstall, dan beberapa pengetahuan asas yang semestinya anda boleh dapatkan disini.Apalagi yang diperlukan; KEBERANIAN MENCUBA!

Selepas anda install ubuntu, anda akan mendapati tidak ada software untuk anda edit-edit effek grafik compiz fusion.Apa yang perlu anda buat?

1.Bukak terminal dan taip code ini.
sudo aptitude install compizconfig-settings-manager
Kemudian tekan enter.Ia akan menginstall Compiz Fusion Settings Manager yang akan membolehkan kita edit-edit kesan grafik pada komputer kita.

Selepas abis install, pergi System > Preferences > Advance Desktop Effect Settings.Dan satu window seperti dibawah ini akan keluar.



Disini saya tidak bercadang menerangkan satu persatu effek yang terdapat disitu.Saya cuma ingin berkongsi beberapa effek yang best untuk di"enable" kan.Antaranya yang paling saya suka ialah.

1.Magic Lamp - saya guna effek ini semasa minimize atau maximize kan window.


2.Expo - akan menunjukkan desktop spaces. (super (windows button)+e)


3.Water effect - bila guna effek ni,laptop saya jadi lembab sket.Xpower kot..hehe. (Shift+F9)


4.Wobbly windows - windows jadi lembik dan mudah lentur (gedix)

Selamat mencuba!

5 comments:

  1. Ader Prob La Nak Install Compiz Fusion Nie. Dia Kata Tak Dapat Couldnt Locate Any Package Yang Match Nama File Tu. Cmane Eh?

    ReplyDelete
  2. qaiyum, nk install compiz fusion ke nk install compizconfing setting manager tu?compiz fusion dah terinstall dalam ubuntu gutsy dan kita hanya perlu install compizconfig tu jer...

    pastikan software sources dienable kan terlebih dahulu...saya dh tulis pasal 2 dalam entry bertajuk "perkara yg perlu dilakukan sebaik sahaja install ubuntu"

    ada link kat atas tu..

    ReplyDelete
  3. mn die ek link 2? aku cr xjmpe la..aku br mnjerngah ke web nih.tq

    ReplyDelete
  4. salam,

    aku menggunakan xubuntu 8.04 (hardy heron) utk pc lama aku. aku bcadang nak guna paparan comfiz fusion tp ada masalah sikit laa.

    camni,
    aku dah install 'advance desktop effect'. kendian bukak tetingkap CompizConfig Setting Manager tp takda apa2 ikon utk setting (di sebelah kanan tu). dlm tetingkap CompizConfig Setting Manager tu cuma ada search bar ngan butang 'Preference' & 'Advanced Search'(kat bawah) aja.

    camne ah? t. ksh

    ReplyDelete
  5. @anonymous : Xubuntu? aku xpasti adakah xubuntu dan terinstall compiz secara default atau x sbb aku bkn pengguna xubuntu...klu xterinstall compiz mmg akan jd cam2 kot..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...