Monday, October 29, 2007

Dock untuk windows!

Saya pernah mencuba sejenis software dock untuk windows dahulu tapi dah tak berapa ingat namanya.Oleh kerana pada waktu itu saya tidak memerlukan sangat dock, dan kehadiran dock berhampiran bar(bawah) sangat-sangat tidak menyenangkan,lalu saya uninstall semua tu.

Tapi bagaimana kalau dock itu juga bertindak sebagai launcher?Erm, maksud saya, kalau selama ini bar lah yang memainkan peranan itu,apakata jika dock yang mengambil alih peranan itu.Bukan itu sahaja, anda juga boleh meletakkan butang menu utama pada dock!Macam mana?

Tak faham? Ok,tengok video ni;



Software yang free ni namanya Rocketdock.Boleh bukak dan rujuk website berkenaan.

Apa yang lebih menarik ialah ia juga menyokong fungsi terbaru Dock Leopard, stacks.Apa itu stacks?Dalam leopard, stacks ialah satu fungsi untuk browse file tampa perlu masuk satu persatu kedalam folder dan ini sudah pastinya sangat-sangat menyenangkan pengguna komputer.Fungsinya adalah seperti dalam gambar ini;


Untuk menggunakan fungsi terbaru dock ini, apa yang perlu dilakukan ialah mendownload satu docklets disini.Kemudian download skin bagi leopard ;



Akhirnya, copy skin ni kedalam folder Docklets\KkMenu\skins

Saya menulis tutorial ini dalam keadaan saya tidak mencubanya.Jadi saya tidak jamin adakah ia berfungsi atau tidak.Namun bagi yang berminat, mencuba adalah yang terbaik. :)

Oh ye, tentu ramai yang pelik mengapa blog ubuntu seperti ini menulis tentang software dalam windows? Entah, saje jer... BEralih angin kejap.

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...