Monday, October 22, 2007

Langkah demi langkah Install Ubuntu Gusty Gibbon

Langkah demi langkah Install Ubuntu Gusty Gibbon
(Dual-Boot dengan windows XP dan lain-lain)


1.Muat turun(download) ubuntu .iso image file daripada website ubuntu yang menepati jenis processor komputer yang digunakan.(i386 atau amd64)

2.Burn .iso file itu tadi dalam bentuk cd image menggunakan software burner seperti Nero,dan seumpamanya.(Saya cadangkan 8x speed)

3.Masukkan cd yang telah di burn itu tadi ke dalam cd/dvd room dan restart komputer.

4.Selepas komputer restart, biarkan komputer load untuk masuk ke laman “cd live” bagi Ubuntu dan bersedia untuk install.Anda akan masuk ke laman seperti dibawah ini;


5.Untuk menginstall ubuntu ke dalam komputer,anda perlu double click pada ikon install pada desktop seperti gambar di atas ini.

Kemudian anda bersedia untuk proses setting komputer!

Proses setting komputer:

6.Pilih bahasa;


7.Pilih lokasi;


8.Memilih format papan keyboard;


9.Hard disk Partitioning(Pembahagian hard disk);Untuk dual boot dengan sistem operasi(OS) lain, anda perlu memilih Pilihan pertama iaitu Guided – IDE1 ....
Tentukan berapakah ruang(space) yang ingin anda peruntukkan untuk Ubuntu.(Minimun=4GB)
Lagi besar adalah lagi bagus.Saya cadangkan 10GB keatas!


(Gambar ini menunjukkan pilihan kedua iaitu use entire disk sedang terpilih.Jika anda ingin dual-boot,PILIH PILIHAN PERTAMA) ***AWAS-LANGKAH KE-9 INI ADALAH SANGAT PENTING.BACA BERHATI-HATI ATAU SEMUA DATA ANDA DALAM WINDOWS AKAN LENYAP!

10.Masukkan data anda;
Saya mencadangkan untuk ruangan password, sila pilih password yang pendek dan senang diingati.Ini kerana, apabila menggunakan ubuntu,anda perlu memasukkan password ini setiap kali untuk install sesuatu software.


11.Bersedia untuk install;


12.Installing...


13.Restart komputer anda!

14.Selamat datang kepada dunia Ubuntu!Selamat mencuba.

Sila download tutorial ini dalam bentuk .pdf file.Anda mungkin tak dapat membaca blog ini semasa proses pemasangan ubuntu.Jadi sila print terlebih dahulu atau usahakan altenatif lain supaya tidak berlaku sebarang kesilapan semasa proses pamasangan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...