Saturday, October 20, 2007

Susah ke nak Install Ubuntu?


Semalam saya telah mencuba memasang(install) Ubuntu pada desktop saya dan prosesnya mengambil masa tidak lebih dari 1/2 jam.Alhamdulillah saya sempat mengambil video semasa proses itu berjalan saya akan kongsikan video itu disini.



Maafkan saya kerana mutu video yang kurang baik(ambil guna hp jer).

Apa yang ingin saya kongsikan ialah proses pemasangan ubuntu tidaklah sesusah yang disangka.Dalam video ini,saya telah dual-boot ubuntu dengan windows xp.Ini bermakna saya masih boleh memilih untuk menggunakan windows xp ataupun ubuntu dalam komputer yang sama!(selepas on komputer nanti keluar satu paparan yang menghendaki kita memilih nak guna windows ataupun ubuntu-kalau tak pilih apa-apa pun automatik pilih ubuntu).

Apa lagi yang ditunggu?Masih mahu menggunakan windows ataupun ubuntu?Untuk peringkat awal,saya nasihatkan supaya dual-boot sistem anda supaya senang iaitu boleh menggunakan yang mana satu mengikut selera dan keperluan tertentu.

Sebelum itu,saya nasihatkan juga supaya backup data-data yang sangat penting sebelum install ubuntu.Ini penting untuk tujuan-tujuan kecemasan :)

p/s:try guna icon crystal project untuk hias blog ni.Macam comel le plak..

8 comments:

  1. eh eh..mana ur shoutbox? Dah delete or nshy yg tak nampak...anyhow, have a gr8 w/end yea..

    Ubuntu? Sounds funny...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah too...
    sal x nmpak pape pun dlm urrr blog?kompiusssss...

    ReplyDelete
  3. lagu sape ni??? bg tajuk ngan penyanyi... best jugak lirik tue...:)

    ReplyDelete
  4. to tya ilyana:xnampak pepe? browse dgn ie ke firefox ni?coz saya design blog ni ngn firefox..so xtau ianya kelihatan camne dlm ie...

    to shahrul:kesitu plak ko tanya ek...hehe
    lagu kumpulan UNGU - Andai ku tahu (kot tajuk lagu dia)

    shahrul..dah install blum?ke xle nk burn lg?hihi..

    ReplyDelete
  5. Apakah boleh install dengan menggunakan CD Ubuntu

    ReplyDelete
  6. Mmg la boleh install dgn cd ubuntu..Burn cd 2 dlm bentuk cd image kemudian masukkan ke cd driver..then restart pc n install..

    ReplyDelete
  7. macam mana nak install driver grafik. boleh ke guna cd.. saya guna grafix ATI Radeon 9550

    ReplyDelete
  8. kalau boleh, harap tolong terangkan caranya... saya belum jumpa caranya lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...