Monday, October 22, 2007

Perkara-perkara asas ubuntu (linux)

Saya percaya ramai yang masih "baru"dengan dunia linux apatah lagi ubuntu.Maka tidak hairanlah jika mereka bertanya kepada saya bermacam-macam soalan yang seakan remeh tetapi sebenarnya soalan-soalan sebegitu melambangkan pengetahuan mereka tentang linux.

Fenomena penggunaan linux atau ubuntu masih lagi diperingkat permulaan di Malaysia.Namun ianya tetap ada masa depan kerana ubuntu boleh dipasang pada mana-mana komputer samada yang lama dan uzur ataupun komputer yang baru dibeli dan sekali lagi saya tegaskan ubuntu hanya memerlukan komputer yang mempunyai 256 RAM dan sekurang-kurang 4GB harddisk space.Ianya sama sekali berbeza dengan windows vista yang memerlukan 1GB RAM dan 20GB harddisk dan keatas.

OK,apabila menggunakan ubuntu,bermakna anda menggunakan linux.Linux pula tak dapat dipisahkan dengan terminal(dalam windows dipanggil prompt) iaitu tempat untuk memasukkan kod-kod arahan kepada komputer.Dalam ubuntu, terminal kelihatan seperti ini;


sudo apt-get install example


Ini adalah kod arahan kepada komputer.Apabila saya menekan enter, komputer akan mencari package yang bernama "example" untuk diinstall.Dan inilah cara paling selamat untuk menginstall sesuatu software kedalam komputer selain dari menggunakan synaptic dan add/remove app.

Jika ada yang berkata, "Oh,kita mesti pandai prgramming lah baru boleh guna ubuntu".Saya sama sekali tidak bersetuju.Ini kerana, ubuntu membenarkan anda memilih tahap kebebasan anda dalam menggunakan komputer.Jika anda tidak tahu command(arahan komputer) sebegini,anda masih boleh menggunakan add/remove application dan synaptic package manager.Anda tidak perlu hafal sama sekali command-command itu tadi dan inilah "kebebasan yang disediakan oleh ubuntu kepada penggunanya.

Ada orang bertanya saya, apakah ubuntu akan auto-detect semua drivers dalam komputer kita? Jika menggunakan laptop,tentu ada yang bimbang tentang bluetooth dan sistem wireless dan sebagainya.Berita baik kepada mereka ini,ubuntu versi 7.10(Gusty Gibbon) telah menyediakan apa yang dinamakan sebagai Restricted Drivers Manager.(System > Administration > Restricted Drivers Manager) dan akan menyelesaikan masalah-masalah modem,internet,wireless,bluetooth dan sebagainya, insyaallah.

Beberapa pengetahuan lain sebaik sahaja selepas memasang ubuntu.

Anda mesti memastikan firefox telah dilengkapi dengan plug-ins yang diperlukan.Jangan bimbang kerana ianya sama seperti dalam windows iaitu akan keluar satu pop-up yang memberitahu kita supaya install plug-in tertentu.




Jika anda ingin memainkan sesuatu video,dan komputer anda tidak ada codec itu,komputer akan auto-search codec tersebut dan meninstallnya.

Apa yang paling best dalam ubuntu ialah,ia memberikan anda kebebasan mengubah tema komputer anda.Hanya perlu pergi ke System > Preferences > Appearance
Percaya atau tidak, dengan satu klik sahaja tema desktop anda akan berubah!Tidak perlu "hang" terlebih dahulu dan sebagainya.




Masih banyak benda menarik yang ingin saya kongsikan disini tetapi cukuplah sekadar ini buat waktu ini.Wassalam!

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...