Thursday, November 11, 2010

Baiki Resolusi Plymouth Ubuntu 10.10

Fuh.. Agak lama juga blog Melayubuntu ini tidak di update. Ok, tak nak cakap panjang-panjang. Sekarang syah nak tulis satu artikel pendek tentang bagaimana cara untuk baiki resolusi Plymouth di Ubuntu 10.10 yang agak buruk apabila driver proprietary untuk NVIDIA dan ATI diinstall didalam ubuntu 10.10.

Pertamanya, menggunakan command2 yang syah akan berikan dibawah adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Gunakan script dibawah jika anda tahu bagaimana nak undo balik segalanya jika sesuatu yang tak kena berlaku. Run script ini sekali sahaja!

Syah menggunakan script ini di Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat yang menggunakan driver proprietary NVIDIA. Script ini juga sepatutnya boleh digunakan di Ubuntu 10.04 Lucid Lynx.

Ok, sekarang anda perlu buka Terminal dan pastekan command dibawah satu persatu.
wget http://launchpadlibrarian.net/57638460/fixplymouth

chmod +x fixplymouth

./fixplymouth

Command diatas akan memuat turun script "fixplymouth". Selepas anda run script tersebut, ia akan install pakej "v86d dan hwinfo". Kemudian script ini akan memaparkan resolusi framebuffer yang grafik kad anda sokong. Seperti diatas. Pilih resolusi yang bersesuaian dengan screen screen anda dan taip resolusi tersebut dengan format ini: 1280x800-24 (contoh je nih! pilih resolusi masing2 ler). Kemudian tekan Enter. Kemudian restart.

Pastikan anda pilih resolusi tu dengan resolusi yang betul-betul sesuai dengan screen anda. Ingat, run script ni sekali je neh!

Kalau tersilap pilih resolusi, anda boleh revertkan balik segala pengubahsuai yang dibuat oleh script di atas dengan run script ini. Caranya, download, extract dan double klik. Pilih Run. Siap!

Keluar topik sikit neh. Jika anda mahu menyumbang artikel @ apa sahaja yang berkaitan dengan ubuntu, anda boleh menghubungi syah di facebook syah atau di facebook rasmi Melayubuntu. Syaratnya, ianya mesti didalam bahasa melayu laa..

to abg zul: sorry syah buat memandai. just nak hidupkan balik blog MelayuBuntu jew.. peace!!

4 comments:

  1. setakat ni aku tak de prob lagi..
    tq syah ko hidupkan blog ni..
    biar lama sangat bersawang kang nanti...=)

    ReplyDelete
  2. no hal bro.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Di sini ada laman web dedikasi untuk command line jer....http://www.commandlinefu.com/commands/browse
    ringkas dan padat....boleh terus cuba.

    ReplyDelete
  4. Aku slalu fix resolusi plymouth lepas install Ubuntu selepas download/install driver Ati.. webupd8 ari tu bg artikel yg ckup bagus untuk fix benda ni.. aku dh guna dan mmg senang nk guna~ http://www.webupd8.org/2010/10/grub-customizer-15-released-with-grub-2.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...