Tuesday, October 26, 2010

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur...

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur...: "Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di..." blog merupakan repost kawan mengenai sejarah melayu yang cuba dipadamkan oleh orang-orang inggeris semasa menjajah kita. Bangsa melayu teruk dimanipulasikan mindanya sehingga sanggup membuang identiti kemelayuannya sendiri. Malu katanya menjadi melayu kerana selalu dikaitkan sebagai pemalas, mundur dan macam-macam lagi. Sudahnya jadilah dia sebagai orang yang tiada jati diri dan sudah hilang asal usulnya.

Terlihat satu petikan akhbar mengatakan mungkin matapelajaran sejarah akan diajar dalam bahasa inggeris. Sungguh saya merasa amat marah kepada yang ingin melihat bahasa melayu berkubur begitu sahaja. Sudahnya, anak cucu kita tertanya-tanya siapa sebenarnya mereka, apa asal-usul mereka. Sejarah diajar bahasa inggeris? sudahlah fakta yang sedia ada di dalam buku sejarah sekarang pun di putar belitkan oleh orientalis barat, ditambahkan lagi dengan kalau jadi diajarkan matapelajaran sejarah dalam bahasa inggeris.

"Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita."

Sama juga apa yang berlaku dengan Negara Jepun, mereka dijajah tetapi mereka memegang kuat budaya warisan mereka. Maka apabila orang luar masuk, mereka perlu mengetahui adab-adab di Jepun.
Namun ada yang skeptik apabila saya mengutarakan hujah sedemikian. Katanya orang Jepun sudah maju, negara mereka kaya, pelajar-pelajar di sana pandai. Saya kata semuanya SALAH. IQ penduduk di Malaysia secara puratanya lebih tinggi berbanding mereka. Cubalah campak pelajar Malaysia di mana-mana pun. Insyallah dia boleh cari makan.
Siapa kata melayu tidak boleh berubah. Saya kata boleh. Langkah pertama gunakan perisian sumber terbuka atau paling senang install terus Linux OS macam ubuntu ini. Minda kita perlukan cabaran setiap hari. Kita boleh mempelajari sesuatu yang baru dengan menggunakan sumber terbuka.

Saya optimis bahawa perisian sumber terbuka akan mengubah minda melayu daripada kelas tiga kepada kelas pertama.

6 comments:

  1. uneverstudy.blogspot.comOctober 28, 2010 at 2:43 PM

    BRO,aku hack sukew2 jew . .
    bkn nk show off..
    hehe . .
    bnyk plak aq dpt trafic blew wat article ni . .
    law kowg nk aku hack pape web . .gtaw aku . .

    ReplyDelete
  2. uneverstudy.blogspot.comOctober 29, 2010 at 6:11 PM

    bkn lew . .
    gne java jep . .
    t aku ajr

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Betul apa yg saudara katakan..
    Saya dah mencuba LinuxMInt selama beberapa bulan dan berpuas hati dgn prestasi..

    Tetapi sejak masuk Uni ni, saya dah format PC saya dan letak XP balik, Sebab takut susah nak guna wak belajar. Eg: Nak wak assignment, format kena compatible etc

    ReplyDelete
  4. kn ke bleh buat 2 OS dlm 1 pc, lg pon klau setakat nk menaip, open office compatible dgn microsoft office. tepok dada tnya selera masing2

    ReplyDelete
  5. India ada bahasa Tamil
    Cina ada mandarin
    Melayu tarak apa..sebab Bahasa Melayu dah ditukar ke Bahasa Malaysia..
    Malaysia milik kaum india,cina dan melayu..
    ckit-ckit depa kikis harta melayu...
    so melayu tinggai nama ja..ishk..ishkk...

    ReplyDelete
  6. sesiapa yang nak advertise di blog saya! dipersilakan ;))
    free of charge ;)
    cuma perlukan banner url dan blog url anda jep ;)
    5 jam free ;)
    5 jam berikutnya,
    upload lagi sekali
    www.uneverstudy.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...